Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 31 : Spora yang Bercahaya

Thum!

Shafiq meletakkan selonggok buku di atas meja perpustakaan. Semua buku tersebut berkaitan dengan ubat-ubatan dan herba.

"Banyak betul buku kau ambil," ujar Aiman sambil membaca buku yang berada di tangannya.

"Aku nak cari penawar yang boleh tukarkan kuasa kita semula. Selagi aku ada kuasa cahaya ni, selagi tu aku tak boleh tidur!"

"Kau tahu tak bila aku tutup mata je, aku nampak nur cahaya terang kat mata aku. Aku tak boleh tidur," adu Shafiq kepada Aiman.

"Ma-maaf Shafiq, sebab kuasa aku dah menyusahkan kau." Muncul pula Lokman di sisinya.

"Eh, tak-tak. Ini semua bukan salah kau," ujar Shafiq membangkang kata-kata Lokman tersebut. Buat masa sekarang ini, hanya mereka bertiga sahaja yang berada di perpustakaan mencari maklumat tentang herba yang boleh memulihkan mereka.

Sementara itu di Zoo mini Akademi...

Kelihatan Hana seorang diri memberi makan haiwan-haiwan di situ. Luna pula sedang bermain dengan Erasmus, naga milik Haikal. Selepas Erasmus keluar, Faris masih tidak tahu cara untuk menghantar ia pulang kembali.

"Hana," sapa Faris di belakangnya.

"Eh, Faris. Awak buat apa dekat sini?" Terkejut dengan keberadaan Faris di sini.

"Tak buat apa pun, cuma nak pastikan Erasmus okay je." Dia melihat ke arah padang dan kelihatan Erasmus sedang bermain dengan Luna.

"Tak sangka pula mereka berdua kenal antara satu sama lain," kata Hana kepada Faris sambil tangannya mengangkat baldi berisi air untuk diberikan kepada kuda di situ.

"Dia orang kenal?" Hana mengangguk.

"Ye, Luna cerita dekat saya yang mereka berdua kenal semasa di dunia Hyperes." Kemudian, dia ternampak Faris diam seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

"Faris, awak okay tak? Tengah runsing untuk ubah keadaan seperti sedia kala ke?" tanya Hana perlahan. Pertanyaan itu menyedarkan dirinya ke dunia realiti semula.

"Ha, sa-saya okay je, cuma penat sikit. Lagi satu, ya saya tengah runsing sikit. Awak ada apa-apa idea?" soal Faris semula padanya.

"Saya mungkin tak dapat tolong sepenuhnya tapi kalau tentang tumbuhan atau herba, saya boleh membantu," ujarnya sambil memberi senyuman manis kepada Faris.

"Bagus. Kalau macam tu, mari ikut saya!"

.....

"Ada dapat maklumat yang menarik?" sapa seseorang membuatkan Shafiq dan lain terkejut. Rupanya Amirul yang menyapa mereka.

"Belum," ucap Shafiq sepatah.

"Aku rasa mungkin akan ambil masa yang agak lama untuk dapat sesuatu. Nampak gayanya, macam ni jelah kita," kata Amirul melemahkan semangat Shafiq.

"Daripada kau merungut, baik kau tolong kita orang cari apa-apa maklumat sekarang." Shafiq menjeling ke arahnya. Sakit hati melayan kerenah dia.

"Cari maklumat tentang herba ke tu?" Tiba-tiba sahaja Hana muncul di sebelah Amirul lantas membuatkan dia terkejut.

"Argh!"

"Hihihi, maaf." Hana tersengih sedikit melihat reaksi Amirul tadi.

"Hana? kau buat apa dekat sini?" ujar Lokman kepadanya.

"Aku yang bawa dia ke sini. Aku yakin dia boleh tolong kita." Faris pula muncul di sebelahnya.

"Kita yang ada jumlah sembilan otak ni pun tak dapat jumpa apa-apa. Bagus juga kau bawa dia. Otak aku dah sampai had dah ni," ucap Aiman yang masih lagi membelek buku di hadapannya.

"Kalau awak semua nak cari herba, cuba awak semua cari herba ni." Hana mengambil buku yang berada di tangan Shafiq lalu dibuka helaian demi helaian sehingga terhenti di satu muka surat.

Dia kemudianya menunjukkan helaian tersebut kepada mereka semua.

"Herba ni dipanggil Glowing Spores. Spora yang dilepaskan oleh bunga ini boleh dijadikan herba yang mampu untuk memulihkan badan mereka menjadi sedia kala tapi... saya tak pasti kalau herba ni boleh kembalikan semula kuasa awak semua. Tak salah untuk mencuba kan?" terang Hana pada mereka semua.

"Rupa dia macam ni ke?" Haikal dan Raul pula tiba di perpustakaan dan terdengar apa yang diceritakan Hana sebentar tadi. Di tangan Haikal terdapat sebuah karung kecil. Dia merungkaikan ikatan karung itu dan mengeluarkan herba yang diceritakan Hana tadi.

"Glowing Spores! Mana kau dapat ni?" ujar Shafiq terkejut.

"Ingat tak pak cik tua yang kita tolong sebelum ni? Dialah yang bagi herba ni sebagai ganjaran," jelas Haikal kepadanya.

"Ada satu masalah lagi, saya rasa jumlah ni tak cukup untuk semua orang," kata Hana kepada mereka.

"Sikit sangat ke?" ujar Faris di sisinya.

"Kalau dua helai macam ni mana nak buat penawarnya. Kalau bagi koloni semut pun belum tentu cukup," ujar Hana memerli Faris. Faris pula menggaru kepala tanda malu.

"Saya tak pasti kalau herb-"

"Yang itu lain cerita. Macam kau cakap tadi, tak salah mencuba." Raul memintas kata-kata Hana.

"A-aku ada soalan, apa perlu buat bila kita dapat herba tu?" tanya Lokman.

"Minta tolong Izz?" cadang Faris. Yang lain serta-merta menggeleng kepala mereka tanda tidak setuju.

"Lepas apa yang jadi, aku tak pasti kalau aku boleh percayakan dia," jelas Amirul.

"Lagipun, kita tak tahu bila dia akan ada kat sini semula," sokong Haikal.

"Kau pun tahu kan kita nak pulihkan diri kita ni dengan segera. Kalau tunggu dia, habis semester ni pun belum pasti lagi keadaan akan jadi seperti sedia kala," tambah Aiman pula.

"Betul juga kata kau. Jadi, nak minta tolong siapa?" Raul mengajukan soalan. Yang lain berusaha keras untuk memikirkan kaedah alternatif.

"Apa kata kau orang minta tolong Wan?" Hana memberi idea.

"Ya tak ya juga. Wan pun mahir dalam bab-bab ni. Aku rasa dia boleh tolong kita. Kau memang bijaklah, Hana," puji Faiz.

"Misi baru kita, cari pak cik tu dan tanya mana nak dapat herba ni. Mari!" ujar Shafiq lalu terus meluru keluar dari perpustakaan diikuti oleh mereka yang lain, meninggalkan Hana seorang sahaja dalam perpustakaan tersebut.

"Baguslah, lepas tu tinggalkan buku berselerak macam ni. Akulah yang kena kemas agaknya," bebel Hana seorang diri.

***

Kini mereka semua berlari menuju ke pekan dan terus masuk ke dalam hutan mencari rumah orang tua tersebut.

"Faiz dengan Zul dekat mana?" tanya Shafiq.

"Dia orang kata nak keluar sekejap tapi aku tak tahu ke mana," balas Raul.

"Kita berpecah dulu, kalau jumpa buat isyarat seperti biasa. Okay?"

"Uhm, Shafiq." Lokman memberhentikan gerak-gerinya.

"Kenapa?"

"Rumah pakcik tu cuma seberang sungai ni je kan?" Lokman menunjukkan jarinya ke arah sungai tersebut. Nampaknya ingatan Lokman masih lagi kuat berbanding dia.

Mereka pun meredah sungai itu dan berjalan sehingga mereka menemui sebuah rumah yang diperbuat daripada papan yang juga merupakan tempat tinggal orang yang mereka cari.

Tuk! Tuk! Tuk! Aiman mengetuk pintu rumah.

"Ada orang dekat rumah tak? Maaf mengganggu." Ketukan diberikan sekali lagi tetapi tiada sahutan. Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi bising yang datang daripada belakang rumah.

Mereka terus bergegas untuk melihat apa yang berlaku. Rupa-rupanya, pak cik dan mak cik sedang berkebun. Mereka menghembus nafas lega kerana bukan sesuatu yang buruk berlaku.

"Pakcik, maaf mengganggu," kata Aiman lalu menghampiri dia.

"Eh, kamu kan yang tolong pakcik dengan makcik hari tu?" soal pak cik tersebut.

"Ya, betullah. Kami yang menyelamatkan pak cik dan mak cik tempoh hari," balas Aiman sambil tersenyum.

"Dan mereka yang lain ni semua rakan-rakan saya," sambung Aiman lagi.

"Apa hajat datang sini sebenarnya?" tanya pak cik tersebut.

"Sebenarnya, kami nak tanya sikit tentang herba yang pak cik bagi hari tu. Herba tu nama dia Glowing Spores," kata Shafiq.

"Ada apa dengan herba tu?"

"Kami perlukan herba tu. Kami nak tanya sama ada pak cik ada lagi tak? Kami nak beli," kata Shafiq sambil mengeluarkan dompet dari poketnya.

"Rasanya herba tu dah habis," sampuk mak cik secara tiba-tiba.

"Herba yang kami beri pada kamu itu merupakan herba yang terakhir," sambung makcik lagi.

"Kalau macamtu, mak cik tahu tak dekat mana nak cari herba ni?" tanya Haikal kepada mak cik tersebut. Mak cik tersebut memberikan jalan dan peta menuju ke tempat di mana herba itu berada.

"Terima kasih, mak cik dengan pak cik. Kami gerak dulu."

......

Herba tersebut terletak jauh di dalam hutan yang tebal tetapi setelah diberikan jalan, mudahlah kerja mereka untuk mencarina. Dalam beberapa minit sahaja, mereka semua sudah tiba di tempat di mana tumbuhan Glowing Spores berada.

"Petik sekadar cukup untuk kita. Jangan petik semua, nanti orang nak cari lagi susah." Aiman mengingatkan mereka supaya berpada-pada semasa memetik herba tersebut.

Dari celahan batu, terdapat seseorang sedang memerhatikan mereka dengan penuh perasaan dendam dan marah.

"Aku akan bunuh kau orang dengan tangan aku sendiri! Kau buat aku macam sampah!"

Semasa mereka sedang memetik, Raul tiba-tiba berhenti dan berdiri.

"Kau kenapa?" soal Amirul padanya.

"Ada orang lain dekat sini selain kita," ujar Raul perlahan. Apabila mendengar kata-kata Raul mereka semua berkumpul membuat bulatan dan memerhatikan keadaan sekeliling.

Tiba-tiba, satu makhluk hitam melompat keluar dari semak dengan pantas. Tangannya memegang tukul dan ingin menghentam ke arah mereka.

"Elak!" Mereka sempat mengelak serangan tersebut. Debu tanah menghalang penglihatan mereka. Kelihatan satu makhluk besar di dalam debu tanah tersebut.

"Siapa?" teriak Amirul padanya. Tanpa disangka-sangka, satu ayunan tukul kuat dihayunkan ke arah Amirul. Amirul yang tidak sempat menepis, terpelanting jauh.

"Amirul!" Faris segera berlari ke arahnya. Saiz makhluk itu tiga kali ganda besar daripada saiz manusia. Sekali lagi dia ingin menghentam mereka dengan tukul besarnya tetapi ia berjaya ditepis oleh Lokman apabila dia membaling bom-bom mini ke muka makhluk itu.

"Bawa Amirul jauh dari sini!" Aiman mengarah Faris supaya membawa Amirul yang cedera ke tempat lain.

"Lokman, kau kena pulihkan semula Amirul," pinta Faris kepadanya. Lokman memandang dia pelik.

"Apa kau cakap ni? Kau tak ingat ke kita tertukar kuasa?" Lokman mengingatkan semula memori Faris yang hilang beberapa minit tadi.

"Ahh, aku lupa." Faris memukul kepalanya beberapa sekali sebelum tersengih.

"Satu lagi Amirul, kenapa kau tak heal diri sendiri je? Kau dapat kuasa Shafiq kan?" tanya Lokman kepadanya lagi.

"Masalahnya aku tak reti!"

"Uhm, maaf menganggu. Boleh tak sembang lain kali? Kita orang tengah lawan, boleh tolong tak?" Muncul Raul mengingatkan mereka semua bahawa mereka berada dalam keadaan genting sekarang.

Tiba-tiba Shafiq, Haikal dan Aiman terpelanting ke arah mereka berempat.

"Aduh, sakitnya!' aduh Shafiq.

"Tempat ni kecil sangat, tak boleh nak bergerak bebas. Lagipun, dengan kuasa yang berlainan aku tak dapat fokus," ujar Haikal pada mereka.

"Buat masa sekarang hanya guna senjata sahaja,"  cadang Aiman kepada mereka.

"Jaga-jaga!" Dalam tak sedar makhluk itu hampir sahaja menghentam mereka namun sempat Faiz dan Zul datang untuk membantu.

Faiz mengeluarkan chakramnya lalu meluncur di bahu makhluk tersebut justeru menoreh mukanya. Teriak kuat makhluk tersebut.

"Faiz, Zul. Macam mana kau tahu kita orang dekat sini?"

"Dengan bantuan Mari," ujar Faiz

"Kawan ahli sihir kau yang tolong kita hari tu?" soal Faris lagi.

"Ya, aku call kau orang tak dapat. Jadi aku minta bantuan dia lah."

"Sekarang ni, itu semua tak penting. Macam mana nak kalahkan makhluk besar ni?" tanya Shafiq.

"Aiman, ubah tempat ni. Jadikannya lebih luas," arah Zul padanya.

"Aku tak tahu macam mana!"

"Cuma fokus sahaja. Tenangkan fikiran kau." Aiman menarik nafasnya dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan. Dia mula menutup matanya. Sekali lagi nafas ditarik, apabila dibuka matanya. Anak matanya berubah menjadi biru.

"Paradokkusuzon: Firudo!" (Paradox zone : Field) Terus di sekeliling mereka menjadi padang yang luas. Hutan-hutan hijau juga menghilang. Tiba-tiba, muncul kelibat kecil kelihatan seperti sedang menyorok namun akibat hutan hijau menghilang, dirinya kelihatan.

"Eh, aku macam pernah jumpa dia!" kata Shafiq.

"Pupa! Pupa yang kita lawan hari tu!" Apabila namanya disebut, terkejut beruk budak tersebut.

"Macam mana kau orang boleh nampak!"

"Apa yang kau nak sebenarnya!"

"Dendam tidak terbalas, aku dikalahkan teruk dengan kau orang tempoh hari. Sekarang aku nak tuntut bela!" jelas Pupa dengan suara keciknya.

"Tapi semua tu salah kau jugak! Serang orang yang tidak berkuasa!" bantah Shafiq pada dirinya.

"Ah, aku tak kesah tentang semua tu! Yang penting kau semua hapus di tangan aku!"

"Serang!" jerit Pupa sambil menyeru beberapa makhluk bermata satunya. Mereka semua berada di posisi lawan beserta dengan senjata masing-masing.

"Chensudansu!" ( Chains dance ). Shafiq berpusing dan melibas satu per satu makhluk tersebut. Tak kira ia berada di belakang mahu di depan, semua dilibas olehnya.

Tetapi disebabkan kecuaiannya, dia tidak perasan terdapat seekor makhluk menuju ke arah belakangnya tanpa disedari.

"Shafiq!" Muncul Haikal mendarat di belakangnya lalu menyangkuk makhluk tersebut.

"Haikal, terima kasih!"

"Desurasshu!" ( Death Slash ). Sabit yang dipegang Haikal laju membilah kesemua makhluk-makhluk milik Pupa. Tiba-tiba, sabitnya berlaga dengan sisik keras badan makhluk besar tadi.

Ting!

"Kerasnya," ujar Haikal sambil berusaha untuk menoreh badan mahkluk hitam itu. Usahanya gagal apabila dia ditolak dan dilempar kuat. Ia berlari mendekati Haikal. Sempat Amirul dari atas bukit melepaskan laju busur anak panah tepat ke arah mukanya.

Sasaran makhluk besar itu berubah dari menyasarkan Haikal terus kepada Amirul. Amirul yang sedar dirinya berada dalam masalah cepat lari menyelamatkan diri.

"Tak guna!" Amirul kini berada di puncak bukit. Di bawah terdapat rakan-rakan yang sedang bertarung dengan makhluk-makhluk lain. Dia mati akal, di belakang makhluk besar itu mengejar.

"Mana aku nak pergi ni!" bentak dirinya. Selangkah sahaja kakinya ke belakang, dia akan menemui ajalnya. Tiba-tiba...

Tit, tit, tit, tit, tit. BOOM!

Letupan berlaku di sekitar mahkluk besar tersebut. Amirul menghalang mukanya dari terkena dan terhidu asap tersebut.

"Amirul, dekat sini!" Terdengar suara Lokman berteriak menjerit namanya. Sementara mahkluk itu sedang leka, dia cepat berlari menuju ke arah Lokman. Mahkluk itu ingin melepaskan hentaman ke arah Amirul.

Penumbuk makhluk itu betul-betul berada di atas Amirul. Cepat-cepat dia mengelongsor untuk menyelamatkan dirinya.

Thump!

Lokman segera membantu untuk berdiri dan sambung berlari menjauhi mahkluk itu. Asap letupan kian menghilang dan diri mereka berdua kelihatan. Mahkluk itu terus mengejar sasarannya.

"Kalau macam ni, kita mungkin tak dapat lari dari dia," kata Lokman. Muncul idea yang bernas dari kepalanya. Terus dia menyeluk saku lalu mengeluarkan bom-bom mini miliknya dan ditunjukkan ke arah Amirul.

Amirul seakan-akan faham apa yang difikirkan oleh Lokman dan dia pun bersetuju. Lokman melambung tinggi bom-bomnya ke udara dengan pantas Amirul memanah kesemua bom-bom tersebut dan tepat ia menuju ke arah mahkluk besar tadi.

BOOM! ledakan besar terhasil disekeliling mahkluk itu. Tanah mula merekah. Tiba-tiba, permukaan tanah yang mereka berdiri bergegar. Tanah mula runtuh di sekeliling mahkluk itu terus jatuh ke bawah.

Mereka yang sedang berlawan di bawah sedar akan tanah runtuh tersebut, cepat-cepat mereka berlari dengan pantas menjauhi tempat itu.

"Huh huh" tercungap-cungap nafas mereka akibat kepenatan yang teramat.

Pupa terkejut melihat orang-orang kalah dengan begitu mudah.

"Kau dah kalah Pupa," ucap Shafiq kepadanya. Dia masih lagi berdiri kaku sambil matanya meliar sekelilingnya. Raksasanya semua sudah mati dan rebah. Satu bisikan keluar dari mulutnya.

"Belum lagi." Walaupun perlahan tetapi masih dapat didengari oleh mereka. Dia mengetap giginya dengan kemarahan yang melampau. Lantas dia mengeluarkan pedangnya dan memacu laju ke arah Shafiq.

Shafiq yang terkejut melihatnya tak sempat untuk berbuat apa-apa. Nasib baik, Faris dengan segera muncul di hadapan Shafiq lalu menghalakan tombak miliknya tepat ke perut Pupa.

Zass

Tombak itu tebus menerusi perutnya sehingga darah berwarna hitam terpecik keluar dari perut dan juga mengalir keluar dari mulutnya. Faris menarik semula tombaknya dari perut Pupa dan dia mengerang kesakitan.

Mungkin kesakitan yang dirasa tidak dapat ditanggung oleh badannya sendiri. Manakan tidak badannya yang kecil dan kurus salah satu penyebabnya.

"Ugh! Huh... Huh... Huh." Pupa menahan kesakitan yang dialaminya. Sebelum ia rebah ke bumi dia sempat mengatakan sesuatu.

"A-akan ada se-seorang dari kau se-semua yang akan mengkhianati kau dari belakang. Di-diam-diam dia rancang sesuatu untuk musnahkan kepercayaan kau semua."

"Dan tuan aku akan tiba untuk musnahkan akademi dan anak-anak muridnya dan juga dunia-dunia lain!"

"Siapa tuan kau!" bentak Aiman padanya.

"Zegrath..."
.
.
.

Bersambung...

Ps : Akhirnya setelah berminggu-minggu siap jugak😂 maaf pada yang tunggu, sorry sangat sebab sibuk dengan kerja. Waktu cuti pun kekadang taip satu dua patah je, purnat la den nak mikir jalan cite😂, papepun hope enjoy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro