Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30 : Jalan Penyelesaian

"Hah, penatnya..." Shafiq yang baru masuk ke dalam bilik dengan keadaan terhinjut-hinjut. Dari tadi lagi dia terbayang-bayang betapa empuknya katil apabila dapat baring. Tetapi sangkaannya meleset apabila katilnya sudah terbakar dan hitam.

"Argh, katil aku! Apa dah jadi ni!" Shafiq terkejut dengan keadaan katilnya.

"Siapa buat katil aku ni!" Shafiq segera memusing dan bertanyakan soalan kepada mereka berempat sebab dari tadi hanya mereka sahaja duduk di dalam bilik.

Amirul, Faris dan Raul segera menunjuk ke arah Faiz.

"Woi, apa aku pula!" Tiba-tiba sahaja Shafiq dah terlentang.

"Aku penatlah nak bercakap..." Shafiq dah tak kisah tentang semua tu. Nanti-nanti sahaja dia betulkan semula katil ni.

Mahu tak penat, mereka didenda untuk membersihkan seluruh kawasan akademi. Tidak boleh guna kuasa untuk kerja pembersihan tetapi hanya perlu menggunakan tenaga sahaja.

Amirul memegang lengannya yang lenguh akibat membersihkan tandas akademi setiap blok tanpa henti. Mahu tercabut tangan rasanya.

"Faris, kau urut tangan aku ni kejap," pinta Amirul pada Faris. Namun, Faris juga kepenatan yang teramat. Dia pula perlu mencabut rumput liar di padang akademi. Mencangkung satu hal, mencabut satu hal lagi.

"Macam mana kita boleh kena denda teruk macam ni?" soal Faris sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Semuanya berlaku akibat mereka tidak mampu mengawal kuasa mereka.

"Semuanya sebab kita dah tertukar kuasa," pintas Raul menjawab soalan yang Faris tujukan.

"Kita kena cari jalan untuk dapatkan balik kuasa kita...," ujar Haikal.

"Kita kena cari Izz, minta dia buatkan serbuk untuk ubah kita menjadi sedia kala." Lokman mencadangkan apa yang perlu mereka semua buat.

"Kejap lagilah, bagi aku rehat dulu. Lagipun sekarang dah nak malam. Pukul 8 malam nanti pergilah bilik dia," cadang Faiz pada yang lain. Penat sehingga tidak boleh bergerak.

Mereka juga bersetuju untuk berehat buat sementara waktu untuk mendapatkan semula tenaga yang hilang.

Hampir tiba waktu pukul 8 malam, mereka bersama-sama bergerak ke bilik Izz namun rakan biliknya kata dia tiada di bilik.

"Rasanya, Izz ada dekat perpustakaan." Lalu mereka semua pergi ke perpustakaan. Namun, hampa tiada kelibat Izz pun di situ. Kemudian, Shafiq ternampak Syl sedang membaca buku.

Slyvia Harune, seorang gadis dan juga merupakan rakan sekelas Shafiq. Walaupun riak mukanya selalu nampak bengis tetapi perangai 100% berbeza. Seorang yang genius dan kali ini dia ke perpustakaan untuk belajar sehingga lewat malam.

"Syl!" jerit Shafiq kuat memanggil namanya.

"Shh! ini perpustakaan...." Lokman segera menutup mulut Shafiq. Mereka berada di dalam perpustakaan yang besar dan luas namun perpustakaan itu diawasi oleh petugas pustakawan yang garang.

"Jangan sampai pustakawan itu nampak kita." Lokman segera menoleh kepalanya ke kiri dan kanan melihat jika pustakawan itu berada di sekelilingnya.

"Kenapa pula, apa salahnya kalau nampak kita sekalipun?" soal Haikal pada dia.

"Haih, kau tak tahu ke? Pustakawan dengan sini menakutkan, kalau kau buat salah sikit pun. Dia akan cari kau. Entah-entah dia tiba-tiba je muncul depan mata," ujar Raul. Shafiq dan Haikal hanya mengangguk faham.

Lalu mereka semua menuju ke arah Sylvia yang sedang fokus membaca buku.

"Syl," panggil Shafiq perlahan. Namun tiada sahutan.

"Syl?" Sekali lagi Shafiq memanggil Sylvia.

"Oi, tak dengar ke?" Shafiq terus menjerit di telinga Syl dan membuatkan Sylvia terkejut. Lokman yang terkejut dengan tindak-tanduk Shafiq terus menutup mulutnya sekali lagi.

"Habislah kita...," ujar Lokman pada mereka. Tiba-tiba lampu perpustakaan itu terpadam seperti bekalan elektrik terputus.

"Kenapa gelap tiba-tiba ni?" soal Faris.

"Dia dah nampak kita...," jawab Raul.

"Siapa?"

"Pustakawan tu!" Tiba-tiba sesuatu lembaga hitam melintas di belakang mereka dan cepat-cepat mereka menoleh ke belakang.

Di hadapan pula terdengar seseorang sedang merangkak laju. Muncul satu cahaya dari atas menerangi seorang gadis. Hanya dia sahaja terkena cahaya itu. Perlahan-lahan dia mendekati Shafiq dan yang lain.

Mereka semua mengambil langkah ke belakang perlahan-lahan. Tiba-tiba sahaja, gadis itu hilang.

"Mana dia pergi?"

"Dah lari la kot!" Tiba-tiba terdengar suara bisikan di telinga Shafiq. Suara serak-serak basah dan dalam tetapi jelas dengar apa yang dia katakan.

"Ke. Lu. Ar." Shafiq segera menoleh ke kiri dimana tempat dia terdengar seseorang bisik ke telinganya. Gadis tersebut tiba-tiba sahaja berada di sisinya sambil tersenyum dengan senyuman yang menakutkan ditambahkan pula dengan matanya yang mengalami eyeback seperti panda.

"Argh!"

...........

"Pergi balik, jangan masuk perpustakaan ni dah!" ujar gadis tersebut lalu menutup pintu perpustakaan dengan kuat.

"Ni semua salah kau! Panggil la aku elok-elok!" Slyvia menyalahkan Shafiq disebabkan Shafiq seorang, habis dia juga tercampak keluar sekali.

"Eh makcik, cakap tu pandang kiri kanan sikit. Kau yang tak dengar, aku panggil nama kau. Siap tepuk-tepuk badan kau lagi! Khusyuk sangat membaca la konon." Shafiq membidas setiap kata-kata yang ditujukan oleh Sylvia.

"Kau nak apa ni!" tanya Sylvia padanya.

"Baru sekarang nak jawab pertanyaan aku," marah Shafiq padanya.

"Ni, kau ada nampak tak Izz kat dalam?"

"Tak ada, dari tadi memang aku seorang je kat dalam tu," ujar Sylvia padanya.

"Tak apalah kalau macamtu, aku pergi dulu!" Shafiq dan rakan-rakannya terus mengambil langkah bergerak dari situ

...........

Kehadapan Shafiq,

Pertama sekali aku nak minta maaf sebab tak dapat tolong kau selesaikan masalah kau.

Aku tahu yang sekarang ni, kau orang tengah cari aku, tapi... hihihi, masalahnya aku tak ada dekat akademi ni.

Aku nak tolong kau orang tapi masa tak menyebelahi aku untuk buat apa yang aku nak.

Aku kena balik rumah aku buat sementara waktu, ada kecemasan.

Jadi, aku harap kamu semua bergembiralah dengan kuasa baru masing-masing!

Yang ikhlas,
Izz

"Apa! Dia tak ada dekat sini!" Mereka semua terkejut dengan apa yang ditulis oleh Izz. Ketika ini mereka sudah berada di bilik Aiman dan ketika itu juga mereka ternampak surat daripada Izz di atas meja.

"Kejap, seriuslah dia tak ada dekat sini!" Raul yang hampir bengang terus merampas kertas yang berada di tangan Shafiq. Dia meneliti satu per satu apa yang ditulis oleh Izz.

"Tak guna kau, Izz!" Dia menyumpah sendiri.

"Ha-habistu, ki-kita macam mana ni?" Lokman mula berasa tidak sedap hati.

"Ada lagi tiga hari sahaja baru persekolahan seperti biasa akan bermula," ujar Haikal sambil menyilangkan tangannya.

"Jadi kita perlu biasakan diri kita dengan kuasa baru ni," cadang Aiman kepada mereka semua.

"Haih~" semuanya mengeluh buat kali terakhir. Tiba-tiba telefon Lokman berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Tit, tit, tit.

Segera dia membuka telefonnya lalu dibaca. Terbeliak matanya melihat mesej tersebut.

"Te-teruklah!"

"Kenapa?" Haikal bertanyakan apa yang terjadi.

"Kita akan adakan ujian selepas sahaja persekolahan dibuka nanti. Kalau kita tak dapat ubah kuasa kita sebelum sekolah dibuka. Keadaan akan jadi lebih teruk!" ujar Lokman dalam keadaan cemas.

"Nak tak nak, kita kena biasakan juga dengan kuasa ni," ujar Faiz.

"Aku akan cuba cari penawar untuk pulihkan keadaan seperti biasa," kata Raul kemudiannya.

............

Ethunia.

Dua orang perempuan sedang berlari di dalam sebuah hutan yang dikelilingi kabus putih.

"Raphi, menyorok sini!" Segera Luca menarik tangan rakannya supaya menyorok dari pembantu-pembantu Airi di celahan batu besar. Mulut dikunci rapat. Bersuara sahaja habislah mereka akan ditangkap.

Bunyi tapak kaki semakin dekat dengan mereka. Degup jantung semakin laju. Luca tidak tahan lagi dengan semua ini, dia terus menyusup keluar dan menggunakan kuasanya.

"Hori supairaru! ( Holy spiral )." Cahaya suci mengelilingi Luca lalu ditembak tepat ke arah mahkluk Airi. Cepat-cepat dia mengambil tangan Raphi dan melarikan diri jauh dari situ.

"Mari cepat!" Mereka berlari sepantas mungkin. Kenapa tidak terbang? Habislah jika mereka terbang pemburu begitu ramai kalau terbang habislah tertangkap.

"Itu mereka berdua, tangkap mereka dan jadikan tahanan seperti yang lain!" arah Airi pada pembantunya dan segera mereka mengejar Luca dan Raphi.

"Raphi, boleh tak kau minta bantuan sesiapa untuk tolong dunia kita ni?" Luca bertanyakan soalan pada Raphi.

"Mungkin boleh rasanya," ujar Raphi. Dia terus menggeggam kedua-dua tangannya lalu membaca mantera suci.

"Kamisama, kono messeji o karera ni tsutaete kudasai! (Tuhan, tolong sampaikan pesanan ini pada mereka.)" Suatu sinar cahaya terus menderu laju.

"Itupun mereka berdua!" jerit salah seorang pembantu Airi. Raphi dan Luca terkejut dengan kehadiran mereka. Ketika mereka ingin melangkah, dari langit muncul malaikat yang sudah tercemar, Maeko.

"Nak ke mana dua orang ni?" perli Maeko ditujukan pada mereka berdua. Di belakang mereka pula Airi yang berupa Syaitan sedang menjaga.

"Kau orang berdua nak lari ke mana?"

"Pegang aku kuat-kuat Raphi. Kita akan rancang sesuatu sebelum mereka tiba," ujar Luca sambil berdiri posisi berlawan.

"Pertarungan ni pasti melibatkan tumpah darah," ujar Airi sambil menjilat darah di hujung jarinya. Kemudian dia, tersenyum sinis melihat mereka berdua.

"Marilah, aku tak akan kalah!" Entah dari mana Luca mendapat keberanian untuk memberanikan diri melawan kumpulan yang terkuat di dimensi itu.

Tiba-tiba Airi dan Maeko terus meluncur laju menuju ke arah Luca dan Luca pula sedia untuk bertarung nyawa untuk mengalahkan mereka. Maka, berlagalah pedang milik mereka berdua.

.......

Aevyn.

"Frill, arah sini!" Jerit seorang robot kecil yang mempunyai telinga seperti kucing. Mereka berdua terus membelok ke selekoh melarikan diri dari sekumpulan robot-robot ganas. Kini mereka di lorong kecil dan dibelakang mereka robot itu masih mengejar.

Tidak disangka-sangka, muncul robot lain di hadapan mereka. Jalan mati. Mereka berdua terperangkap. Robot-robot itu segera mengacukan laser ke arah mereka. Terlintas idea di fikiran Frill.

"Piro, pegang tangan aku..."

"...Mekaon: Akutibujanpushuzu (Mecha on : active jump shoes)."

Frill menghentakkan kakinya ke tanah lalu kedua-dua belah kasutnya menyala.

Frill mula melompat tinggi sambil memengang tangan Piro meloloskan diri dari robot jahat tersebut.

"Piro, sekarang bom graviti!" Lantas Piro membaling bom-bom tersebut. Robot tadi juga mula terbang dengan bantuan jet di belakangnya namun terhalang dek tarikan graviti yang kuat dihasilkan oleh bom tersebut.

"Kita menyorok buat sementara waktu!" Piro mengangguk lalu mereka berdua terus meninggalkan kawasan tersebut.

.........

Akademi.

Di dalam bilik kesihatan, terdapat dua susuk tubuh yang sedang membincangkan sesuatu. Siapa lagi kalau individu tersebut duduk di blik kesihatan, tak lain tak bukan semestinya Encik Unn dan seorang lagi yang memakai jubah perang.

Duduk di meja sambil menghayati sinar bulan yang melalui di celah tingkap.

"Sekarang ini, budak-budak itu semua dalam masalah. Mudahlah rancangan mereka kali ini. Engkau tidak mahu berbuat apa-apa untuk selamatkan budak-budak tu?" tanya Encik Unn kepada orang tersebut.

"Jangan risau, selagi mereka ada bersama. Aku tak takut akan perkara yang buruk terjadi pada dia. Selagi aku ada, aku akan perhatikan dia dari jauh..." kata orang itu sambil menghirup teh yang dipegangnya.

Dia menoleh ke hari-hari kelmarin yang bercahayakan kegembiraan yang terlakar pada masa lalu. Ternyata di atas meja tersebut penuh dengan gambar-gambar Shafiq semasa kecil dengan seseorang yang tidak dikenali.

"Apalah perasaan dia kalau dia dapat jumpa kau kan..." Encik Unn hanya tersengih melihat kelakuan orang tersebut di hadapannya. Gaya dan rupanya seiras sungguh dengan Shafiq.
.
.
.
Bersambung...

Ps : Entahlah, aku macam tak puas hati dengan bab kalini, cam harom punya idea lah🤣 serius kalini memang aku marah dengan diri sendiri!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro