Bab 26 : Penaklukan Dunia Dimensi
Normal Pov
Euthenia.
"Jangan biarkan mereka semua masuk ke dalam istana!" Arah pengawal lelaki bersayap yang merupakan ketua di medan perang tersebut. Pertarungan di barisan hadapan telah dikalahkan dengan mudah oleh sekumpulan penjahat.
"Hantar tentera Seraphim sekarang!" Tentera Seraphim merupakan tentera yang berada di tahap teratas. Mereka juga merupakan tentara udara kerana memiliki enam sayap dan badan mereka dipakaikan perisai emas.
Selepas mendengar arahan tersebut, tentera Seraphim pun dilepaskan. Laju mereka meluncur terbang di udara sehingga ke pihak lawan.
"Seorang, pergi maklumkan pada tuanku untuk bersembunyi sementara kita sedang bertarung!" Lalu seorang dari mereka pun terus berlari masuk ke dalam istana. Apa yang terjadi?
Flashback.
Sebelum berlakunya peperangan.
Pembantu-pembantu Zegrath masih lagi berkumpul sebelum berpecah. Sebelum mengerjakan misi semestinya perlu strategi, jika tidak bagaimana misi akan berjaya.
"Jadi ada tiga dunia yang kita perlu tahluk dan yang terkuat adalah Euthenia dan aku tak nak Ken ke sana. Rosak semua rancangan nanti," Ujar Airi sambil berpeluk tubuh memandang Ken.
"Apa masalah kau perempuan!" Ken sudah mula hilang sabar dengan perangai Airi.
"Kau masalah aku. Apa-apa pun, aku dah pilih siapa yang akan mengetuai kamu semua. Horus akan mengetuai Mamiko dan Moore dan kamu bertiga akan ke dunia Aevyn," terang Airi pada mereka.
"Joker dan Haya, kamu berdua diketuai oleh Ken. Ken, kau dengar sini. Aku tak nak mereka mengadu yang kau tak reti sabar!" Ken menahan amarahnya. Jika boleh dah lama dihentak-hentak kepala si Airi ni.
"Maeko dan Oskar, kamu berdua bersama aku. Kita akan ke dunia Euthenia," ujar Airi. Ken terkejut dengan keputusannya.
"Kenapa engkau pula yang ke sana!" Dia terus meluru ke arah Airi dan kini Ken dan Airi yang berhadapan hanya beberapa inci sahaja.
"HAHAHAH! Lawaklah tengok pakcik tua tu marah!" Mamiko tergelak apabila melihat Ken dan Airi sedang bertengkar. Lantas Moore menenangkan kakaknya.
"Mamiko, Moore. Kita pergi dulu. Kalau tunggu mereka sampai bila-bila pun tak selesai," ujar Horus lalu membawa Mamiko dan Moore ke dunia Aevyn.
Maeko nampak bahawa kumpulan Horus sudah beredar. Mereka juga harus pergi kalau tidak akan terlewat.
"Airi! Aku dan Oskar pergi dulu!" Terus mereka berdua meninggalkan Airi. Lantas Airi berbisik pada dia.
"Aku tahu apa yang aku buat..." Dan dia pun terus menuju ke gerbang Euthenia.
End of Flashback
Ketika tentera Seraphim ingin melepaskan tembakan dari atas, muncul Oskar menepis mereka semua. Tercampak mereka jauh dari situ. Airi dan Maeko pula berjalan tenang kerana Oskar seorang sahaja boleh menyerang mereka semua.
"Jangan melangkah! Sekali kau melangkah kami akan serang!" Terdengar suara tentera di belakang mereka berdua. Mereka pun menoleh ke belakang.
"Rasanya masa kita sudah tiba," ujar Maeko. Airi tersenyum jahat. Ini yang dia hendakkan selama ini. Pertarungan melibatkan nyawa.
"Demonzu soru: Kayura(Demon soul : Kayura ) badan Airi mula merubah. Dari kulit seperti manusia menjadi sisik yang keras, kuku tajam bak pedang tumbuh, tanduk syaitan semestinya ada menunjukkan kuasa syaitan yang sebenar.
" Enjeru Soru: Serafieru ( Angel Soul : Seraphiel ) rambut Maeko yang pendek dan berwarna kuning cerah kini mengurai ke bawah dan berwarna putih. Bajunya berubah kepada warna hitam dan sayap muncul di belakangnya.
Disebabkan dia merupakan malaikat yang sudah tercemar dengan kejahatan maka sayapnya berwarna hitam. Senjata tombak dipegang di tangan.
"Mari selesaikan ini!" Airi dan Maeko terus meluru ke arah mereka. Hujung tombak dihunuskan dan dilibas. Terpercik darah di sana sini. Begitu juga dengan Airi. Mencengkam dan menoreh mangsanya menggunakan kuku yang tajam.
Apabila badannya ditetak dengan pedang, tidak meninggalkan kesan langsung disebabkan sisik yang keras.
"Daku Bimu!" ( Dark Beam) Airi melepaskan tembakan ke arah tentera tersebut.
......
Pum! Pum! BOOM!
Pintu istana pecah. Muncul tiga bayangan di depan pintu. Tentera-tentera semua sedang mempertahankan permaisuri mereka, Araqiel.
"Semua lindungi permaisuri!" Mereka bertiga hanya tersenyum.
"Aku hendak semula tahta kerajaan ini," ujar Airi sambil berpeluk tubuh dan memandang maut ke arah mereka semua.
"Beta tak benarkan!" permaisuri Araqiel membantah apa yang mereka inginkan.
"Kalau tak boleh bagi cara baik... Oskar!" Dengan sekali libasan sahaja, semua tentera di hadapannya tercampak keluar dari istana.
Dinding istana habis retak akibat serangan Oskar. Kekuatan Oskar tiada bandingan dengan seekor raksasa ganas. Permaisuri Araqiel dan tenteranya terkejut dengan kekuatan mereka.
Maeko melebarkan sayapnya lalu terbang memacu laju ke arah permaisuri sambil membawa tombak dan akhirnya....
.......
Aevyn.
Horus dan yang lain memakai jubah hitam ketika di dunia itu. Sesekali mereka menyembunyikan diri ketika melihat kereta peronda di hadapan mereka.
"Horus, kenapa kita kena sembunyi?" soal Moore padanya.
"Supaya kita tak disyaki robot dekat sini. Robot dekat sini bukan seperti manusia. Mereka mempunyai teknologi yang canggih untuk membezakan manusia dan robot." Moore hanya mengangguk.
"Kejap, mana Mamiko?" Moore terlupa tentang kakaknya. Terlihat kakaknya sudah keluar menemui robot yang lain.
"Tak guna!" Horus dan Moore terus berlari mendapatkan kakaknya. Tiba-tiba siren berbunyi. Mereka sudah tertangkap dan dikepung.
"Amaran, penceroboh dari luar masuk!" Pistol diacukan pada mereka semua.
"Kita dah kena tangkap! HAHAHA!" Gelak Mamiko. Ketiga-tiga mereka membuka jubah tersebut. Terkejut robot-robot itu.
"Takkanlah, dunia Vertex?" ujar salah satu daripada robot tersebut dan sgera menghubungi pangkalan.
"Kecemasan! Kecemasan! Pintu gerbang Vertex sudah terbuk...." Dia terdiam seketika. Apabila dilihat semula Horus sudah menggunakan kuasanya dengan memasuki pasir di dalam badan robot tersebut dan merosakkan sistem di dalam badannya.
Mereka semua melepaskan tembakan dan segera Horus melindungi Mamiko dan Moore dengan mencipta pelindung pasir di sekeliling mereka.
"Sekarang, tahu kan kerja kamu berdua apa?" Mereka berdua mengangguk.
"Mari pergi adik! Pasti menyeronokkan! HAHAHA!" Moore mengangguk lalu mereka berdua mengeluarkan pedang mereka. Adik-beradik kembar yang tangkas dan licik. Digeruni disebabkan libasan pedang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sangat pantas dan cekap. Horus pula seorang remaja lelaki yang bersikap tenang dan selalu ada cara untuk menyelesaikan masalah. Sebab itulah, Airi memilihnya sebagai ketua.
Horus menggunakan kuasa pasirnya untuk mengaburi pandangan robot tersebut lalu Moore dan Mamiko pula satu per satu menyerang robot-robot itu dengan sekali hanyun sahaja.
Dalam beberapa minit sahaja, semuanya sudah tumbang. Mereka bertiga cepat-cepat melarikan diri dari kawasan tersebut. Ketika berlari Moore bertanya sekali lagi.
"Kita akan ke mana?"
"Kita akan ke teras utama kawalan robot di sini. Kalau kita sempat pecah masuk. Dunia ini akan jadi milik kita dalam masa beberapa saat sahaja," ujar Horus sambil berlari.
"Di mana?" soal Moore.
"Satu-satunya pangkalan yang mempunyai menara tertinggi disini. Semua maklumat berkaitan dunia Aevyn ada di sana."
Sudah lama mereka berlari, akhirnya mereka berhenti di suatu tempat. Tempat di mana kedudukan teras itu berada. Tiba-tiba, muncul cahaya helikopter dari atas dan pengawal robot di sana mengawal orang luar dari masuk ke dalam.
Dengan sikap seloroh Mamiko, dia terus menjerit dan melambai-lambai kepada helikopter tersebut.
"Heli! Dekat sinilah! Hai!" Laung Mamiko lalu melambai-lambai padanya. Cepat-cepat Horus dan Moore menyorok tidak sempat menarik Mamiko.
"Mamik-" Horus membuat isyarat suruh diam. Mamiko ditangkap kemudian dibawa masuk ke teras.
"Eh, kau lupa kawan dengan adik aku kat sana! Hai!" Jerit Mamiko.
"Mamiko!" Moore sudah penat melayan karenah kakaknya. Namun semuanya terlambat. Mereka dapat mengesan kedudukan Moore dan Horus.
"Jangan risau Moore, kita diantara ahli Zegrath. Perkara ini merupakan perkara kecil sahaja."
"Kita akan lawan. Sedia Moore!" Mereka bersedia untuk berlawan. Ramai sudah mengepung mereka.
.......
"Sando Basuta!" ( Sand Blaster )
Bertempiaran mereka berlari menyelamatkan diri namun tidak sempat. Sekali sekala dia mengeluarkan senjata miliknya lalu menyerang mereka.
Semakin mereka berdua memusnahkannya, semakin ramai yang datang.
"Apa kita nak buat ni?"
"Tak perlu berbuat apa-apa," ujar Horus tenang. Moore sudah ketakutan. Robot-robot itu semakin dekat menghampiri mereka. Pistol diacukan dan ingin melepaskan tembakan tiba-tiba sahaja mereka terpadam dengan sendiri.
"A-Apa dah jadi?" Terpampang gambar Mamiko di skrin bandar.
"Moore, Horus! Hai! HAHAHAHA!" Moore sedikit tertawa dengan karenah kakaknya.
"Mari, kita maklumkan pada yang lain!" Mereka berdua memasuki teras untuk berjumpa dengan Mamiko.
...........
Hyperes
Tiba sahaja di dunia Hyperes, mereka terus mencari pusat bandar dimana terletaknya semua haiwan dan bunian di dunia ini. Dunia yang dipenuhi dengan flora dan fuana tanpa sebarang teknologi.
Ketika mereka sedang berjalan, Haya ternampak sebuah perkampungan di situ.
"Ken, dekat situ ada perkampungan," ujar Haya.
"Bagus! Mari kita serang!" kata Ken tanpa berfikir apakah akibatnya.
"Kau tak rasa ke, terlalu awal untuk berlawan?" Joker menyedarkan Ken. Ken menoleh ke arahnya dengan perasaan geram.
"Kau ketua ke, aku ketua!" Laung Ken kuat pada Joker, kemudian dia terus keluar munculkan dirinya.
"Ken? Bukan tu Ken dari dunia, Vertex?" soal salah seorang penduduk di situ. Tangan Ken mula mengeluarkan bahang api yang panas lalu membakar rumah-rumah yang terdapat di situ.
Haya dan Joker juga turut memusnahkan barang-barang yang terdapat di situ. Mereka semua berlari lintang-pukang menyelamatkan diri. Kemudian, berita ini sampai kepada pasukan penyelamat.
"Legunia! Ada kecemasan di perkampungan Leaf, sekumpulan penjenayah dari dunia Vertex kembali!" ujar salah seorang rakannya, Kiki.
"Vertex?... Frost, sediakan alat untuk pertarungan. Kita akan turun menghalang mereka dari sampai ke pusat bandar," Frost mengangguk dan mereka bertiga bergesa untuk ke sana.
Legunia merupakan paradoks yang tinggal di dunia Hyperes. Separuh manusia dan separuh kupu-kupu. Merupakan ketua kumpulan pertahanan yang tidak rasmi disebabkan kelincahan dan mempunyai strategi yang hebat.
Kiki, separuh manusia dan separuh monyet dan dia digelar raja monyet disebabkan ketangkasannya dalam berlawan. Dia merupakan kawan kepada Legunia, bersama-sama dalam kumpulan pertahanan.
Akhir sekali, Frost. Seorang budak kecil separuh manusia dan separuh beruang kutub. Berada di kategori pertahanan dan pembantu yang kuat walaupun berbadan kecil.
Cepat-cepat mereka berlari sehingga sampai di kampung Leaf. Kebakaran di situ sangat teruk dan bahang apinya terlampau kuat.
"Frost! Padamkan!" Frost segera menghembuskan nafasnya. Keluar sajli putih dari mulutnya. Suhu yang sejuk dan basah memadamkan api yang merebak tadi.
Legunia membuka sayapnya lalu terbang meninjau keadaan. Terlihat tiga orang di bawah sedang merosakkan harta benda.
"Mari! Mereka ada di bawah!"
.........
"Dekat mana pusat utama dunia kau orang ha!" Ken mencengkam kolar baju seorang paradoks di situ. Segera Legunia melepaskan serangan berupa jarum yang beracun ke arah Ken.
Namun Ken tidak berasa apa-apa. Ken memandang Legunia. Tangan Ken mengeluarkan api dan ingin dibaling ke arah Legunia. Kiki sempat datang dan memukul Ken menggunakan buluhnya.
Haya segera membantu Ken. Haya membaca jampi dan tangannya diletakkan ke tanah.
" Shadougosuto!" ( Shadow Ghost ) muncul bayang hitam dari tanah mengikat kaki Kiki membuatkan dia tidak boleh bergerak. Joker melompat tinggi sambil mengeluarkan penukul yang besar menghentam Kiki.
Frost dari jauh meluncur dengan ais segera menangkap Kiki untuk mengelak dari terkena hentaman tersebut.
"Furosutoburesu!" ( Frost breath ) kuasa ais yang sejuk membekukan kaki Haya dan Joker manakala Ken masih lagi bertarung dengan Legunia.
Ken sudah tidak dapat lagi menahan amarahnya. Api marah yang meluap mampu membakar lautan biarpun jauh. Badan Ken mula mengeluarkan bahang panas.
"Arghhh!" Ken mula melepaskan kuasanya. Tercampak mereka bertiga dari kawasan tersebut. Habis perkampungan tersebut rentung dijilat api. Kuasa yang luar biasa dan tiada tandingan.
"Apa yang akan jadi pada dunia kita..." ujar Legunia.
.......
Akademi.
Malam itu juga ketika mereka masih mengadakan majlis, terdapat dua orang sedang berbual tentang sesuatu. Seorang budak lelaki dan seorang lelaki berjubah.
"Rancangan kau dah gagal!" Ujar orang yang memakai jubah perang tersebut. Dengan tak semena-mena budak tersebut ditampar.
"Aku hantar engkau supaya sabotaj majlis tu! Supaya kita boleh jalankan kerja yang lain!" Tengking lelaki itu. Budak tadi diam tak berkata apa-apa.
"Aku nak kau rancang sesuatu! Pembantu-pembantu aku semua sedang jalankan kerja mereka dan aku tak nak satu pun rancangan kau gagal! Faham!" Budak tadi mengangguk.
Encik Unn hanya mendengarnya sahaja perbualan dua orang itu dari jauh. Semua yang dia hendak tahu sekarang berada di tangannya dan dia perlu jayakan sahaja.
.
.
.
Bersambung..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro