Bab 16 : Musuh Baru
Cik Eva menerima panggilan dari akademi, digesek ikon hijau untuk menjawap.
Tuan Vincent
Semua selamat? Ada apa-apa masalah? Kanak-kanak yang dirasuk semua sudah dihantar ke hospital?
Cik Eva
Jangan risau, pihak hospital dan polis sudah mengambil alih. Pelajar yang lain semuanya selamat. Kanak-kanak yang dirasuk sudah dihantar ke hospital.
Tuan Vincent
Isyarat paradoks Exa masih lemah, tapi siap sedia sahaja. Pastikan pelajar-pelajar selamat. Itu sahaja.
Cik Eva
Baik pengetua.
Cik Eva menyimpan telefonnya lalu memanggil kami semua untuk berkumpul.
Cik Eva menyimpan telefon miliknya lalu memberitahu maklumat yang disampaikan oleh pengetua.
......
Normal Pov
Dimensi yang dikurung selepas peperangan dunia berakhir yang melibatkan 15000 manusia terkorban dan 1428 paradoks mati. Diperintahkan oleh Raja iblis yang dahagakan kuasa sehingga membunuh keturunan sendiri.
Mempunyai pengikut yang hebat dan berkuasa. Dimensi yang penuh dengan hidupan paradoks jenis Exa. Dunia yang lain dengan yang lain. Darah dijadikan sebagai minuman, kematian dijadikan sebagai kepuasan dan melihat orang terseksa dijadikan sebagai kegembiraan.
Pengikut yang kejam terdiri dari sembilan orang. Semua mempunyai sumpahan kuasa yang tersendiri. Tidak pernah kalah dengan orang yang mencabar dia. Dunia Vertex.
.........
Sepuluh orang sedang duduk di meja bulat sedang mengadakan mesyuarat untuk mengambil alih dunia. Semuanya sedang melihat di skrin yang menayangkan kejadian perlawanan sebentar tadi.
Satu per satu paradoks mereka dikalahkan. Cik Emma yang merupakan pembantu Zegrath berasa gerun apabila melihat paradoks yang dihantarnya kalah dengan mudah. Selepas ini mungkin dia yang akan kena belasah.
"Haih, nampaknya kita dah gagal." Keluhan berat dilepaskan oleh seorang perempuan. Melihat dari caranya, dia agak matang dari paradoks lain.
"Apa paradoks yang kau hantar ni, Cik Emma!" Meja diketuk kuat oleh seorang lelaki sehingga mengejutkan orang dalam mesyuarat itu. Badannya mula mengeluarkan bahang panas.
"Cukup Ken, dia tak boleh buat apa-apa, yang penting sekarang ni... Kita ada musuh baru," kata seorang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan pelajar akademi itu. Lagak gayanya yang lebih matang dari lelaki itu walaupun dia lebih muda.
"Hihihi, pasti seronok kalau tengok dia orang sakit!" Gelak seorang kanak-kanak kecil yang duduk di atas kerusi mesyuarat sambil bermain-main dengan hantu kecilnya.
"Tuan ada apa-apa rancangan ke? Atau kita biarkan mereka buat sementara waktu?" Soal lelaki muda pada Zegrath.
Zegrath diam tidak menjawap mahupun menganguk. Di dalam fikiran dia, dia sedang memfikirkan rancangan seterusnya. Tiba-tiba seseorang menyampuk.
"Apa kata kita terus serang akademi mereka! Hihihi! Dengan cara itu mereka mungkin tidak sempat bersedia! Hihihi!" Cadang seorang badut yang kelihatan agak lembab dari segi gaya percakapannya.
"Kau ni tak betul ke! Dekat akademi itu ramai pelajar! Walaupun mereka tidak bersedia tetapi mereka dah terlatih!" Jerit Ken pada dia. Tiba-tiba muncul seorang perempuan berambut merah jambu di belajang Ken dan mengusik dia.
"Serang hendap! Serang hendap! Kenapa? Ken takut mati ke! Hahaha!" Kata dia sambil berlari di sekeliling bilik mesyuarat itu.
"M-mamiko! J-jangan buat m-macam tu!" Kata kembarnya yang berambut biru secara perlahan. Lain sungguh dengan karakter yang dibawanya berbanding Mamiko. Mempunyai karakter yang pemalu dan pendiam.
"Baik kau duduk diam sekarang budak sebelum aku makan kau!" Kata seorang raksasa yang mempunyai badan yang besar dan gigi yang tajam.
"Tak takut! Hahahah!" Dia masih lagi berlari di sekeliling bilik mesyuarat. Tiba-tiba petikan jari diberikan oleh Zegrath.
"Cukup..." Semua tingkah laku mereka terdiam dan memandang ke arah Zegrath. Mereka kembali mengambil tempat duduk masing-masing.
"Kita tangguhkan rancangan untuk rasuk paradoks di Zoo itu. Sambung ke rancangan seterusnya, dan buat masa ini aku nak kau buat kerja kau!" Kata Zegrath kepada seseorang.
"Maksud tuan siapa?" Soal lelaki muda itu.
"Dia," jawap Zegrath sepatah. Seorang pemuda masuk ke dalam bilik mesyuarat itu dengan memakai hood labuh sampai ke bawah. Lelaki yang sama menyerang mereka. Hood ditanggalkan kemudian ternampak rambut panjang ke bawah dan kulit yang berwarna putih.
"Kau tahu kerja kau kan?" Soal Zegrath.
"Tahu tuan!" Balasnya.
"Jangan hampakan aku!" Dia terus menutup semula mukanya dan berjalan keluar. Mereka menyambung semula mesyuarat mereka dengan rancangan lain tetapi sesuatu menganggu mereka.
Seekor paradoks kecil yang merupakan penjaga pintu istana masuk ke bilik mesyuarat.
"Tuan! Ada orang dekat pintu masuk istana tuan!"
"Siapa?" Mereka semua menunggu jawapan paradoks kecil itu.
"Paradoks yang turun ke dunia manusia sebentar tadi," Zegrath terus berdiri dan menuju ke pintu depan. Mereka yang lain pun mula berdiri dengan mengekori Zegrath.
........
Puk!
Muka paradoks itu ditendang oleh Zegrath.
"Kau makhluk lemah! Lawan dengan budak juga kalah! Engkau tak layak hidup!" Kepala paradoks itu dipijak Zegrath. Dengan penuh marah paradoks itu mula mengganas.
"Aku ikut apa yang kau suruh! Aku buat semua yang kau suruh! Tapi kau tak pernah nampak usaha aku!" Paradoks itu mula menggila sehingga ingin melepaskan tembakan pada Zegrath.
Pom! Tembakan dilepaskan.
Paradoks itu melihat ke arah perutnya. Tembakan yang diberi oleh Zegrath lebih cepat berbanding dia membuatkan tembakan itu tembus mengena badannya. Berlubang.
Perlahan-lahan kakinya mula lemah dan akhirnya jatuh ke tanah. Cik Emma yang melihatnya terus menutup mata. Salah satu paradoks yang dia jaga sehingga besar mati dalam satu tembakan sahaja.
Zegrath datang menghampiri Cik Emma lalu rambut perempuan itu dicengkam. Cik Emma memengang lengan Zegrath supaya minta dilepaskan.
"Kau dengar sini! Kalau kau hantar paradoks tak guna lawan dia orang! Kau yang aku kerja kan! Faham!" Cik Emma segera mengangguk lalu dia di campak jatuh.
Pembantu dia yang lain hanya tersengih sahaja melihatnya dan mereka pun terus masuk ke dalam istana semula.
.........
"Kita sambung agenda kita, sentiasa perhatikan gerak-geri kanak-kanak itu. Mereka bersembilan merupakan lawan kita. Jadi perhatikan mereka lebih dari yang lain..." Ujar Zegrath.
"Cik Emma saya nak awak cari maklumat tentang budak-budak ini! Jangan cuai lagi! Faham!" Cik Emma terus menggangukkan kepala.
"Dan yang lain awak semua dah boleh bersedia dengan rancangan seterusnya... ambil alih dunia Paradoks!"
"Baik!"
........
"Baiklah awak semua dah diperiksa dan tiada apa-apa masalah. Jadi awak semua boleh buat kerja seperti biasa." Ujar Encik Unn sebagai doktor sekolah ini.
Lepas sahaja lawatan itu, kamu terus balik ke Akademi dan diberikan rawatan. Sesudah selesai, Aku keluar dari bilik kesihatan tetapi aku masih runsing. Haikal melihat aku pelik.
"Kau ni kenapa?"
"Siapa lelaki pakai hood tu eh?" Soal aku hendak jawapan.
"Kenapa pulak kau nak tahu?" Tanya Haikal semula.
"Sebab masa kita tengah lawan tadi kan, aku ada nampak dia tengah berdiri tengok kita lawan. Aku tak tahu apa masalah dia."
"Bila?"
"Ada masa..."
Flashback.
aku ternampak satu tiang lampu dan akh terus melemparkan rantaiku ke arah tiang lampu itu meninggalkan Asy sendirian dan aku terus mendarat di atas tiang lampu tersebut dan mengimbangkan dirinya supaya tidak jatuh.
Dari atas aku ternampak orang itu sekali lagi sedang memandang pertarungan kami antara paradoks itu. Di tangan dia sedang menaip sesuatu. Apa yang dia cuba buat.
Tiba- tiba entah dari mana, Wan mendarat di atas rantai aku dan terus menuju ke arah paradoks tersebut. Ia menganggu fokus aku, kemudian aku lihat balik orang itu sudah menghilang diri.
'Tapi kenapa?'
End of Flashback
" Aku rasa dia sedang perhatikan gerak-geri kita," ujar Faris.
Semasa mereka berjalan keluar, Encik Unn mendengar perbualan mereka, kemudian dia tersengih sendiri.
......
Bilik mesyuarat akademi.
"Saya dengar ada pengintip dari dimensi lain di akademi kita, tapi kita masih tidak tahu siapa. Oleh itu, semua pengajar di setiap tahap harus melihat gerak-geri pelajar mahupun orang luar. Kita masih tidak tahu apa motif mereka mengitip kita." Ujar Tuan Vincent selaku pengetua akademi.
Semua pengajar di dalam bilik mesyuarat itu berbisik antara satu sama lain.
"Pengintip dekat akademi?" Kata Encik Icarus seorang diri yang duduk di sebelah Encik Unn. Encik Unn hanya diam dan tak berkata apa-apa.
.........
'Aku akan buat akademi ini huru-hara tanpa mengesyaki aku!'
.
.
.
Bersambung.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro