Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13 : Ini Paradoks?

"Shafiq! Shafiq! Kau kat mana!" Laung Haikal memanggil nama Shafiq sekuat hati. Haih, mana pulak perginya mamat ni. Dah jauh ke dalam hutan mencarinya.

"Kita berpecahlah, senang sikit nak cari dia nanti. Rasanya dia sesat kut dalam hutan tebal ni," ujar Lokman dan Mereka semua pun segera berpecah mencari dia.

......

"Urgh!" Aku sempat mengelak libasan kayu milik pemburu ini mengenai aku. Haiwan ini masih aku gengam erat di tangan aku. Mereka ramai sedang mengepung aku. Satu - satu daripada mereka menyerang aku. Aku menepis semua serangan itu.

Puk! Belakang badan aku dipukul dan kaki aku ditepis membuatkan aku jatuh ke tanah. Aku mengerang kesakitan. Ouh, pada yang tanya kenapa tak gunakan kuasa aku, meh sini aku bagitahu. Pelajar Akademi tidak dibenarkan menggunakan kuasa mereka sewaktu berada di luar kawasan Akademi. Itu sudah menyalahi undang-undang.

Satu lagi libasan kayu ingin menghentam kepala ku. Cop, cop, cop. Macam mana boleh jadi macamni eh?

Flashback.

Kachik! Bunyi itu dekat dengan aku. Aku mengikut arah bunyi itu dan aku terlihat seekor haiwan sedang bergelut melepaskan diri dari perangkap. Kucing? Tak nampak macam kucing, warna bulu yang unik dan lain dari yang lain.

Mulut dia mengigit sesuatu, makanan aku. Aku terus merampasnya. Kemudian, terdengar teriakkan seseorang menjerit.

"Aku nak kau orang cari paradoks tu sampai dapat! Tuan kita nak uji dia!" Paradoks? Ini paradoks ke? Betul, paradoks jenis Gen wujud dalam pelbagai rupa dan bentuk. Aku segera menolong dia untuk melepaskan diri.

Paradoks itu diam tidak berkata, aku cuba menyelinap keluar dari kawasan itu tetapi nasib tidak menyebelahi aku apabila salah seorang pemburu tersebut melihat aku membawa paradoks ini.

"Bos! Dekat budak tu!" Jerit dia memanggil rakannya yang lain. Aku terus melarikan diri dari mereka dan sekali lagi nasib tidak menyebelahi aku, aku tersadung batu lalu muka aku mencium tanah.

"Aduh!" Aku mengosok muka aku. Sakit. Ketika itu lah mereka semua mengepung aku.

"Bagi paradoks tu sekarang!" Aku ingkar arahan dia dan sebab itu lah pergaduhan berlaku antara aku dengan mereka.

End of Flashback.

Satu lagi libasan kayu ingin menghentam kepala aku. Dengan pantas aku bergolek dan melompat, senjata kecil aku keluarkan, lantas aku menyasarkan tangan mereka supaya melepaskan senjata di tangan.

Dari belakang seseorang cuba memeluk aku. Aku sedar akan perlakuan itu lalu aku tunduk dan kakinya aku ikat dengan rantai aku. Rantai aku ditarik kuat sehinggalah dia terangkat dan dicampakkan pula ke arah pemburu-pemburu tersebut.

Muka ketua mereka telah merah padam. Geram melihat perangai aku.

"Aku kata bagi paradoks tuh!" Teriak dia kuat sehingga boleh nampak urat kemarahan timbul di dahi dia.

"Kalau kau tak bagi kau akan mati!" Cakap lah apa sekalipun aku tak akan bagi. Dia menuju selangkah menghampiri aku tetapi dia terhenti seketika...

Terpercik darah keluar dari mulut dia. Aku yang melihat kejadian tersebut pun terduduk disebabkan terkejut. Pemburu yang lain terus melarikan diri. Dari jauh datang seseorang, seseorang yang aku kenal.

Memakai jubah berwarna perang labuh sampai ke bawah, bahagian kepala ditutup maka mukanya telindung. Ketua pemburu tadi hampir nyawa-nyawa ikan.

"T-tuan, a-apa yang tuan...c-cuba buat ni! Uhuks!" Keluar lagi darah dari mulutnya.

"Kau tak macam yang aku sangkakan, lemah!" Pemburu itu diangkat dan dicampak jauh di dalam hutan.

"Bagi dia sekarang pada aku!" Arah dia segera.

"Lawan aku dulu!" Dia tersengih sendiri.

"Kalau itu yang kau nak!"

.......

Amirul POV

Kami semua berpecah mencari dia. Ketika aku berjalan, aku terdengar sesuatu yang membuatkan aku ingin melihatnya. Lalu, kaki aku pantas bergerak menuju ke arah itu.

Apabila bunyi itu semakin kuat, aku cepat-cepat bersembunyi di sebalik pokok. Sesekali kepala aku menjenguk keluar dan ternampak Shafiq dan orang yang aku jumpa minggu lepas. Shafiq bermati-matian bertarung dengan dia.

Puk! Terdengar bunyi tendangan yang kuat diberikan oleh orang itu sehingga menyebabkan Shafiq tercampak ke belakang dan terseret. Orang itu mengeluarkan kuasa dia.

"Selamat tinggal budak..." Dia lepaskan tembakkannya. Shafiq menutup mata dan aku cepat pergi ke arah dia.

"Mizu sozo maho : Wadatsumi no tate!" ( water creation magic : Sea God's Shield )

Aku sempat menghalang serangan dia daripada mengenai Shafiq. Dia memandang aku lemah dan terus pengsan tidak sedarkan diri.

"U~otaburasuto!" ( Water blast )

Orang itu menahan kuasa aku.

"Amirul!" Terdengar teriakkan suara rakan-rakan aku yang lain. Muncul mereka mendarat di hadapan aku. Dia memusingkan badannya untuk beredar. Lokman dan Aiman turun mendarat di belakangnya. Kami semua mengepung dia.

"Serang!" Kami semua terus berlari ke arah dia. Cepat dia membaling serbuk ke atas tanah dan menghilangkan diri.

"Mana dia pergi!" Ujar Aiman dengan perasaan yang tidak puas hati. Lokman yang perasan akan keadaan Shafiq, terus meluru ke arahnya.

"Hiringu..." (Healing) cahaya muncul di sekeliling Shafiq dan meresap masuk ke dalam badan dia.

"Dah, kuasa aku mungkin tak boleh buat dia sembuh sepenuhnya. Bagi dia berehat," kata Lokman.

"Papah lah dia, bawak pergi bilik kesihatan," ujar Faris.

"Bawak dia pergi bilik sudahlah, kang tak pasal-pasal kena marah dengan cikgu macam haritu. Kau nak kena lagi?" Kata Raul pada dia.

Kami terus memapah dia sehingga ke Akademi.

Normal POV

Selepas sahaja mereka berlalu di situ, keluar seekor haiwan dari semak memandang ke arah mereka. Lalu ia pun mengekori mereka sehingga ke akademi.

Masuk sahaja ia di akademi. Terkejut dengan pelajar di situ. Pantas dia melarikan diri.

"Eh, comelnya! Tangkap! Tangkap!" Segera ia meloloskan diri dari pelajar-pelajar itu. Tujuan haiwan itu masuk akademi ini hanya untuk mencari orang yang menolong ia tadi.

Kepala meliar ke kiri dan kanan dan ketika dia terleka.

"Hi, si comel! Buat apa dekat sini?" Seorang budak perempuan sudah mengakat dia.

"Jom pergi tempat lain." Terus dia membawa haiwan itu pergi.

.....

Normal POV.

Shafiq dipapah sehingga ke bilik.

"Baringkan je dia dekat katil tu," ujar Aiman.

"Kalau kau orang penat pergi la turun dulu. Aku jaga dia kejap." Mereka yang lain menganguk lalu keluar dan pergi berehat. Lokman yang berada di dalam bilik terus merawat Shafiq.

Tut, tut, tut, tut. Telefon milik Lokman berbunyi dan tertera nama Haikal di telefonnya. Terus butang hijau ditekan.

"Ye...turun sekarang?... Ha okay-okay, tunggu kejap." Ujar Lokman lalu meletakkan telefonnya dan keluar dari bilik meninggalkan Shafiq keseorangan. Selepas beberapa minit, seseorang masuk ke bilik mereka.

Memandang ke arah Shafiq yang sedang terbaring sakit di atas katil. Perasan marah mula hadir dalam dirinya.

"Aku dah kata, jaga dia kan!"

"Maaf aku, tak tahu sampai boleh jadi macam ni." Kata orang itu.

"Tak apalah, cuma lain kali tengok-tengokkan dia ni."

"Baik!"

......

Shafiq POV

Aku membuka mata aku perlahan-lahan dan terbuntang apabila aku melihat diriku di suatu tempat seperti sebuah kuil yang berada di ruangan yang besar. Terlihat seseorang yang berada di hadapan aku mempunyai rambut yang panjang dan ular disebelahnya.

Aku pandang ke arah yang lain. Kawan-kawan aku semua sudah tidak sedarkan diri. Darah pekat mengalir keluar dari mulut mereka.

"L-lari, S-Shafiq..." Kata Raul dalam keadaan lemah. Peluh sudah mula mengalir di pipiku. Aku memandang semula ke depan dan orang itu sudah tidak kelihatan.

Aku memusing ke belakang dan jarak dia berada betul-betul seinci dengan aku.

Zing! Aku memandang ke bawah. Perut aku ditikam olehnya. Mulut mula mengeluarkan darah. Sakit yang tidak terkata. Pedang ditarik keluar dari perut aku menyebabkan aku tersentak ke belakang.

Perutku dipegang untuk memberhentikan darah dari mengalir. Aku terduduk lemah. Dia datang menghampiri aku. Dagu aku didongakkan.

"Aku akan akhiri hidup kau dengan kesengsaraan." Ujar dia perlahan. Pedang dia diangkat dan dilibas ke arah aku.

Splash. Darah memercik keluar.

Cepat-cepat aku membuka mata. Terkejut punya pasal. Aku menyentuh perut dan mukaku. Mimpi rupanya tapi... mimpi apa yang teruk sangat tadi?

Aku memandang sekeliling, aku sudah berada di bilik. Pintu bilik dikuak, dan muncul Aiman di pintu masuk sambil membawa bungkusan makanan.

"Eh, kau dah sedar rupanya. Nih aku belikan kau. Takut kau lapar pulak, yelah dari tadi duduk kejar haiwan yang curi makanan kau tu" kata Aiman. Kejap, haah mana Haiwan tadi?

"Mana haiwan tu?" Soal aku padanya.

"Haiwan apa ni?"

"Haiwan yang aku kejar tadilah."

"Lah, manalah aku tahu. Ish, kau jangan fikir sangat pasal hal tu, ni makan dulu. Nanti habis makan baru cerita kat aku apa jadi.

......

"Jadi itulah ceritanya." Aku menceritakan segala yang terjadi pada Aiman. Sekarang kami di koridor sedang berjalan. Bosan duduk bilik, lagipun aku dah sihat.

"Sekarang ni kau nak cari, haiwan tu jelah kan?" Aku angguk.

"Jom, ikut aku." Kami berjalan sehingga sampai ke sebuah bilik. Bilik apa ni?

"Nah buat pengumuman." Dia serahkan mikrofon kepada aku. Aku menghembus nafas sebelum berbicara.

Ding, ding, ding, ding.

"Minta perhatian kepada semua pelajar, kepada sesiapa yang menjumpai haiwan yang berbentuk seperti kucing dan berwarna cotton candy. Sila berjumpa saya di bilik ketua pelajar sekarang. Terima kasih."

Ding, ding, ding, ding

.......

"Ini ke haiwannya tu?" Kata Faris kepada seorang budak perempuan. Haiwan itu sedang nyenyak tidur di pangkuan perempuan itu.

"Ini bukan haiwan lah, kan saya dah beritahu awak tadi. Berapa kali nak cakap?" Kata perempuan itu lemah lembut.

"Alah tak kesah lah. Awak bawaklah dia, saya teman awak pergi bilik Aiman." Perempuan itu mengikut sahaja kehendak Faris.

........

Tuk, tuk, tuk. Pintu bilik diketuk.

"Masuk!" Laung Aiman dari dalam. Muncul Faris dan seorang budak perempuan membawa seekor haiwan itu.

"Itu dia." Ujar aku pada haiwan itu. Kemudian, aku terpadang ke arah seorang perempuan di sebelah Faris.

"Faris rupanya, kau jumpa dia dekat mana? Eh duduk lah." Pelawa Aiman.

Mereka berdua masuk dan terus duduk.

"Bukan aku yang jumpa. Ni kawan aku yang jumpa dia." Kata Faris sambil menunjukkan jari ke arah dia. Kenapa aku tak pernah nampak.

"Hai, Shafiq, Aiman. Sebelum itu saya memperkenalkan diri. Nama saya Hana dari kelas B, dan kawan Faris sejak dari kecil." Ujar Hana.

Oh, patut lah kelas lain rupanya. Haiwan itu baru terjaga dan membuka matanya. Apabila dia melihat aku, terus dia melompat ke arah aku.

"Hihi, dia nak ucapkan terima kasih sebab tolong selamatkan dia." Kata Hana sambil tertawa kecil.

"Kejap kau faham bahasa paradoks?" Ujar aku.

"Kejap ni paradoks ke?" Soal Faris pula.

"Awak saya dah kata kan tadi, yang dia ni bukan haiwan." Kata Hana kepada Faris.

"Paradoks ni masuk akademi semata nak cari awak je." Aku mendengarnya terus membelai paradoks itu. Aku lihat riak muka Hana seperti sedih.

"Kau nak jaga dia ke?" Soal aku pada dia.

"Betul ke?" Riak wajah dia kembali ceria. Aku segera mengangguk. Paradoks itu melompat dan menuju ke arah Hana.

"Jadi kau nak namakan dia apa?"

"Saya nak namakan dia, Luna!"
.
.
.
Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro