Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11 : Guru Baru

SHAFIQ POV

Selepas sahaja pertandingan haritu tamat, tiada apa aktiviti pun yang berlaku selepas itu. Kami menjalankan kehidupan kamu seperti pelajar akademi sahaja.

Harini kelas seperti biasa. Aku, Haikal dan Lokman berjalan menuju ke kelas. Mereka yang lain sedang bersiap lagi rasanya. Hari ini kelas Logical. Kelas kegemaran aku.

Kelas logical merupakan pembelajaran mengenai paradoks dan dimensi di dunia ini. Itu yang aku suka. Semua pengetahuan am berada dalam pembelajaran ini hari ini.

Ketika aku berjalan bersama-sama mereka, kami ternampak Encik Icarus bersama dengan seorang lelaki. Aku bertanya pada Lokman dan dia pun tidak mengenali siapakah gerangan lelaki itu. Mungkin cikgu baru?

Dari belakang seperti perempuan disebabkan dia mempunyai rambut yang panjang. Walhal dia seorang lelaki. Pakaian seperti orang mewah. Kulit yang berwarna putih dan mungkin dia merupakan tarikan pelajar perempuan di akademi ini.

.....

Sampai sahaja kami di kelas, aku terus duduk di meja aku. Kelas masih lagi belum bermula. Aku masih lagi termenung. Tiba-tiba seseorang datang ke meja aku.

"Kau ada nampak cikgu baru lalu tadi?" Soal Faris pada aku.

"Ouh dia cikgu ke? Mana kau tahu dia cikgu?" Soal aku pula.

"Entah aku teka je." Ceh aku ingat dia tahu.

"Aku rasa dia bukan cikgu lah, sebab kalau diingat balik. Semua cikgu akademi dah penuh. Tak mungkin la dia akan gantikan sesiapa." Haikal mencelah ketika kami sedang berbual. Ada betul juga apa yang Hailal kata.

Baru sahaja aku hendak bertanya, pintu kelas terbuka dan Cik Eva sudah masuk ke kelas. Kelas pagi pun bermula seperti biasa.

Aku duduk di hujung tingkap dan Haikal di sebelah, manakala Lokman pula di belakang aku. Aku merenung ke luar tingkap dan sesuatu telah menarik perhatian aku. Seseorang sedang berdiri di tengah-tengah padang dengan memakai mantel berkain perang. Betul-betul berdiri tengah padang dan aku baru perasan dia sedang memandang aku.

Aku mendekatkan lagi muka aku dengan cermin tingkap dan aku tak perasan bahawa semua sedang melihat aku sekarang.

"Awak buat hal lagi ye Shafiq?" Soal Cik Eva sambil memandang aku.

"Maaf Cikgu, saya tak akan buat lagi." Aku berdiri dan menundukkan kepala berulang kali.

"Duduk, baiklah mari sambung pelajaran kita. Terdapat banyak dimensi yang masih belum diteroka oleh manusia di dunia ini. Tetapi terdapat seorang yang berjaya membuka gerbang dimensi lain supaya manusia dan makhluk lain boleh berhubung bersama. Orang itu dinamakan 'Vin' Beliau telah berjaya membuka gerbang dimensi lain iaitu dimensi pertama Hyperes

"Hyperes adalah dunia yang tiada teknologi. Makhluk yang mendiami disini Kebanyakan ialah haiwan buas dan lagenda, mutant, golem dan hidupan yang berkaitan dengan flora dan fauna. Terdapat juga bunian yang hidup di dimensi ini. "

"Dimensi kedua yang beliau berjaya buka ialah Aevyn. Aevyn adalah dunia siber yang dihuni oleh robot dan android. Ia memiliki teknologi yang paling maju dari semua dunia, sehingga teknologinya kelihatan seperti sihir. Kehidupan di sana sangat mudah, tidak ada yang mustahil, kerana semua keinginan dapat direalisasikan dengan nanomachines."

" Dan yang terakhir adalah Euthenia. Euthenia adalah dunia yang dihuni oleh dewa dewi. Dunia ini juga adalah dunia pertama yang berjaya diterokai daripada kedua-dua dunia.

Sebelum ini, zaman dahulu terdapat peperangan antara pemaisuri Araqiel pemerintah Euthenia sekarang dengan Raja iblis Zegrath. Dahulunya Zegrath juga seorang dewa tetapi sifat tamak yang hadir dalam dirinya membuatkan hatinya menjadi hitam, maka dia digelar Raja iblis. Peperangan ini berlaku apabila Vin berjaya menyatukan ketiga-tiga dunia itu. Zegrath ingin menahluk ketiga-tiga dunia tersebut. Maka peperangan pun berlaku. Peperangan ini juga berlanjutan sehingga 100 tahun. Paradoks mula menganas dan mengambil nyawa setiap orang. Ketiga-tiga dunia tersebut berjaya menghalang Zegrath. Namun, Zegrath dapat melarikan diri dengan mencipta dunia dia sendiri. Vertex, dunia yang sangat kejam. Duhuni dengan makhluk jahat. Dan walaupun peperangan itu sudah lama berlaku, tidak mustahil ia akan berlaku lagi tahun ini. Kita masih tidak tahu lagi ancaman Zegrath. Oleh itu, kamu semua harus bersedia."

Kami semua menelan air liur. Takut apa yang dikatakan oleh Cik Eva. Dan kami mungkin generasi yang akan melawan Zegrath.

" Baiklah kita pergi ke slot seterusnya iaitu mengenai paradoks. Paradoks terbahagi kepada dua iaitu paradoks Exa dan Gen . Paradoks Exa seperti parasit iaitu merasuk dalam badan seseorang untuk menggunakan kuasanya. Apabila kuasanya meningkat dia juga boleh mengambil alih dunia ini. Berbanding dengan paradoks Gen. Paradoks Gen ini memberi faedah kepada tuannya kerana tuanya boleh menggunakan kuasa paradoks ini.

" Untuk pengetahuan semua paradoks masih lagi meliar liar di dunia kita. Sebab itu lah kawasan bandar diperketatkan supaya paradoks Exa tidak berkuasa. Ada juga Paradoks Gen cuma mereka paradoks liar. Untuk mengetahui perbezaan paradoks Exa dan Gen ialah paradoks Exa hanya mempunyai mata di tengah-tengah, manakala Paradoks Gen wujud di dalam keadaan Haiwan, tumbuhan, bunian, beast, dewi dan sebagainya. "

Paradoks Exa.

Paradoks Gen


Kring! Bunyi loceng menandakan waktu rehat.

"Baiklah sampai sini saja kelas untuk harini. Semua boleh keluar rehat." Kami semua mengemas barang-barang.

Kemudian, aku keluar untuk pegi rehat. Sakit leher aku. Aku merengangkan badan aku. Aku terleka sehingga aku tak perasan aku sudah melanggar seseorang.

"Maaf aku tak sengaja, maaf ye." Dia jatuh terduduk. Aku segera menghulurkan tangan untuk menolong dia bangun.

"Aku mintak maaf." Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal. Tulah jalan tak pandang depan. Dia kemudian memandang aku. Kejap dia ni budak baru ke apasal aku tak pernah nampak dia.

"Eh, tak tak, aku yang salah. Aku minta diri dulu ye, ada hal sekejap. Selamat tinggal." Kata dia sambil melambai aku. Aku pernah nampak ke ha? Macam tak pernah, macam pernah. Aku meneruskan perjalanan aku ke tempat lepak kami.

Aku terus duduk dan menanyakan kepada Lokman tentang budak tadi.

"Budak yang kau langgar tadi?"

"Haah."

"Muka dia macam mana?" Soal Lokman pada aku untuk mendapatkan maklumat.

"Aku tak perasan sangat sebab dia pakai mask lepastu..."

"Ouh dia pakai hoodie hitam?" Aku menganguk.

"Mata dia warna kuning?" Aku menganguk lagi.

"Dia pendiam sikit kan?" Mungkin rasanya.

"Budak tu nama dia Izz, dia tu memang pendiam sikit tapi dia baik, dan mesti kau tak perasan. Dia kelas dengan kitalah." Kejap? Kenapa selama ni aku tak perasan

"Budak tu kelas kita?"

"Itulah kau dalam kelas mengelamun." Balas Amirul.

"Aku mengelamun sekejap je, ouh cakap pasal mengelamun, tadi dalam kelas aku nampak ada orang dia berdiri tengah padang. Dia siap pakai mantel lagi." Aku menceritakan perkara yang aku nampak tadi.

"Then, dia buat apa?" Soal Faris tiba-tiba.

"Entah, dia berdiri je. Lepastu dia pandang kelas kita, waktu cikgu panggil aku tu terus dia hilang." Cerita aku lagi.

"Imaginasi kau je kut." Yeke, imaginasi aku ke? Aku rasa tak. Perut aku pula memulas secara tiba-tiba. Aduh.

"Wei aku pergi tandas dulu tau." Kata aku dan terus meluru ke tandas.

.....

Aku membasuh tangan aku sebelum keluar dari tandas. Kemudian aku terus menuju semula ke tempat mereka. Aku terserempak dengan Encik Icarus, lalu aku terus membongkokkan badan aku menunjukkan tanda hormat.

Namun, aku diminta oleh Encik Icarus membawa Cikgu baru ini ke bilik kesihatan. Aik? Sakit ke?

"Tolong lah ye, Shafiq. Saya nak ambil barang sekejap untuk bawa ke sana. Minta tolong ye." Aku hanya menganguk mengikut arahan. Aku mengambil alih tugas Encik Icarus membawa dia ke bilik kesihatan.

Semasa berjalan ke sana, Pertanyaan Cikgu baru itu memecahkan suasana kesunyian.

"Jauh jugak kan bilik kesihatan dekat sini?" Aku hanya menganguk sahaja.

"Nama siapa?" Soal dia pada aku.

"Panggil je Shafiq. Cikgu ni cikgu baru ke?" Soal aku semula pada dia. Dia mengelengkan kepala dia.

"Saya bukan cikgu, saya jadi doktor untuk Akademi ni." Aku menganguk faham. Sedar tak sedar kami sudah sampai ke bilik kesihatan.

"Ini bilik cikgu, silakan masuk, nanti Encik Icarus datang. Sebelum saya pergi saya nak tanya sesuatu boleh?" Kata aku sebelum berlalu pergi.

"Tanya apa?"

"Nama cikgu apa eh?" Soal aku

"Ingatkan penting lah sangat, panggil je Cikgu Unn." Ouh cikgu Unn. Pelik nama. Kemudian, dengar tapak kaki seseorang menuju ke sini, Encik Icarus.

Aku segera meminta diri untuk pergi. Aku kembali kepada mereka, namun aku ternampak lagi lelaki tadi di sebalik semak, sedang memandang aku dan dia melarikan diri. Aku cuba mengejarnya, kemudian dia hilang.

Aku mengundur ke belakang, bahu aku di sentuh lantas aku menoleh...

"Argh!"
.
.
.
Bersambung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro