Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10 : Kemenangan Sebenar

Shafiq POV

Nama Aiman terpampang di skrin. Semua orang bertepuk tangan dengan gemuruh. Aku pun turut bersorak dengan kuat. Kami semua berpelukkan tapi aku lihat riak muka Aiman tidak seperti yang aku bayangkan. Aku ingat dia gembira tapi kenapa dia...

"Aiman, kau tak gembira ke yang kau dapat naik tahap?" Soal aku pada dia. Dia kelihatan seperti keliru, lama sebelum menjawap soalan aku.

"Hah, a-apa dia. A-aku tak dengar," kata dia dalam keadaan gugup.

"Kau okay tak ni? Macam ada masalah je." Pelik dengan dia harini. Dia sekadar menganguk sahaja. Setelah itu, aku hanya membiarkan dia.

Kami berkumpul dan bercerita kisah kami semasa di Arena tadi. Gelak tawa kami sangat kuat sehingga menganggu orang lain.

"Kau orang..." Aiman memanggil kami, dan kami semua berpaling ke arahnya.

" Kenapa kau orang semua nak tolong aku naik ke tahap Enchanter? Walaupun aku dah marah kau orang sebelum ni." Kami pelik dengan dia harini.

"Aku nak tolong sebagai tanda maaf, kau dari haritu nak masuk kelas A tapi tak dapat. Dah alang-alang ada pertandingan macam ni, bagi lah menang. Mungkin ada peluang untuk tolong kau, dan impian tu tercapai kau dah pun dapat naik tahap," ujar aku panjang lebar.

"Lagipun tak salahkan kita tolong kawan sendiri? Semuanya bergantung pada hati sama ada mahu membantu ataupun tidak. Betul tak?" Kata Lokman lagi.

"Tolong menolong tu kan perkara biasa. Mana kita orang boleh bantu, kita orang bantu." Sambung Haikal.

......

Aiman POV

Selepas kami berbual, Tuan Vincent datang ke arah aku.

"Tahniah Aiman, atas kejayaan kamu. Kamu layak menerima lencana ini. Ini membuktikan bahawa kamu layak untuk berada di Tahap Enchanter. Ambil lah." Pengetua menghulurkan lencana itu pada aku.

Aku berfikir sama ada aku patut ambil atau tidak. Aku terus mengambilnya. Tapi hati aku berkata, adakah ini Kegembiraan kau? Ini harapan kau? Aku memandang ke arah peserta lain, walaupun mereka kalah, kawan-kawan mereka tetap berada disisi mereka.

Sama seperti kawan aku yang lain, seteruk mana pun aku layan mereka, mereka tak kesah berkawan dengan aku. Aku memandang ke arah mereka. Kalau aku berpindah aku terpaksa tinggal kan mereka.

Flashback.

"Cubalah faham apa yang aku cuba sampaikan ni. Bagi aku cakap sampai habis dulu boleh tak? Ini tak aku cakap sikit kau tepis, cakap sikit kau tepis." Marah aku ada dia.

"Dah aku tak faham, aku tanya lah. Tanya salah, tak tanya salah." Jawap dia. Menjawap je kerjanya.

.....

"Sekarang ni kau orang kena pusing padang, tiga pusingan je. Jom, sedia!" Aku memulakan larian dan diikuti oleh mereka. Dan yang ketinggalan Shafiq.

"Oi cepat lah!"

"Sabar kejap boleh! Penat lah!"

End of Flashback..

Baiklah aku dah tetapkan keputusan aku.

.....

"Pengetua, boleh tak saya nak lepaskan peluang ini. Saya tidak mahu pergi ke kelas atasan." Semua orang terkejut dengan pernyataan aku tadi.

"Tapi kenapa? Susah kot nak dapat!" Kata Shafiq.

"Membazir je." Sambung Haikal pula.

"Kalau kau tak nak bagi aku lah!" Sahut Amirul.

"Diam lah Mirul!" Faris memukul bahu milik Amirul.

Tuan Vincent memandang muka aku dengan tenang. Kemudian dia tersenyum.

"Boleh saya tahu kenapa awak nak lepaskan peluang ini?" Suara dia yang lembut itu menenangkan aku.

"Sebab dia, kejayaan yang saya peroleh ini bukan milik saya seorang tetapi milik mereka juga." Aku memandang ke arah mereka.

"Mereka yang banyak membantu saya dalam menjayakan pertandingan ini. Lagipun untuk naik ke tahap Enchanter perlu menduduki pelbagai ujian. Kalau saya naik tanpa bertanding dikira saya seperti merendah-rendahkan kemampuan saya sendiri. Ujian yang kita hadapi, semua orang akan hadapi. Jadi saya pilih untuk kekal seperti biasa." Aku memulangkan semula lencana tahap Enchanter kepada pengetua.

"Bukan itu saja, objektif pertandingan ini diadakan bukan untuk mewujudkan musuh diantara kita, namun pertandingan ini dicipta untuk melihat sejauh mana kita dapat menempuhi cabara dengan kerjasama. Malah, pertandingan ini juga mengajar kita supaya tidak merendah-rendahkan orang lain. Cubalah kenal seseorang terlebih dahulu sebelum menilai." Aku berjalan ke arah Alex yang terduduk sambil menghulurkan tangan untuk menolongnya bangun.

"Maaf aku dah buli kau dengan kawan kau teruk," kata Alex dengan perasaan serba salah.

"Kita orang pun!" Jawap kembar berdua itu.

"Jadi? Kawan?"

"Kawan." Kami berdua bersalaman. Seluruh Colloseum bersorak kuat dan bertepuk tangan. Muncul kawan-kawan aku menerpa ke arah aku dan kami bergelak ketawa.

......

Normal POV

Dari jauh Cik Eva dan Tuan Vincent melihat gelagat mereka.

"Jadi inilah yang pengetua maksudkan bila pengetua cakap bahawa budak budak ni akan belajar sesuatu yang sangat bernilai dalam hidup mereka." Teka Cik Eva dan Tuan Vincent pun menganguk.

"Perkara penting yang patut setiap pelajar tahu ialah walau kita dalam keadaan teruk sekalipun, sahabat akan sentiasa menolong."

.....

Aiman POV

Aku berehat di taman akademi ini. Lenguh badan aku selepas pertandingan tamat. Angin kuat menyapa aku. Nyamannya.

"Aiman!"

Terdengar pula suara seseorang memberhentikan lamunan aku sementara. Malas nak layan. Aku menutup mata aku semula.

"Nak apa?" Balas aku pendek

"Aku nak tanya kenapa kau tak nak naik tahap?" Dia menyoal aku.

"Bukan aku dah cakap ke kat sana tadi? Aku penat la nak ulang-ulang banyak kali."

"Yelah, itu alasan satu, alasan kedua apa?"

"Hah?" Aku pelik. Apa yang dia cuba nak sampaikan.

"Ataupun kau tak nak tukar tahap, sebab kau nak kawan dengan kita orang?" Celah Haikal. .

"A-aku nak kawan dengan kau orang? M-memang tak la wei. Kau orang ada hati nak kawan dengan aku. Jangan mimpi lah. Kuasa aku tak sempurna lagi lah, k-kalau aku naik tahap pun sama je!" Balas aku selamat.

"Halah aku tanya jer." Kata Shafiq.

"Hah dah alang-alang tu apa kata kau cerita macam mana kau dapat kuasa-kuasa tu eh?"

"Nak yang mana? Aku kan ada dua?"

"Dua-dua."

"Fine, cerita dia macam ni..."

......

Flashback

"Kau nak cari buku apa sebenarnya ni?" Soal dia pada aku sambil dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di belakang kepala menunggu balasan jawapan aku.

Aku tidak berminat untuk menjawap soalan dia. Otak aku dikerahkan untuk mencari buku tersebut. Mungkin buku tu yang boleh tolong aku ajarkan aku kuasa.

Dia mengangkat keningnya lalu mengelengkan kepala.

"Woi, kau dengar tak?" Dia masih menunggu jawapan dari aku. Haih dia ni.

"Sini telinga kau." Dia mendekatkan mukanya menghampiri muka aku. Aku terus berbisik ke telinga dia

"Buku Novais V1."

" Serius la? Pfft." Dia gelakkan aku. Aku bagi penumbuk dekat mamat ni nanti kang.

"Kalau kau tak nak tolong, Fine! Aku cari sendiri!" Aku terus meninggalkan dia berseorangan tiba-tiba tangan aku ditarik oleh dia.

"Buku kau tu ada kat atas. Jom ikut aku, haih apalah yang penting sangat tadi, rupa-rupanya..."

"Gelak lah lagi! Gelak, gelak!"

......

"Amboi banyak betul buku yang kau nak baca," kata dia padaku. Aku hanya memberikan senyuman yang manis sahaja dan terus memilih buku.

"Kalau aku tak dapat tolong kau orang dalam pertandingan itu. Sekurang-kurangnya, aku dapat lah beri sokongan dengan kuasa ni."

"Kuasa ni semua susah tau kalau kau nak belajar seorang." Kata dia.

"Sebab tu lah, kau ada dekat sini. Tolong aku."

"Aku?" Aku menganguk. Dia mula mengeluh panjang. Itulah nak ikut sangat.

.....

Setiap petang waktu semua orang berlatih, aku menunggu dia untuk latihan aku pula. Kadang-kala dia yang menunggu aku.

"Okay cuba lagi!"

"Jinkaku Enchanto Deusu Hiringu!" ( Personality Enchantment Deus Healing ). Walau bagaimana aku berlatih tetap sama. Tiada hasil.

Raul suda mula mengaru kepala dia yang tak gatal. Macam-macam dah dia cuba buat tapi tak dapat jugak.

"Aku tak tau lagi nak buat apa wei." Kata dia seperti putus asa.

"Wei jangan lah macam tu. Tolonglah aku ni, kau tak kesian ke kat kawan kau?" Rayu aku pada dia.

"Ish ye lah, ye lah, buat lagi sekali!" Raul terus mengajar aku sehingga hari terakhir berlatih. Dan suatu hari.

"Raul, aku cuba tingkatkan kuasa kau eh."

"Ikut lah!"

"Jinkaku Enchanto Deusu Equesu!" ( Personality Enchantment Deus Eques). Tiba-tiba badan Raul bersinar berwarna biru. Dia menoleh ke arah aku.

Aku juga terkejut apabila melihat tangan aku mula mengeluarkan cahaya biru.

"Aku dah boleh guna kuasa ni ke?" Raul menganguk.

"Yeay!" Aku melompat gembira dan aku berlatih, dan pada malam sebelum hari kejadian juga aku berlatih.

End of Flashback

......

"Sebab tu lah kau ngantuk masa pagi tu?" Faris meneka.

"Kuasa angin tu pulak?" Tanya Amirul pada aku.

"Itu lain sikit. Masa aku lawan itu tiba-tiba cahaya warna putih datang. Muncuk abang aku secara tiba-tiba depan mata aku. Aku tak nampak sangat muka. Tapi aku yakin tu abang aku."

"Abang kau? Kejap kau ada abang?" Soal Haikal.

"Dulu abang aku sekolah dekat sini, tapi lepas dia habis belajar dekat sini terus dia hilang. Aku tak tahu mana dia pergi." Kata aku lagi.

"Jadi aku datang sini nak cari petunjuk tenang abang aku sikit."

"Tak apa, kita orang akan tolong kau! Jangan risau!" Kata Haikal. Tiba-tiba perut aku berkeroncong.

"Aku lapar lah, jom. Cafe?" Mereka semua sudah kenal dengan kerenah aku. Kemudian, kami semua terus ke cafe.

Suatu hari nanti, aku pasti dapat jumpa dengan abang aku. Aku tahu dia dekat-dekat sini saja.

......

"Jangan sampai dia perasaan." Kata seseorang.

"Aku tahu lah, pandai-pandailah aku jaga dia nanti! Aku kena gerak ni! Shafiq tunggu aku!"

"Hah cepat sikit!"
.
.
.
Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro