Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Amirul [3] : Dunia Yang Kejam

"Akuashūto!" ( Aqua shoot)

Amirul melakukan serangan. Namun begitu, serangannya yang sepatutnya ditujukan ke arah Haya, kanak-kanak perempuan itu dihalang oleh salah seorang penduduk kampung. Akibatnya, orang itu yang terbaring kaku di atas tanah.

Satu benda menarik perhatian Amirul dan Zul. Penduduk kampung yang terkena serangan Amirul tadi,  kepulan asap berwarna putih dan menyerupai lelaki itu keluar daripada badannya. Asap itu kemudian terbang ke arah Haya lalu diserap olehnya.

Tiba-tiba, penduduk kampung lain yang sedang mengerumuni Amirul dan Zul menjadi lebih kuat dan lebih tangkas. Keadaan ini membuatkan mereka berdua yang sedang bergelut, kini lebih bergelut.

"Apa jadi ni?" soal Amirul yang sedang berhadapan dengan beberapa penduduk kampung.

"Budak tu, dia dapat kuasa daripada roh orang mati. Jadi, orang yang dia kawal ni jadi lebih kuat," jawab Zul yang turut menghadapi kesukaran.

"Haidorobāsuto!" ( Hydro Burst )

Amirul menghasilkan letupan air daripada badannya membuatkan semua penduduk kampung di sekelilingnya tercampak jauh.

"Apa patut kita buat sekarang?" Amirul yang baru berpeluang untuk bernafas menghulurkan lagi satu soalan.

"Kita kena hadap budak tu."

"Tapi, penduduk kampung ni macam mana?"

"Kita terpaksa hapuskan mereka."

"Tak, itu bukan satu pilihan. Mereka cuma kena kawal. Lagi satu, kalau kita bunuh mereka, bukan ke budak tu akan jadi lebih kuat?"

"Ya, tapi takkan ada kemajuan kalau terus macam ni."

"Jadi, kalau kita dapat hadap budak tu pun, kita boleh kalahkan dia ke? Tak ke semua penduduk kampung mati sia-sia jer nanti."

"Kalau macam tu, kau ada idea lebih baik ke?"

"Ya, aku ada. Kau berdepan dengan budak tu dan guna kuasa kau kat dia , macam kau buat kat Raul. Aku pula alihkan penduduk kampung ni dari haluan kau. Aku akan cuba elakkan diri daripada bunuh sesiapa."

"Baiklah." Dengan itu, Amirul dan Zul melaksanakan rancangan mereka.

" Reverse waves!"

Ombak keluar daripada tanah dan menuju ke arah Amirul. Penduduk kampung yang berada dalam haluan dibawa mendekati Amirul.

"Akuatekunikku: Akuapurison" ( Aqua technique : Aqua Prison )

Satu lingkaran berwarna biru terhasil di atas tanah. Zul yang berada di luar lingkaran itu berlari menuju ke arah Haya. Kanak-kanak itu memanggil orang kampung untuk melindunginya. Namun begitu, mereka yang cuba keluar daripada lingkaran biru itu ditolak kembali ke tengah oleh arus air.

Haya mengetap giginya rapat. Dia kini hanya boleh bergantung pada penduduk yang tinggal untuk melindunginya. Haya menuding jarinya ke arah Zul. Penduduk kampung yang faham dengan isyarat itu terus berlari ke arah Zul dan menyerangnya.

Akan tetapi, bilangan penduduk kampung yang tidak sebanyak tadi amat memudahkannya. Zul tidak perlu berusaha sekeras awal pertembungan untuk mengatasi mereka. Tidak sampai lima minit, dia hanya beberapa langkah sahaja daripada Haya.

Haya yang terkejut cuba menggunakan apa lagi helah yang ada. Malangnya, belum sempat berbuat apa-apa, Zul telahpun berada di hadapannya. Peluang keemasan ini tidak boleh dibazirkan.

"Daitai domein: Mirādimenshon!"
(Alternate Domain : Mirror Dimension)

Satu saat berlalu, dua saat berlalu, tiga saat berlalu namun tiada apa berlaku.

"Daitai domein: Mirādimenshon!"
(Alternate Domain : Mirror Dimension)

Zul mencuba sekali lagi namun seperti tadi, tiada apa yang berlaku. Sementara Zul jelas sekali berada dalam kekeliruan, Haya pula hanya tergelak kecil.

"Sayangnya, kuasa kau tak berkesan pada orang yang dah mati."

Haya kemudiannya menumbuk perut Zul, membuatkannya tertunduk senak. Haya tidak berhenti di situ. Dia memberi sepakan rendah pada kaki kiri Zul membuatkan dia jatuh terlutut. Haya cuba menyepak muka Zul pula tetapi dia cukup pantas untuk menghalang sepakan itu dengan tangannya.

Haya cuba melakukan serangan yang sama namun Zul mengelaknya dan berguling ke belakang sehingga dia merasakan dia berada di jarak yang selamat. Zul berdiri semula dan saling bertentangan mata dengan kanak-kanak perempuan yang berada di hadapannya.

'Tak guna, aku patut aku buat sekarang.'

Zul cuba mencari jalan lain tetapi berakhir dengan jalan buntu. Dia tiada rancangan untuk menewaskan budak ini. Tambahan pula, kuasa dia tidak berkesan kepadanya.

Ketika fikiran Zul serabut memikirkan rancangan yang boleh digunakan, Haya pula berada dalam keadaan yang sebaliknya. Dia hanya tenang dan satu senyuman jelas terukir di bibirnya.

"Supirittokōru!" (Spirit Call)

Haya mengangkat tangan kanannya tinggi di udara. Zul membetulkan kekudanya, sedia untuk bertempur. Tiada apa yang berlaku pada awalnya. Namun begitu, tiba-tiba beberapa kepulan asap putih berupa manusia terbang melepasinya dan menuju ke arah Haya. Zul menyumpah dalam hatinya, dia tersedar apa yang berlaku.

Tanpa membuang masa, Zul memecut ke arah Haya untuk menyerang. Akan tetapi, dia sudah terlewat. Haya telahpun menyerap roh-roh tadi. Zul tidak sempat untuk berundur kembali. Maka, dia terpaksa berhadapan dengan Haya yang kini lebih kuat berbanding tadi.

Haya menghayunkan tangannya. Zul yang tidak cukup tangkas untuk mengelak hanya akur menerima serangan itu. Zul terbang beberapa kaki dan jatuh terhempas ke atas tanah. Zul yang menggeliat kerana belakangnya yang sakit cuak apabila melihat Haya melompat ke arahnya.

Zul berguling sedikit ke tepi untuk mengelak. Belum sempat dia berdiri semula, Haya menyepak badannya dengan kuat membuatkan dia berguling beberapa kali. Kali ini, Zul terus berdiri tanpa berlengah walaupun badannya agak pedih akibat serangan yang diterimanya.

Di sebelah yang lain pula, Amirul sedang berhadapan dengan puluhan penduduk seorang diri. Dia menumbuk, mengelak dan menggunakan kuasanya untuk memastikan Zul mempunyai cukup masa untuk menyelesaikan tugasnya.

Apa yang dia tidak tahu ialah Zul tidak akan mampu melaksanakannya. Ketika Amirul sedang bergelut, beberapa orang penduduk tiba-tiba tumbang tanpa disentuh. Kepulan asap yang sama seperti tadi keluar daripada jasad dan terapung pergi ke mana kanak-kanak perempuan itu berada.

Serentak dengan itu, penduduk kampung yang lain kini menjadi lebih kuat. Tumbukan mereka kini menjadi lebih kuat dan serangan mereka juga lebih memberi kesan. Sumpahnya untuk tidak membunuh penduduk kampung kini hanya memberi masalah kepadanya.

Usaha yang lebih keras serta serangan yang lebih bertubi-tubi mengakibatkan kecederaan pinggang kiri Amirul kembali. Darahnya mengalir keluar daripada lukanya yang masih belum sembuh sepenuhnya. Bajunya yang berwarna biru kini berubah warna terutamanya pada tempat luka itu berada.

"Jaiantou~ēbu!" ( Giant waves )

Amirul menghasilkan satu ombak besar untuk menolak penduduk kampung menjauhinya. Amirul kemudian jatuh melutut dengan tangan memegang lukanya sambil mendesis kesakitan.

Amirul mengalihkan pandangan ke arah Zul dengan harapan dia sedang menguasai medan pertarungan. Akan tetapi, realiti kadang-kadang amat menyakitkan. Zul sedang terbaring di atas tanah sedangkan Haya masih berdiri tanpa sebarang kecederaan.

Mata Amirul membulat apabila Haya memegang dada Zul dan perlahan-lahan menarik tangannya ke atas. Amirul dapat lihat satu kepulan asap berwarna keluar daripada badan Zul. Haya mengalami sedikit kesukaran kerana Zul yang cuba melawan, menghalang rohnya daripada ditarik keluar dari jasadnya.

Amirul bingkas berdiri semula cuba membantu Zul namun penduduk kampung yang dikawal oleh Haya membantutkan niatnya. Semakin dia berusaha untuk mendekati Zul, semakin jauh dia dihantar oleh serangan penduduk kampung.

'Bangun Amirul bangun!'

Amirul semakin terdesak melihatkan Zul yang semakin lemah dan hanya nyawa-nyawa ikan untuk melindungi rohnya daripada diserap oleh Haya. Amirul berdiri hanya untuk dijatuhkan semula oleh penduduk kampung yang mengelilinginya.

Amirul sekali lagi mencuba dengan segala tenaga yang terbaki. Ya, dia berjaya namun keadaan di sekelilingnya telah berubah. Dia tidak lagi berada di kampung. Sebaliknya, dia kini berada di tepi pantai. Bunyi burung camar dan bunyi ombak dapat didengari. Amirul tidak dapat menyembunyikan rasa peliknya dengan situasi ini.

"Amirul Adasi."

Amirul terus berpaling mendengarkan namanya disebut. Matanya menangkap susuk seorang lelaki yang dirantai kedua-dua belah tangannya. Amirul tidak dapat mengagak umur lelaki itu.

Badan lelaki itu amat tegap, mungkin dia masa muda. Namun begitu, rupanya kelihatan agak pucat seperti telah dimakan usia. Satu-satunya benda yang Amirul pasti ialah lelaki ini telah berada lama di sini berdasarkan rambutnya yang panjang mengurai serta janggut dan jambang yang lebat.

"Macam mana kau tahu nama aku?" soal Amirul.

"Aku kenal semua orang termasuk kawan-kawan kamu. Shafiq, Faris, Aiman, Faiz, Raul, Haikal, Lokman dan yang sekarang tengah ada masalah, Zul," jawab lelaki itu sambil tersenyum.

"Siapa kau?"

"Nama aku bukan urusan kamu. Tiba masa, kamu akan tahu juga."

"Kenapa aku kat sini? Apa kau nak daripada aku?"

"Hidup ni memang tak adil kan? Niat kamu baik tapi niat yang baik takkan menjamin haluan yang mudah."

Amirul ingin memotong kata-kata lelaki itu namun suaranya umpama tersekat di kerongkong. Dia tidak mampu mengucapkan ayat yang yang ingin dia ucapkan. Maka, dia hanya mampu mendengar buat masa sekarang.

"Kamu tak ingin penduduk itu dibunuh sebab mereka cuma dikawal. Kawan kamu pula tengah berhadapan dengan kematian sekarang. Kamu ingin selamatkan kedua-duanya namun kamu hanya mampu selamatkan salah satu," ujar lelaki itu.

"Jadi, apa pilihan kamu? Nyawa puluhan penduduk kampung yang tak berdosa atau nyawa kawan kamu? Tapi dengan kuasa kamu sekarang, kamu takkan mampu selamatkan walaupun satu nyawa pun," tambahnya.

"Dunia ni kejam betul tak? Tapi jangan risau, aku boleh bantu kamu selamatkan salah seorang. Anggaplah ini sebagai bantuan daripada seseorang yang turut pernah menghadapi ketidakadilan dunia," sambung lelaki itu lagi sebelum tersenyum.

"Kamu cuma perlu berjalan ke arah laut itu. Selepas itu kamu akan dihantar semula ke dunia nyata. Saya tidak tahu apa pilihan kamu tapi buat pilihan yang takkan buat kamu menyesal."

Amirul berpaling semula ke arah lautan biru. Dia dengan perlahan melangkah masuk ke dalam air walaupun sebahagian dirinya berasa ragu-ragu dengan lelaki tadi. Dia terus berjalan dan berjalan sehinggalah seluruh anggota badannya kini berada di dalam air.

Badan Amirul mulai menggigil, bukan kerana kesejukan tetapi dia dapat merasai air laut menyerap masuk ke dalam salur darahnya secara tiba-tiba. Amirul berasa terkejut pada mulanya namun setelah beberapa saat berlalu, dia mula membiasakan diri.

Amirul dapat merasakan suatu kuasa asing sedang mengalir ke seluruh badannya. Dia memejamkan matanya dan menikmati perasaan itu. Apabila matanya terbuka semula, dia kini kembali ke kampung tadi. Walaupun keadaan sekeliling telah berubah namun kuasa tadi masih dapat dirasai.

"Akuabāsuto!" ( Aqua Burst )

Letupan air yang dihasilkan menolak semua penduduk kampung yang mengerumuninya beberapa kaki jauhnya. Letupan itu cukup kuat untuk membuatkan Haya tersentak dan mengalihkan perhatiannya ke arah Amirul, terus terbantut niatnya yang ingin mengambil roh Zul.

Takut dengan kuasa Amirul yang kini berkali ganda lebih kuat, Haya mengarahkan semua orang yang dikawalnya untuk menyerang Amirul. Amirul langsung tidak berganjak walaupun semua penduduk sedang berlari laju ke arahnya daripada pelbagai arah.

"Akuabaria!" ( Aqua Barrier )

Amirul dikelilingi oleh dinding air yang berbentuk bulat dan amat tinggi sehinggakan seseorang itu perlu mendongak sepenuhnya ke langit untuk mencari puncaknya. Tidak lama kemudian, dinding air itu runtuh dan menghempap semua penduduk kampung di sekeliling. Arus deras air itu menghanyutkan mereka sejauh beberapa meter.

Amirul yang sebentar tadi dikelilingi oleh dinding air yang dihasilkannya kini berdiri seperti patung di tengah-tengah dengan penampilan yang baharu. Bajunya berwarna biru, tidak ubah seperti lautan. Setiap helai rambutnya melambai-lambai umpama ditiup angin. Mata birunya pula mampu melemaskan sesiapa yang menatapnya walaupun hanya sesaat.

'Ini dunia yang kejam. Setiap hari, kita cuma berjuang untuk hidup hanya untuk berjuang lagi di hari seterusnya. Jadi, aku cuma buat perkara yang semua buat, berjuang.'

"Poseidontorishūra." (Poseidon Trisula)

Amirul menghulurkan tangan kanannya ke depan. Titisan demi titisan air bergabung dan membentuk trisula berwarna biru. Haya tidak mahu melihat sahaja, dia terus mengarahkan serangan ke atas Amirul.

Amirul menggunakan trisulanya yang berada di dalam genggamannya untuk menghalang serangan penduduk kampung. Dia menghayun trisulanya itu untuk menyerang, sekali sekala menghentak hujungnya di atas tanah untuk menghasilkan letupan air.

"Akuaekusupurōjon!" ( Aqua explosion )

Amirul menghentak trisulanya di atas tanah sekuat hatinya. Tindakannya itu menghasilkan letupan air yang sangat kuat. Penduduk kampung yang tercampak akibat letupan itu berdiri semula umpama mereka langsung tidak terkesan dengan serangan itu. Hakikatnya, Haya ialah orang yang berkuasa ke atas mereka. Jikalau mereka cacat pun, mereka tetap perlu berlawan jika itu kehendak Haya.

"Poseidon Gun."

Trisula yang berada di tangan Amirul berubah menjadi titisan-titisan air sebelum bergabung semula untuk membentuk sepucuk pistol. Pada mata kasar, kebolehan dia untuk menghasilkan senjata datang daripada kebolehannya untuk memanipulasi air. Akan tetapi, kebolehan itu sebenarnya datang daripada kuasa baharunya, miakinesis iaitu kebolehan untuk memanipulasi darah.

"Countless Bullets!"

Amirul melepaskan das demi das tembakan yang tidak berpenghujung secara rambang. Penduduk yang terkena peluru itu tidak tercedera tetapi hanya terjatuh dan tidak mampu bergerak kerana telah menjadi lumpuh.

Peluru tadi meresap ke dalam badan dan menghalang darah daripada mengalir ke seluruh badan menyebabkan anggota badan menjadi kebas dan lumpuh seketika. Macam yang disebut tadi, kuasa memanipulasi darah. Haya mengetap giginya rapat, sakit hatinya melihat semua bonekanya terlalu mudah ditumbangkan.

"Argh, tak guna. Aku kena buat semuanya sendiri ke? Spirit Call!"

Menganggap penduduk ini tidak lagi berguna baginya, dia memilih untuk bertindak sendiri. Dia mematikan baki penduduk kampung yang masih hidup dan menyerap roh mereka untuk menguatkan kuasanya.

"Poseidon Armor."

Amirul sedar akan pertarungan yang mendatang. Pistol di tangannya diubah kepada baju besi. Dia juga melengkapi dirinya dengan sebilah pedang di tangan kanan, perisai di tangan kiri serta helmet besi tidak ubah seperti pahlawan bersejarah.

Haya dan Amirul saling berpandangan dari tempat masing-masing. Amirul menarik nafasnya panjang manakala Haya hanya tersenyum. Seperti telah ditetapkan masanya, mereka berdua meluru serentak ke arah satu sama lain.

Amirul menghayunkan pedangnya berpuluh kali. Namun begitu, Haya yang telah menjadi jauh lebih pantas dengan roh yang diresapnya mengelaknya dengan mudah. Amirul pula menggunakan perisai di tangan kirinya untuk menghalang segala serangan. Sungguhpun begitu, dia beberapa kali tersentak dan hilang keseimbangan akibat Haya yang turut menjadi lebih kuat.

Menyedari perisai dan pedang tidak banyak membantu, dia mengubah kedua-dua itu menjadi pisau belati. Dia kemudiannya melompat ke arah Haya, menghayunkan pisau belati di kedua-dua belah tangannya tanpa henti. Serangan yang bertubi-tubi itu menyukarkan Haya untuk memikirkan apa-apa serangan balas.

Kesannya, lengan dan kaki Haya calar balar dan terluka akibat terkena pisau belati itu. Selepas seketika, Haya akhirnya berjaya mencuri ruang untuk berundur seketika sehingga jarak selamat.

"Kau ingat kau akan menang, kau ta- kenapa ni?"

Haya terkejut apabila kakinya mula menjadi lemah dan tidak boleh bergerak. Keadaan ini menyebabkan dia hilang keseimbangan dan jatuh tersungkur. Haya ingin berdiri semula namun tangannya juga tidak boleh bergerak. Inilah miakinesis.

Amirul melangkah ke arah kanak-kanak itu. Pisau belatinya di tangannya juga telah berubah menjadi sebilah pedang. Amirul menggenggam rambut Haya lalu mengheretnya. Haya tidak mampu melawan maka dia cuma mampu menjerit kesakitan sebelum dia disandarkan pada sebatang pokok berdekatan.

"Apa kau nak buat? Kau nak bunuh aku? Bunuhlah cepat," cabar Haya.

"Aku akan bunuh kau, tapi bukan budak ni. Cukup-cukuplah kau gunakan budak yang tak bersalah ni."

Amirul menghunus hujung pedangnya di tengah dada kanak-kanak itu. Dengan satu daya tolakan, pedang itu menikam dadanya. Haya menjerit dengan nyaring sekali akibat kesakitan.

"Holy Water."

Pedang itu berubah kembali menjadi air dan memasuki badan kanak-kanak perempuan itu. Amirul berundur beberapa langkah sambil melihat dia meronta-ronta dan berguling-guling kesakitan. Tindakannya itu diiringi oleh jeritan yang amat nyaring tanpa henti seperti dia dibakar hidup-hidup dari dalam.

Selepas seketika, jeritan itu tidak lagi kedengaran dan Haya juga tidak lagi meronta-ronta seperti tadi. Dia  sebaliknya hanya terbaring kaku. Amirul mendekati tubuh itu dan melutut di sebelahnya sebelum meletakkan jari telunjuk dan jari tengahnya di leher kanak-kanak itu. Dia menarik nafas lega apabila denyutan nadinya masih terasa.

Amirul melangkah ke arah Zul dan duduk bersila di sebelahnya sebelum mengeluh kepenatan. Dia menampar perlahan pipi rakannnya itu berulang kali sambil menghulurkan satu soalan.

"Woi, kau hidup lagi tak?"

.
.
.
.
.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro