Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Amirul [2] : Dunia Yang Kejam

Amirul duduk di satu meja. Dia telah tunduk untuk sekian lama sambil bermain dengan jarinya. Dia bukan berasa gelisah, cuma dia telah bosan menunggu. Bunyi pintu besi yang dibuka membuatkan dia terus mengangkat kepalanya. Tangannya yang sedang bermain tadi juga terus berhenti.

Orang yang ditunggu-tunggu olehnya telah muncul. Di sampingnya, seorang lagi lelaki dalam lingkungan 30-an berbaju uniform biru. Amirul melihat wajah rakannya atau lebih tepat lagi, musuhnya itu. Terpapar riak yang jelas tidak selesa dengan kehadirannya itu. Amirul sedikit pun tidak terasa. Dia sejujurnya telah menjangkakan sambutan sebegitu.

"Kamu ada 30 minit sahaja," pesan lelaki beruniform biru itu sebelum menutup semula pintu gril besi dan melangkah pergi.

Apabila susuk lelaki itu hilang, pandangan teralih pula kepada lelaki yang berada di hadapan matanya. Sudah beberapa hari dia tidak melihat mukanya. Pertemuan terakhir mereka bukanlah suatu memori yang baik.

"Duduk Raul," arah Amirul sambil menunjuk ke arah kerusi kosong di hadapannya.

"Siapa kau nak arah aku?" balas Raul dingin.

"Kau patut berterima kasih sebab aku datang melawat kau," ujar Amirul dengan nada yang sama dingin.

"Aku tak pernah suruh kau datang pun. Lagipun, kau orang terakhir aku nak jumpa sepanjang hidup aku kat sini." Raul masih enggan duduk.

"Rasanya kau kenalah biasakan diri, sebab aku akan datang sini sampai kau muak," kata Amirul sambil tersengih.

Raul mengecilkan mata dan merenung tepat ke dalam anak mata Amirul. Pertandingan merenung berlaku untuk beberapa saat sebelum Raul akhirnya mengalah dan duduk di hadapan Amirul. Walau bagaimanapun, pertandingan merenung tadi bermula semula kemudian.

"Apa sebab kau datang sini?" Raul membuka bicara, tidak mahu keadaan ini berlarutan untuk 30 minit seterusnya.

"Kenapa?" Satu perkataan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan Raul faham apa kehendaknya.

"Kau tak perlu tahu," jawab Raul.

"Aku tak percaya yang akan aku tengah risau pasal kau sekarang ni," keluh Amirul sambil meraup wajahnya dengan tangan kiri.

"Aku cuma nak tahu kenapa, payah sangat ke?" Amirul mendekatkan wajahnya dengan wajah Raul. Raul bersandar pada kerusinya, cuba menjauhkan semula jarak antara wajah mereka berdua.

"Itu perkara yang patut dilakukan. Sebab tu aku buat macam tu."

"Tapi kau tak buat semua tu kan? Kau cuma kena kawal."

"Jadi, salah aku sebab senang kena kawal."

Amirul bersandar pada kerusinya sambil mengeluh kasar. Dia tahu keadaan sebegini akan berlaku tapi dia tak sangka akan seteruk ini. Dia hanya inginkan penjelasan namun hanya perdebatan yang berlaku dari tadi.

"Kau tahu tak kau boleh menang kes ni kat mahkamah. Kenapa kau kena buat macam tu?" soal Amirul yang sedaya-upaya cuba untuk bertenang.

"Ini bukan soal menang atau kalah. Ini tentang buat tindakan yang betul, bukan untuk aku jer tapi untuk yang lain juga," jawab Raul yang berkelakuan sama seperti Amirul, cuba untuk bertenang.

"Tapi kau langsung tak bagi peluang kat Zul, Shafiq, Aiman dengan Shah untuk bela kau, untuk ceritakan perkara sebenar."

"Itu ialah perkara yang aku nak sangat elakkan."

"Kenapa pula macam tu?"

"Cuba bayangkan kalau cerita tu tersebar kat seluruh sekolah. Kalau aku dimaafkan, mesti ada yang tak puas hati. Dia orang akan menentang dan minta aku diberikan hukuman. Orang-orang yang aku bunuh tu, boleh jadi orang yang istimewa untuk dia orang. Jadi, tak pelik kalau benda macam ni boleh jadi," jelas Raul.

"Kalau aku masih dihukum walaupun selepas penerangan kau orang, akan ada pelajar yang menentang keputusan mahkamah. Mereka akan kata keputusan tu tak adil dan rusuhan boleh berlaku. Kau kena ingat, masa aku ialah 'Eric Garcia', aku banyak terlibat dalam misi. Antara ahli misi tu ialah senior-senior yang rapat dengan aku dan dia orang masih ada kat akademi." tambah Raul lagi.

"Sebab tu, lebih baik biar semua orang benci aku daripada muncul dua kumpulan yang akan bergaduh sesama sendiri dan rosakkan akademi." Raul menamatkan penjelasan panjang lebarnya. Amirul terdiam tidak mampu melawan apa yang dia katakan.

"Ta-tapi, ini tak adil untuk kau. Kau tak patut hadap semua ni." Amirul menyuarakan apa yang berada di fikirannya.

"Ketidakadilan dah sebati dalam hidup kita. Bukan kat diri kita jer, kat sekeliling kita pun sama. Dalam dunia ni, tak ada apa yang adil. Kalau betul keadilan tu wujud, kenapa korupsi, pilih kasih, perbezaan layanan ikut pangkat dan darjat masih berlaku?"

"Dunia ni kejam, Amirul. Kau bukan Tuhan, kau tak boleh kawal semuanya. Kalau kau memperjuangkan keadilan aku pun, yang lain pun akan rasa macam tu juga ke?"

Amirul sekali lagi terdiam. Dia tidak dapat menafikan apa yang Raul katakan. Jika Raul terlepas daripada hukuman, adakah itu adil bagi yang lain? Bagi mereka yang kehilangan kawan mereka? Mereka yang hilang guru-guru mereka? Walaupun Raul tidak mempunyai kesedaran pada waktu itul, sebahagian huru-hara itu berpunca darinya.

"Kau rasa ini mungkin tak adil untuk aku, tapi sejujurnya aku rasa lain. Aku dah bertarung sejak aku masuk ke ak- tak, aku bertarung sejak aku lahir lagi. Keluarga aku hidup kat dalam hutan sebagai pelarian. Semuanya bermula dengan kuasa ni. Aku tak faham kenapa orang cakap kuasa ni ialah anugerah sedangkan benda nilah yang musnahkan hidup aku."

"Dalam 17 tahun aku hidup, aku hilang ramai orang yang bermakna untuk aku. Aku bertarung dengan paradoks untuk selamatkan dunia ni tapi ini cara dunia balas kat aku. Hidup aku cuma ada tanggungjawab dan pengorbanan. Tapi sekarang aku mungkin dapat apa aku nak, ketenangan. Aku ada masa untuk diri aku, aku tak perlu bertarung lagi dan aku tak perlu risau pasal apa jadi kat luar sana lagi."

"Untuk kau orang pula, aku tipu kau orang, aku sembunyikan segalanya daripada kau orang, aku datangkan masalah dan akulah sebab kau orang sakit. Aku layak terima semua ni, mungkin lebih teruk lepas apa yang aku buat. Ini pun lagi satu keadilan."

"Ini tak adil. Ini takkan adil. Kau kata ini ketenangan? Ini bukan ketenangan, ini kesengsaraan. Kau akan habiskan sisa hidup kau seorang diri. Tak ada kawan, tak ada keluarga. Yang ada cuma dinding dengan besi. Mati lebih baik daripada hidup macam ni!"

Amirul akhirnya membuka mulut selepas sekian lama berdiam diri dan hanya mendengar. Amirul memalingkan kepalanya, tidak mahu bertentang mata dengan orang di hadapannya. Dia tidak mahu Raul melihat kesedihan di dalam matanya. Lebih-lebih lagi, hubungan mereka bukanlah istimewa, mereka hanya dua insan dalam satu kumpulan rakan yang sama.

Selama ni, mereka hanya bergaduh dan saling bertikam lidah apabila berjumpa. Kini, kenapa rasa simpati mula terbit dalam dirinya? Kenapa dia rasa sebak mendengar luahan Raul? Mana Amirul yang akan mengutuk melihatkan situasi Raul sekarang? Mana Amirul yang akan tersenyum lebar melihat seterunya berada dalam kesengsaraan?

"Kau ingat kita orang akan fikir semua ni adil? Kau ingat kita orang akan fikir kau layak terima semua ni? Kau ingat kita orang akan gembira tengok kau macam ni? Kau silap, tak ada siapa antara kita orang pun akan rasa walaupun sedikit, termasuk aku," sambung Amirul lagi.

Raul menundukkan kepalanya, tidak mahu melihat wajah orang di hadapannya. Dia benci situasi sebegini, situasi di mana dia akan berasa amat bersalah. Dia benci rasa sakit di dalam hatinya. Dia menahan dirinya daripada bernafas, umpama dia akan mati jika dia melakukan sebaliknya.

Raul menenangkan dirinya. Dia memulihkan corak pernafasannya sebelum mengangkat semula kepalanya. Amirul masih dalam keadaan tadi sambil matanya tertatap pada Raul.

"Shafiq ternampak kau keluar daripada bilik pengetua. Ada apa-apa ke?" soal Amirul yang teringat kembali perbincangannya dengan yang lain tempoh hari.

"Oh, yang tu. Aku cuma beritahu apa aku akan buat. Lagi satu, aku minta dia rahsiakan cerita sebenar. Aku harap kau orang pun boleh buat benda yang sama," jawab Raul jujur.

Mereka berdua kemudiannya hanya terdiam di tempat masing-masing. Mereka kembali kepada pertandingan merenung mereka yang terjadi di awal perbualan. Namun begitu, renungan ini bukanlah renungan yang penuh kebencian seperti selalu. Buat pertama kali, mereka saling menikmati kehadiran masing-masing.

Pintu gril yang dibuka di belakang Raul membuatkan matanya dan Amirul beralih ke arah sumber bunyi tersebut. Mereka kemudian bertentang mata, menyedari bahawa inilah pengakhiran pertemuan mereka hari itu.

Raul berdiri daripada kerusinya dan dengan perlahan melangkah ke sebelah lelaki beruniform biru yang juga merupakan orang yang mendampinginya untuk berjumpa Amirul 30 minit yang lalu.

"Terima kasih sebab datang. Aku seronok dapat berbual dengan kau," ucap Raul tanpa berpaling sebelum susuknya hilang daripada mata Amirul.

"Aku pun sama."

***

"Macam mana tadi?" soal Zul sebaik sahaja melihat rakannya melangkah keluar daripada pintu utama Penjara Besar Jova, penjara yang menempatkan Raul.

"Hmm." Amirul hanya menggumam perlahan, langsung tidak memandang ke arah temannya itu.

Zul tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut. Dia tahu yang Amirul bukanlah seseorang yang bersifat terbuka dan mudah meluahkan isi hatinya. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan perasaan dan isu peribadinya.

"Kalau macam tu, jomlah balik," ajak Zul. Amirul hanya mengangguk tanda setuju, masih lagi membisu sejak memunculkan semula dirinya.

Ketika Zul sedang menumpukan perhatiannya untuk membuka portal, telefon di dalam poket seluarnya bergetar. Zul mengalihkan perhatiannya ke arah telefon yang kini berada di tangannya.

"Panggilan daripada Aiman." Zul membaca ayat yang tertulis pada skrin lalu mengetik butang hijau dan meletakkan telefon di telinganya.

"Ada apa?" tanya Zul sebaik sahaja panggilannya disambungkan.

"Ada situasi berlaku kat satu kampung, ada serangan," jawab Aiman.

"Jadi, kau nak aku periksa kampung tu?"

"Ya. Aku akan hantar lokasi. Periksa dan lapor pada lepas tu. Apa-apa yang perlu kau orang buat lepas tu, aku akan beri arahan. Jangan ikut kepala sendiri. Pesan dekat si Amirul tu terutamanya."

"Baiklah, aku dengan Amirul akan pergi. Ada apa-apa lagi tak?"

"Dah tak ada apa-apa."

"Kalau macam tu, kita orang pergi dulu."

"Bagus. Lokasinya aku hantar kemudian."

Zul mengetik butang merah pada skrin telefonnya untuk mengakhiri perbualan. Matanya masih tertatap pada skrin telefon, menunggu lokasi yang disebutkan oleh Aiman untuk dihantar kepadanya. Sebaik sahaja dia menerima lokasi itu, dia melangkah ke Amirul lalu menerangkan situasi yang berlaku. Amirul mengeluh perlahan namun masih patuh dengan arahan yang diberikan.

Setibanya mereka di lokasi berkenaan, mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada berasa pelik dengan keadaan di kampung itu. Suasananya yang amat tenang dan sunyi tidak menepati keadaan yang dijangka akan berlaku jika benar terdapat serangan.

"Kenapa sunyi jer tempat ni?" soal Zul pelik.

"Betul kata kau. Tak macam ada serangan pun kat sini," jawab Amirul yang telah berputus asa untuk terus membisu sepanjang hari.

"Tapi, kita kena berjaga-jaga. Kita tak tahu apa yang menanti kita," pesan Zul.

Semakin lama mereka berjalan, semakin dalam mereka memasuki kampung tersebut. Namun begitu, tiada apa yang menarik perhatian mereka. Tiada kerosakan, tiada mayat tetapi yang peliknya, mereka langsung tidak berselisih walaupun dengan seorang penduduk. Amirul dan Zul masing-masing kecut perut berada dalam situasi. Ia umpama mereka kini berada di kampung yang tidak berpenghuni dan menyeramkan.

Mereka menghembus nafas lega melihatkan orang kampung yang sedang berkumpul. Amirul melangkah ke arah mereka untuk menyapa mereka. Namun begitu, sebaik sahaja mereka berpaling, Amirul terus berlari ke sebelah Zul semula.

"A-apakah?" ucap Amirul ketakutan.

Wajah penduduk kampung itu amat pucat umpama mereka tidak mendapat oksigen. Bibir mereka berwarna biru dan bukannya merah. Apa yang paling menakutkan Amirul sekali ialah mata mereka. Mata mereka berwarna hitam sepenuhnya. Manusia normal ada warna putih pada matanya namun penduduk kampung ini keseluruhan matanya berwarna hitam

Penduduk kampung itu beralih ke dua sisi berbeza menghasilkan laluan di tengah-tengah antara mereka. Di laluan yang terhasil itu, Amirul dan Zul dapat melihat seorang kanak-kanak berambut ungu dengan reben merah terikat padanya sedang berjalan ke arah mereka berdua.

Apabila kanak-kanak itu mengangkat wajahnya, Amirul terus menutup matanya. Dia menyangka dia akan melihat lagi mata yang amat menyeramkan seperti yang dilihat olehnya tadi. Namun begitu, sangkaannya salah kerana kanak-kanak itu normal, tidak seperti yang lain.

Akan tetapi, satu persoalan terlintas di fikiran mereka. Kenapa budak ni sahaja yang normal sedangkan yang lain tak? Kenapa penduduk kampung buat laluan macam dia ni orang istimewa?

Itu sebenarnya dua persoalan tetapi mereka akhirnya tersedar sesuatu. Amirul dan Zul saling memandang sebelum pandangan mereka teralih kepada kanak-kanak itu. Satu senyuman yang amat menyeramkan terukir di bibir kanak-kanak itu.

Dengan perlahan kanak-kanak itu menuding ke arah mereka berdua. Ini tidak akan berakhir dengan baik, itu ialah ayat yang terlintas di fikiran mereka ketika ini. Sesungguhnya, sangkaan mereka betul. Sudah tentu bertemu dengan salah seorang anak buah Zegrath bukan petanda yang baik.

Di arena, tiga orang anak buah Zegrath memunculkan diri namun mereka bernasib baik kerana mereka hanya singgah sebentar. Jikalau mereka memilih untuk turut bertempur, sudah pasti semua orang di arena akan berakhir sebagai mayat. Persoalannya sekarang, adakah nasib akan menyebelahi mereka sekali lagi?

"Engage!"

.
.
.
.
.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro