Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Aiman [2] : Segunung Harapan

"Buat masa ni, kamu berehat dulu. Kalau ada apa-apa masalah, boleh panggil saya," pesan jururawat yang bertugas. Melihatkan pesakitnya yang telah terlelap, dia menarik nafas lega dan meregangkan badannya.

"Dalam masa seminggu ni, banyak sangat benda jadi. Akademi terdesak sangat sampai panggil bekas pelajar datang sini," keluh jururawat itu.

Dengan pelbagai isu yang timbul sejak akhir-akhir ini, pengetua Vincent telah memanggil beberapa bekas pelajar akademi untuk mengisi kekosongan. Sebahagiannya untuk mengisi kekosongan sebagai tenaga pengajar. Ada juga yang ditempatkan di sekitar akademi untuk mengawal pergerakan dan mengelakkan pencerobohan. Tidak lupa juga ada yang ditempatkan di bahagian kesihatan jika berlaku perkara tidak diingini seperti jururawat ini.

"Aku harap tak ad-"

Belum habis berkata-kata, tiba-tiba 'BAM!'. Bunyi pintu diterjah oleh seseorang kedengaran. Seorang lelaki berambut biru berlari melepasinya menuju ke arah katil pesakit tadi.

"Zul, tolonglah jangan mati dulu. Hutang aku kau tak bayar lagi," ujar Amirul yang tidak henti menggoncang badan rakannya itu.

Jururawat itu hanya mampu mengeluh melihat situasi itu. Dia melangkah ke arah pintu yang terbuka luas akibat diterjah oleh Amirul lalu menutupnya dengan perlahan. Baru tiga langkah dan 'BAM!', pintu itu sekali terbuka luas. Kali ini, tiga wajah terpapar. Tanpa sebarang permohonan maaf, mereka bertiga turut meluru ke arah katil yang sama.

"Kau okay tak?" soal Shafiq yang ditemani oleh Haikal dan Lokman.

Jururawat itu hanya mampu melihat dengan pandangan yang kelam. Dia sekali lagi mengeluh sebelum menutup kembali pintu tadi. Lima langkah dan dia terdengar bunyi pintu diketuk.

"Masuk," arah jururawat itu.

Pintu dikuak perlahan sehingga wajah seorang pelajar lelaki dapat dilihat olehnya. Di tangannya terdapat buah tangan; kemungkinan besar untuk rakannya yang berada di sini. Jururawat itu terharu kerana akhirnya, ada juga pelajar yang cukup beradab untuk mengetuk pintu sebelum masuk.

"Saya Aiman. Saya datang untuk melawat Z-"

"Zul!" Faris muncul daripada belakang Aiman dan terus menerjah masuk.

"Saya minta maaf untuk semua ni," ucap Aiman bukan sahaja memohon maaf tentang kelakuan Faris tadi, malah rakan-rakannya yang lain yang turut berada di situ.

"Tak apa. Saya dah biasa dengan semua ni." Satu penipuan yang amat jelas, lebih jelas berbanding televisyen berdefinisi tinggi.

Aiman hanya melemparkan satu senyuman manis sebelum melangkah ke arah katil Zul. Jururawat turut membalas senyuman itu namun ianya tidak kekal lama melihatkan pintu yang ternganga luas. Baru sahaja ingin melangkah ke arah pintu, seorang lagi remaja lelaki muncul.

"Zul mana?" Jururawat menjawab soalan itu dengan menuding jarinya ke arah katil yang sedang dikerumuni oleh sebilangan pelajar.

"Faiz, pergi tutup pintu. Tu-" Belum sempat Aiman menyampaikan arahan, Faiz sudah bertindak. 'BAM!', bunyi pintu bergema dari koridor ke bangunan sebelah.

"-tup elok-elok." Aiman hanya mampu mengurut dahinya, dia sendiri hilang semangat ingin memarahi rakannya itu.

"Zul, apa jadi?"

"Kau okay tak?

"Weyh, Aiman ada bawa buah tangan ni."

"Jangan mati dulu, bayar hutang aku lepastu buatlah suka hati kau."

Situasi yang agak huru-hara itu bukan sahaja memeningkan kepala Aiman malah jururawat juga hanya mampu menggelengkan kepalanya. Aiman ingin rakan-rakannya agar beradab sedikit namun dia sendiri tidak mampu mengawal situasi ini.

"Grr... Bisinglah! Jururawat, tolong halau dia orang ni," pinta Zul yang sudah tidak dapat lagi bersabar kerana diganggu ketika ingin berehat.

"Kamu dengar tu kan? Jadi, saya tak ada pilihan selain minta kamu keluar," ujar jururawat itu.

"Ta-" Aiman terus menutup mulut Shafiq untuk menghalangnya daripada menghabiskan ayatnya.

"Baiklah jururawat, kami keluar. Tolong jaga Zul dan bantu dia pulih semula." Jururawat itu hanya tersenyum dan mengangguk mendengarkan permintaan Aiman.

"Sebelum saya lupa..." Aiman yang sedang mengheret keluar rakan-rakannya berpaling sejenak ke arah jururawat itu.

"Kawan kamu si Zul tu tadi meracau macam orang kena rasuk. Dia tak serang sesiapa. Tapi, dia cari pensel dengan kertas dan lepas tu tulis simbol-simbol ni. Saya tak faham maksudnya tapi mungkin kamu boleh tengokkan," jelas jururawat itu sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Aiman.

Aiman dengan sekali imbas melihat apa yang tertera pada kertas itu. Seperti jururawat tadi, dia juga tidak tahu apa maksud di sebalik simbol-simbol itu. Buat masa ini, dia hanya memasukkan kertas itu ke dalam poket seluarnya dan membawa kawan-kawannya keluar daripada bilik sakit.

"Apa kau buat ni, Aiman? Kawan kita kat dalam tapi kita kat luar," marah Shafiq sebaik sahaja mulutnya tidak lagi ditekup oleh Aiman.

"Kalau kau orang jaga perangai aku tak kisah tapi benda lain yang jadi. Zul pun tak nak kau orang kat dalam," balas Aiman.

Dia melihat kembali kertas tadi dan cuba mencari maksud simbol yang dilukis oleh Zul namun hanya menemui jalan buntu. Haikal yang sedar menegur Aiman mengenai kertas itu.

"Kertas apa tu?"

"Jururawat tu bagi tadi. Dia kata Zul lukis simbol ni. Nah, ambil ni. Aku dah mati akal dah ni." Kertas tadi kini berada pada Haikal.

Walaupun telah bertukar tangan, kemajuan kini ialah kosong peratus. Haikal kemudian meminta bantuan Shafiq dan yang lain namun mereka juga tidak tahu apa makna di sebalik simbol itu sehinggalah kertas itu berada di tangan Amirul.

"Ah, simbol ni! Aku tahu benda ni," Mata semua orang beralih ke arah Amirul mendengarkan dakwaannya.

"Apa maksud simbol tu?" tanya Aiman.

"Jap aku baca. Aku ialah malaikat maut. Kawan kanu telah lari daripada genggamanku. Kini aku kembali untuk mengambil semula nyawanya. Ini akan jadi proses yang amat menyakitkan. Jikalau kamu berani menghalangku, aku dengan senang hati akan turut mengambil roh kamu." Shafiq dan yang lain tersentak mendengarnya. Riak wajah panik jelas terpapar pada wajah mereka.

"Sekejap, ma-maksud kau..."

"Ya, benda ni tengah cari Zul dan nak ambil nyawa dia." Amirul memotong kata-kata Lokman.

"Apa kita nak buat sekarang?" soal Faiz risau.

"Buat masa ni, ki- Argh!"

Shafiq dan yang lain melihat Amirul yang jatuh terlutut sambil menggosok kepalanya yang kesakitan. Mata mereka kemudian teralih ke arah dua orang gadis yang berada di belakang Amirul. Lily dengan segulung majalah di tangannya sudah cukup sebagai bukti bahawa dia yang memukul kepala Amirul. Lagi seorang ialah Ash yang menyilangkan tangan di dadanya, hanya melihat Amirul dengan riak wajah kosong.

Lily dan Ash bukanlah gandingan yang selalu kita lihat. Maka, tidak hairanlah jika Shafiq dan yang lain agak terkejut dengan kemunculan bersama mereka berdua.

"Aduh! Ke- Argh!" Belum sempat Amirul menghabiskan kata-katanya, kepalanya sekali lagi dipukul oleh Lily membuatkannya terduduk kembali.

"Apa yang dia cakap tadi tu dusta belaka," kata Lily selepas menyerahkan majalah di tangannya kepada Asy.

"Tak guna kau Amirul." Rakan-rakan Amirul merenung ke arahnya dengan perasaan marah.

"Aku nak gurau jer- Argh!" Kepala Amirul sekali dipukul tetapi kali ini, giliran Asy pula yang berbuat demikian.

"Kau boleh berhenti tak? Sak-Argh!" Kepala Amirul menjadi mangsa buat kali keempat. Sedar tiada makna dia cuba melawan, dia hanya mendiamkan diri sambil tunduk memandang lantai.

"Ni bahasa Euthenia. Aku tahu sebab aku pernah nampak simbol ni. Kat sekolah ni siapa jer yang bagus dalam banyak bahasa kalau bukan..."

"Hana!" ucap Shafiq dan yang lain menyambung ayat Lily.

"Jadi, kalau kau orang nak tahu apa maksud simbol ni, pergi cari dia. Dia ada kat perpustakaan tengah ulang kaji. Kalau kau orang bertuah, mungkin Sylvia boleh tolong sekali." Lily memberitahu mereka. Setelah mencapai kata sepakat, mereka mengambil keputusan untuk segera demi bertemu dengannya.

"Aiman!" panggil Asy. "Pengetua nak jumpa kau," sambungnya setelah dia mendapat perhatiannya.

"Okay. Kau orang pergi jer, nanti cerita kat aku," arah Aiman sebelum berlalu pergi. Tiba-tiba, satu benda terlintas di kepalanya membuatkan langkahnya terhenti.

"Asy, Amirul milik kau," ujar Aiman sebelum menyambung semula langkahnya. Asy tidak dapat dapat menyembunyikan senyumannya tetapi perkara sebaliknya berlaku pada Amirul, ketakutan jelas terpapar pada wajahnya.

"Malaikat maut eh? Mari aku hantar kau kat dia," ucap Ash dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya.

"Tak, aku tak nak. Jangan! Tolong!" Itulah jeritan terakhir yang didengari di kaki lima sebelum jasadnya dibawa pergi oleh Asy.

***

Tok! Tok!

"Masuk." Pintu dibuka perlahan dan muncul wajah Aiman di sebalik pintu.

"Kenapa pengetua nak jumpa saya?" soal Aiman selepas menutup kembali pintu bilik pengetua.

"Oh, Aiman. Boleh tak kamu duduk kat sana dahulu? Saya nak selesaikan sikit masalah pasal kes kat hari tu."

Aiman menurut arahan itu dan duduk di atas salah satu kerusi. Timbunan kertas dan fail di atas meja di hadapannya membuatkan Aiman sedar tentang betapa sibuknya pengetua. Aiman mengambil sebuah fail dan membacanya untuk mengisi masanya. Ketika sedang membaca fail tersebut, bunyi pintu dibuka secara mengejut membuatkan perhatiannya teralih.

"Pengetua Vincent, saya ada satu berita. Eric Garcia yang ditempatkan di Penjara Besar Nova ditemui mati pagi tadi. Buat masa sekarang, polis percaya yang punca kematian ialah bunuh diri," terang lelaki yang menerjah masuk bilik pengetua itu.

Aiman yang mendengarnya tidak dapat menghalang dirinya daripada berasa terkejut. Perasaan itu bertukar menjadi rasa sebak dan kecewa sebelum menjadi rasa marah. Jauh di dalam benak hatinya, dia berharap dia tidak pernah mendengar berita itu. Memandangkan dia sudah tahu tentang ini, bagaimana pula dia ingin menerangkannya kepada Shafiq, Amirul, Zul serta yang lain.

Pengetua memberikan isyarat mata kepada lelaki di hadapannya. Baru lelaki itu sedar bahawa bukan mereka berdua sahaja yang berada di dalam bilik itu. Perasaan bersalah datang seperti ombak besar kepadanya. Dia menyumpah dirinya sendiri kerana kecuaiannya. Dia ingin berdalih namun tiada walaupun satu perkataan muncul di fikirannya.

"Ah-ka-kamu ta-" Aiman yang sudah tidak tahan lagi terus berdiri dari duduknya dan segera keluar daripada bilik itu tanpa berpaling walaupun sebanyak satu darjah.

Setiap langkah diambil Aiman, semakin besar tekanan yang dirasainya. Isu pertembungan di arena di mana ramai guru telah kehilangan nyawa di depan matanya sendiri telah menjadi satu tamparan yang perit untuknya. Lebih-lebih lagi, kebanyakan guru itu amat rapat dan bermakna untuknya terutama sekali Cikgu Icarus dan Cikgu Eva.

Bagai menabur garam ke atas luka, Raul telah dihantar ke penjara sebagai orang yang mencetuskan huru-hara itu. Walhal, dia langsung tidak bersalah. Akan tetapi, dia langsung tidak mencuba untuk mempertahankan dirinya malah mengaku bersalah atas tuduhan itu. Semuanya demi memastikan tiada lagi huru-hara yang akan berlaku kemudian di akademi. Selepas itu, dia bertindak membunuh dirinya pula umpama dia memang ingin kematian menjemputnya dari awal lagi.

Ketika fikirannya sedang melayang jauh memikirkan situasi sekarang, dia terasa seseorang menyentuh bahunya. Dia berpaling dan wajah Faris yang agak ketakutan terpapar di depan matanya.

"Aiman, ikut aku sekejap," arah Faris kepada Aiman.

Aiman tidak membalas namun tindakannya yang mengikuti langkah Faris sudah cukup sebagai jawapan. Aiman mengimbas semula wajah rakannya tadi. Jelas sekali ada sesuatu yang membuatkan dia menunjukkan riak wajah sebegitu tetapi dia tidak dapat memikirkan apakah ia. Aiman terus mengikut Faris dari belakang sehinggalah rakannya itu berhenti di sebuah taman yang agak sunyi kerana hanya mereka berdua sahaja yang berada di sana sekarang.

"Aiman, aku nak beritahu kau pasal simbol tadi," ujar Faris. Aiman hanya mendiamkan diri, sedia untuk mendengar.

"Itu ialah amaran daripada dunia Euthenia. Dunia mereka telah diserang oleh anak buah Zegrath. Bukan Euthenia jer, Aevyn dengan Hyperes pun diserang. Ikut keadaan sekarang, dunia kita akan jadi sasaran seterusnya," terang Faris. Aiman menyembunyikan perasaan takut dan risaunya di sebalik pandangan kosongnya.

"Jadi, apa kita kena buat sekarang?" soal Faris.

"Buat masa sekarang, jangan buat apa-apa. Bertindak tanpa hala tuju ialah benda yang paling kita kena elakkan sekarang. Lagi satu, jangan beritahu sesiapa pasal ni. Kalau ada orang tahu, huru-hara akademi ni nanti," jawab Aiman.

"Aku rasa bukan ke kita patut buat sesuatu secepat mungkin?" cadang Faris.

"Macam aku cakap kita tak boleh terburu-buru. Ra-Raul, yang paling berguna antara kita pun tak ada sekarang. Jadi, kita kena bersabar."

Agak sukar bagi Aiman untuk menyebut nama Raul memandangkan dia telah mengetahui apa yang berlaku padanya. Tambahan pula, dia yang terpaksa menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan rakan-rakannya hanya menambah deritanya.

"Aku ada satu idea. Kita boleh minta pengetua tolong lepaskan Raul untuk tolong kita..." Faris cuba berbahas.

"Berhenti," pinta Aiman. Namun begitu, Faris tetap meneruskan katanya-katanya.

"Mungkin kita boleh dedahkan perkara sebenar kat semua orang..."

"Tolong berhenti," pinta Aiman sekali lagi namun masih tidak diendahkan oleh Faris.

"Mana tahu semua orang bo-"

"Aku kata berhenti!" Aiman terus meninggikan suaranya. Perasaan marah dan kecewa yang dirasai olehnya tidak lagi dapat diselindungkan. Faris sendiri amat tersentak dengan tindakan yang jarang sekali dilakukan oleh Aiman itu.

"A-aku minta maaf. Aku cuma...banyak sangat benda aku hadap hari ni," ucap Aiman kesal, menyedari yang dia agak keterlaluan.

"Aku yang patut minta maaf. Aku desak kau sangat." Faris turut mengakui kesilapannya.

"Zul jer harapan kita sekarang. Jadi, kita kena sekurang-kurangnya tunggu dia pulih dulu sebelum buat sesuatu. Kita pun perlukan dia untuk tahu tentang kuasa Amirul. Aku tak nak kita serang tanpa hala tuju. Aku tak nak apa kita buat ni cuma jadi misi bunuh diri." Faris mengangguk tanda dia faham akan penjelasan Aiman.

"Tolong sampaikan apa aku cakap ni kat yang lain dan suruh dia orang dengar apa aku cakap. Aku nak tenangkan diri aku sekejap."

Apa yang Aiman katakan amat benar sekali. Dia sememangnya memerlukan masa untuk dirinya memandangkan dia telah melalui banyak perkara pada hari itu sahaja. Daripada keadaan Zul, diingatkan semula tentang kejadian di arena tempoh hari, berita tentang Raul dan kini maksud di sebalik simbol-simbol tadi. Akan tetapi, dia mungkin perlu menghadapi satu lagi masalah kerana...

"Zegrath nak datang kat sini pula. Akademi kena tahu benda ni."

...ada seseorang yang telah mendengar segala perbualan tersebut dan apa yang akan dilakukannya, jelas sekali bertentangan dengan kemahuan Aiman.

.
.
.
.
.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro