Airplane
Cast:
*Hanbin
*Bobby
*Lee Hana
"Yah,cepatlah sikit!Nanti kantoi yang kita bertiga ponteng sekolah!" Bobby,Hanbin,dan Hana bagaikan tiga biji telur berada di hujung tanduk.Nak ponteng sekolah punya pasal,mereka terpaksa panjat pagar sekolah yang setinggi 2.5 meter tu dulu baru boleh cabut lari.Tinggi doh!
Bobby terlebih dahulu memanjat pagar.Kemudian diikuti oleh Hanbin dan Hana.Disebabkan Hana memakai skrit,faham faham jelah mcm mana keadaannya.Si Bobby dan Hanbin bukannya jenis gentleman nak menolong,tpi dua ekor ulat beluncas tu ambil kesempatan untuk mengintai.Jahanam betul!
"Tutup mata korang!Kalau tak aku genyeh kasut aku ni kat muka!" Hana mengugut.Bobby dan Hanbin hanya meletuskan tawa.Tak makan saman.Akibatnya,terus saja kasut adidas Hana melayang tepat ke arah muka Bobby.Hanbin terselamat kerana sempat mengelak.
"Sakit wei!Berbekas kesan tapak kasut kau pada muka ploless aku ni!"Bobby mengusap pipinya yang merah.Sakit tu boleh tahan jugaklah.Hana segera melompat turun dari pagar sebaik sahaja dua lelaki miang tu menutup mata.Namun,kaki Hana terseliuh.Dia hampir terjatuh.Tetapi,dia dapat merasakan tubuhnya langsung tidak menyentuh tanah.Ada dua belah tangan sasa telah merangkul kemas pinggangnya.Hana buka mata.Hanbin!
" Hati hatilah sikit.Nasib baik aku sempat sambut kau!"bisik Hanbin.Hana tergamam.Tiba tiba sahaja Hanbin mengangkat tubuhnya dengan gaya bridal style.Pelik,apabila Hanbin terus membawa Hana melarikan diri bersama sama dengannya.Bobby pula lesap hilang entah ke mana!
"Woi budak,berani korang ponteng sekolah!" Rupa rupanya guru disiplin sekolah yang berkepala botak dan berjanggut palsu itu sedang meluru ke arah mereka sambil memegang rotan.Dah kantoi!Patutlah macam lipas kudung lari.
* * * *
"Gila!Guru disiplin hampir tangkap kita tadi.Nasib baik selamat!" Hanbin keletihan.Mana tidak,sejauh 10 meter dia lari sambil mendukung Hana tadi.Hilang terus tenaganya.Mereka bernasib baik kerana guru disiplin tidak menangkap mereka.Nyaris nyaris saja.
"Korang duduk dulu ye.Aku nak pergi beli air.Takpe,kali ni aku belanja!" Mimpi ke buang tebiak Si Bobby.Sejak bila Si Haji Bakhil ni jadi pemurah.Nak belanja air lagi.Bobby bingkas bangun dan berlalu pergi ke arah kaunter untuk memasan air buat mereka bertiga.Tinggal Hanbin dan Hana di situ.
"Kaki kau dah ok ke!" Hanbin begitu prihatin dengan keadaan Hana.Risau jugak dia dengan keadaan gadis tersebut.
"Jangan risau.Tak lama lagi oklah tu!" balas Hana.Dipamer senyumam manis pada Hanbin.Cute sangat!Di mata Hanbin,Hanalah perempuan paling cantik yang pernah dia jumpa.Hana berambut panjang perang.Mukanya berwarna kuning langsat.Jadi tidak heranlah,kalau ada kumbang kumbang yang gilakan atau pendamkan perasaan pada Hana.
"Ye ker ni!Bak sini kaki kau!"
"Buat apa!"
"Aku nak garu kurap kat kaki kau tu!"Sengaja dia mahu menyakat Hana.
"Gila!"Hana tersentak.Hanbin menarik kakinya secara paksa.
"Bagi jelah.Aku nak sapu ubat.Nanti sakit tu melarat!"Diletakkan kaki itu pada pahanya.Hanbin membuka begnya.Dia mengambil minyak angin.
Perlahan lahan Hanbin melumurkan minyak angin pada kaki Hana.Diurut urut lembut buku lalinya.Selepas itu,dia meleraikan ingatan tali lehernya dan dibalut pada bahagian kaki Hana yg sakit.Wajah Hana membahang merah.Dialihkan pandangannya ke bawah.Tidak berani memandang Hanbin.Entah mengapa Hanbi terlalu mengambil berat terhadapnya.Kalau dia dalam kesusahan,Hanbin lah orang pertama yang akan berikan pertolongan serta sokongan.Nak harapkan Bobby,dia tu pandai gelak dan mengejek orang je.
" Macam mana?Dah ok ke sikit?"soal Hanbin.Hana mengangguk lemah.Tidak lama kemudian,Bobby sampai di meja mereka dengan membawa tiga gelas air.Apple juice untuk Hana,Coke dengan aiskrim vanila untuk Hanbin,dan Carrot juice menjadi pilihannya.
"Kau pergi beli air ke buat air!"
"Maaf lambat sikit.Aku pergi tandas kejap!"Bobby mengosok kepalanya yang tidak gatal.Airmukanya seperti menyembunyikan sesuatu.
"Ohh,patutlah ada bau Harpick?" Tebak Hanbin.Hana ketawa terbahak bahak.Saja sekali sekala mahu kenakan Bobby.Bobby pula tayang wajah cemberutnya.Dia menarik kerusi dan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Hana.
Sepanjang mereka berada di dalam cafe selama 30 minit,Hanbin dengan Hana je yg rancak berbual.Bobby pula hanya dia membisu.Tidak tahu apa sebabnya!Mungkin ada sesuatu yang tidak kena?
* * * *
Bukk!Sasaran tepat.Beg sekolahnya itu dilancarkan ke dinding.Bobby menghempas tubuhnya pada katil.Nafas berat dihela keluar.Berasa panas,butang atas baju kemeja sekolah dibuka sehingga mendedahkan bahagian dada bidangnya.
"Betul ke apa yang aku nampak masa kat cafe tadi.Diorang nampak mesra semacam.Hana ada fair ke dengan Hanbin?" Monolog Bobby sendirian.Wajahnya diraut beberapa kali.Cuba untuk menghilangkan imbasan memori tadi di mana dia melihat Hanbin begitu mesra dengan Hana.Patah hati Bobby dibuatnya.
"Aku suka Hana!"luah Bobby untuk diri sendiri.Untuk Hana pulak,sumpah dia tak berani.10 tahun Bobby berkawan dengan Hana dan Hanbin.Sejak dari kecil lagi mereka kenal.Mereka bertiga sangat rapat.Dan dia pula,ada menyimpan perasaan cinta pada Hana.Untuk berterus terang dengan Hana,dia tak mampu.Bobby takut Hana anggap dia hanya sebagai kawan rapat saja.Tak lebih dari tu.Takut juga persahabatan mereka bertiga akan musnah nanti disebabkan cinta tu.
"Saranghaeyo Lee Hana!"
* * * *
"Apa nak jadi dengan korang bertiga ni.Ponteng sekolah!Datang lambat!" Rotan sepanjang setengah meter itu melakukan pendaratan laju di atas permukaan meja kerja Mr.Park.Satu bunyi yang agak kuat terhasil.Berdesing masuk ke dalam gegendang telinga.
Mr.Park mencerlung tajam memandang tiga wajah itu.Kalau diikutkan hati,mahu dirotan saja Bobby,Hanbin dan Hana.Tapi masih terselit belas kasihan di sebalik marahnya.
"Ni last warning dari saya.Kalau saya tahu kamu bertiga ponteng lagi,saya tidak teragak agak akan gantung persekolahan kamu!"
Bobby,Hanbin dan Hana mengangguk lemah.Mengiyakan saja.
"Baiklah Mr.Park.Kami janji takan buat lagi!" Serentak mereka bertiga menjawab.Sesi kaunseling selama 45 minit bersama Mr.Park sangat menyeksakan.Kejang punggung terpaksa berdiri.Bebelan lelaki tersebutlah yang paling menyakitkan telinga.
"Sebagai hukumannya,kamu bertiga kena bersihkan tandas guru sekarang jugak.Sebelum waktu rehat,saya nak tengok semua tandas guru bersih!"Cukup setimpal hukuman yang mereka dapat.Oh tidak.Tandas guru.Busuk doh!Belum apa apa lagi dah rasa nak muntah.Mohan kalian semua tabah!Shit.....
* * * *
Rooftop,
Rooftop menjadi tempat Hanbin,Bobby dan Hana melepak bila tiba waktu rehat.Pelajar pelajar sedang makan di kantin.Diorang pula bawa makanan naik atas rooftop.
"Siap jugak kita bersihkan tandas tadi!Letih.Rasa nak tercabut tangan!" Hana mengeluh.Di rooftop tu ada sebuah sofa.Entah macam mana mereka seludup sofa tu letak atas bumbung.Hana duduk berehat di atas sofa tersebut.Di sebelahnya ada Bobby.Mana Hanbin?
"Kesian Si Hanbi.Banyak songeh punya pasal....kerja kerja tak siap lagi!" kata Bobby.Sungguh malang nasib Hanbin hari ni.Mr.Park harimau jelmaan manusia tu suruh Hanbi duduk dalam tandas sehingga balik sebab dia tak siapkan kerja.
Hana tergelak kecil.Lucu bila teringatkan Si Hanbin tadi kena marah.
"Hanbi tu buat kerja tak pernah nak serius.Poyo lebih!"balas Hana.Dia pandang ke arah langit biru.Ada sebuah kapal terbang di atas sana.
"Wei tengok tu kapal terbang!" beritahu Hana.Bobby turut mengangkat kepala dan memadang ke arah yang dihalakan oleh telunjuk jari Hana.
"Aku nak kau jerit sesuatu.Jerit kuat kuat.Biar penumpang penumpang kapal terbang tu dengar!" arah Bobby.Hana menyahut cabaran itu.
"Aku sayang Bobby dan Hanbin!Aku sayang diorang berdua!" Hana menjerit dengan begitu kuat sekali.Bobby yang duduk di sebelahnya terpaksa menekup telinga.
"Sekarang,turn kau pulak!"
Bobby tarik nafas dalam dalam.Kekuatan sedaya upaya cuba dikumpul.Kali ini,dia perlu berani.Mungkin inilah masanya!
"Boleh tak kau pejamkan mata kau sekejap!" pinta Bobby dengan membuat mimik wajah comelnya.
"Buat apa!"
"Please!"Dia merayu lagi.Serba salah Hana jadinya.
"Oklah!" Hana turunkan kelopak matanya.Mata dipejam rapat.
"Lee Hana,aku cintakan kau!Saranghaeyo!"Bobby menjerit kuat.Hana yang mendengarnya seperti hendak pitam.Dia ingin membuka mata,tapi tapak tangan Bobby laju menekup matanya.
"Bobby!"
Dia dapat rasakan yang nafas Bobby terembus lembut pada wajahnya menandakan yang bahawa mereka berada dalam posisi yang begitu rapat.Hana juga dapat rasakan....ada sesuatu sedang menyentuh ulas bibirnya.Bibir Bobby!
"Saranghaeyo Lee Hana!"Ciuman dileraikan.Bibir Bobby bergerak pula pada telinga Hana.Sampai saja di situ,kata kata tersebut dibisikkan manja.Diturunkan tangannya pada bahagian mata Hana.Kemudian,dia meraih tangan Hana.Mengenggam kedua dua belah tangan kiri dan kanan itu erat.
"Dah lama aku nak luah perkara ni pada kau.Dan sekarang....aku berjaya jugak!" Bobby berasa sedikit lega.Perasaan yg dipendam berjaya diluahkan.Entah dari mana dia mendapat kekuatan itu.Hana terima atau tidak cintanya,itu perkara nombor 2.
Hana hanya diam.Membisu saja.Tangan Bobby direntap.Dia bingkas bangun dan berjalan turun dari rooftop.Tinggal Bobby berseorang di situ.
Mereka berdua tidak sedar yang bahawa,Hanbin dari tadi lagi memerhatikan gerak geri Hana dan Bobby.Dia nampak semua tu.Dia dengar segala galanya dengan jelas.Namun,Hanbin hanya berdiam diri saja di tempat persembunyian.Hatinya hancur berkecai saat Bobby meluah perasaan pada Hana.Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya.
* * * *
"Korang balik dululah.Aku ada kerja sikit nak kena siapkan!" Hanbin tidak pulang bersama sama dengan Hana dan Bobby.Katanya,ada hal sikit.
"Tapi...." Hana seperti menolak.
"Alah,macam korang tak pernah balik tanpa aku.Aku kena pergi bilik kaunseling.Mr.Park panggil!" Hanbin sengaja mencipta alasan palsu.Nak tak nak Hana terpaksa pulang dengan Bobby.Mereka berdua nampak ganjal.Seperti baru sahaja kenal.
Bila figura kedua dua figura sahabatnya itu hilang dari pandangan,Hanbin menuju ke arah meja Hana.Dimasukkan tangan kanannya ke dalam laci meja itu.Jemarinya teraba raba mencari sesuatu.
Jumpa!
Dikeluarkan satu objek berbentuk segi empat tepat.Diari peribadi Hana.Pernah banyak kali juga Hanbin lihat yang Hana suka menulis sesuatu di dalam diari tersebut.
Dibuka diari tersebut.Sekeping gambar jatuh keluar melaluinya.Gambar itu,gambar Bobby.Hanbin menangis teresak esak membaca isi kandungan diari tersebut yang kebanyakannya adalah luahan perasaan Hana pada Bobby.
Sekarang,Hanbin sudah tahu jawapannya.
Hana cintakan Bobby.
Bobby cintakan Hana.
Dan cinta dia,hanya bertepuk sebelah tangan.Sakit.Sangat sakit.
* * * *
Kali ni,sudah masuk seminggu Hanbin tak datang ke sekolah!Naik hairan juga Bobby dan Hana dibuatnya.Nak kata Hanbin sakit,takde pula dia mendapat berita daripada omma Hanbin tentang keadaan lelaki itu. Hana dan Bobby buat keputusan untuk pergi melawat Hanbi.
Malangnya,rumah Hanbin kosong.Tidak berpenghuni malah ia seperti baru ditinggalkan.
Menurut Ahjumma Song,jiran yang tinggal berdekatan kawasan tersebut,Hanbin dan keluarganya telah berpindah ke luar negara.Baru saja tadi keluarga itu pergi meninggalkan rumah itu.Tanpa membuang masa,Hana dan Bobby terus bergerak pergi ke airport.Mereka harus berjumpa dengan Hanbin.Hanbin pergi tinggalkan mereka begitu saja.Tanpa sebab.
* * * *
Jam Icewatch yang melilit kemas pada pergelangan tangannya itu dipandang sekilas.5.00 petang.Flight ke Tokyo,Jepun pada pukul 5.30 petang.Dia masih ada 30 minit lagi sebelum masuk ke dalam balai berlepas.
Berasa bosan,dikeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar.Butang on pada telefon itu ditekan.Muncul beberapa beberapa notification di skrin.
15 panggilan dan 20 mesej daripada Bobby dan Hana.Diabaikan saja.Sengaja panggilan tersebut tidak diangkat dan sms yang dihantar oleh mereka berdua tidak dibalas.Rasa bersalah jugak Hanbin.
Dia bangun.Beg bagasi ditarik.Langkah dicipta ke arah balai berlepas.
"Hanbin,tunggu!"
Serta merta kaki Hanbin terpacak pada lantai.Pergerakannya mati di saat mendengar suara Bobby dan Hana sedang menjerit memanggil namanya.
"Hanbin!"
Lantas Hanbin berpaling ke belakang.Memang betul,ada Hana dan Bobby.Mereka berdua berlari anak ke menuju arahnya.
"Sanggup kau buat kitorang macam ni.Kau nak pergi Tokyo,langsung tak inform kitorang!"soal mereka.Kecewa jugak dengan Hanbin.
"Mian.Aku cuma tak sempat.Aku terpaksa ikut omma dan appa aku ke sana!"Hanbin cuba untuk senyum walaupun luka dalam hatinya masih sakit.Jika itu takdirnya,dia rela matikan perasaan cintanya pada Hana demi kebahagian Bobby.Mereka berdua satu satunya kawan yang Hanbin ada.
"Berapa lama kau akan stay kan sana?" soal Hana.
"Lama jugaklah.Tapi jangan risau,kalau aku ada masa...aku balik akan balik Korea jumpa korang berdua!" balas Hanbin.Kelihatan monyok saja air muka Hana dan Bobby.
"Kau jaga diri baik baik tau kat sana.Walaupun kau jauh dengan kitorang,aku harap kau takan lupakan aku dan Hana!" Bobby menarik tubuh Hanbin ke dalam pelukannya.Hanbi mengalirkan air mata.Menangis teresak esak.
"Nampaknya aku kena pergi dulu.Nanti tertinggal flight pulak.Bobby,janji dengan aku yang kau akan jaga Hana elok elok.Jangan buli dia tau.Aku nak kau lindungi Hana,jadi sandaran untuk dia pada setiap masa.Dan paling penting,jangan pernah sakiti hati dia!" Hanbin meleraikan pelukan.Dia bergerak ke arah Hana.Tangan Hana digapai.Sebuah replika kapal terbang kecil diletakkan di atas tapak tangan Hana.Hana sedekit tergamam.
"Apa ni?"
"Aku hadiahkan pada kau.Simpan tau!"
"Tapi...kau sayangkan toy ni.Takan nak bagi kat aku!" Hana seperti enggan menerima hadiah Hanbin itu.
"Takpe.Satu hari nanti aku akan ambil balik airplane ni dari kau.Buat masa sekarang,kau simpanlah dulu ok.Kot kot lah korang rindu ke?"Mereka meletuskan tawa.
Hanbin mula bergerak masuk ke dalam balai berlepas.Sesekali dia menoleh ke belakang dan melambaikan tangan pada Hana dan Bobby.Dua sahabat yang takan pernah dia lupakan.
* * * *
7 tahun kemudian,
"Chagi,tengok tu ada kapal terbanglah.Tu mesti Hanbin!" Hana agak teruja.Katanya,Hanbin akan pulang ke Korea hari ni selepas 7 tahun meninggalkan tanah air.
"Tunggu apa lagi.Jeritlah sekarang.Panggil nama dia kuat kuat.Oppa tahu,mesti Hana rindukan Hanbin!" Bobby pun sama.Rindu akan Hanbin.Perginya Hanbin menjadikan hidup mereka sepi.Berubah segala galanya.
"HANBIN,KITORANG RINDU KAU.Cepatlah balik sini!" Jerit mereka serentak.Bobby merangkul pinggang Hana.Dipandang wajah isterinya itu.Perut Hana yang kian membesar diusap lembut.Lupa nak bagitahu,Hana dan Bobby dah berkahwin.Lebih menggembirakan lagi Hana disahkan mengandung 2 bulan.Tu bukan main tak sabar lagi Hanbin nak balik Korea untuk jenguk mereka berdua.Masa weeding diorang,Hanbin tidak dapat datang.Agak terkilan jugak.
Hanbin yang berada di dalam kapal terbang terjaga dari lenanya.Telinganya menangkap bunyi sesuatu.Dia dapat dengar,seseorang sedang memanggil mamanggil namanya.Dia tersenyum lebar.Itu tentu suara Hana dan Bobby!
The End
Hope korang enjoy dan faham jalan cerita ff ni.Mian kalau tk best.Vote and comment.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro