
💝B1: Encik Kerek Suami Aku [2.0]
Username: @hannabellea
Title: Encik Kerek Suami Aku
Chapter: 52
Genre: Romance
Assalamualaikum dan selamat malam semua! Dah makan malam ke tu? Kalau belum, pergilah dulu sambil-sambil tu boleh baca review saya pasal buku cik author kita ni. Okey, jom kita mula!
🍃First Impression
ENCIK KEREK SUAMI AKU. Sebelum tu, biar saya bagitahu something. Saya memang tengah baca cerita ni. Tak sangkalah pula tiba-tiba author dia sendiri datang isi borang review. 😅 Tachod tittew hshshsh. Takpe, takpe... kalau itu yang awak nak, saya akan cuba untuk berikan review sejujurnya.
Kita pergi dekat blurb. Blurb awak masih boleh diperbaiki sebab bila saya baca, saya rasa macam ada yang tak kena. Macam tak ikut turutan plot yang sepatutnya dalam cerita awak. Saya pun rasa ada ayat yang awak tersilap letak. Sekejap, biar saya tunjuk supaya awak lebih mudah faham.
Blurb Asal:
Aidan Faris dan Ardiya Syadina. Dua orang manusia ini memang tidak pernah sekepala. Si Aidan perangai terlampau kerek dan jual mahal, manakala si Ardiya jenis yang keras kepala.
Namun, apabila semua benda sudah tertulis di Luh Mahfuz, nak tolak pun tidak boleh. Kerana itu rancangan Allah. Kita perlu terima takdir seadanya. Takdir. Jodoh. Destiny. Fate.
Allah sudah tentukan ia akan jadi, maka jadilah benda itu. Pertemuan pertama Ardiya dan Aidan menimbulkan pergaduhan kecil membuatkan dua orang itu rasa meluat untuk bersua muka. Cinta itu datang tanpa diundang. Kita sendiri tidak sedar akan kehadiran perasaan itu. Tengok-tengok sudah jatuh cinta.
Cadangan:
Aidan Faris dan Ardiya Syadina. Dua orang manusia ini memang tidak pernah sekepala. Si Aidan perangai terlampau kerek dan jual mahal, manakala Si Ardiya jenis yang keras kepala. Pertemuan pertama Ardiya dan Aidan menimbulkan pergaduhan kecil membuatkan dua orang itu rasa meluat untuk bersua muka.
----- A/N: Antara perenggan ni awak boleh ambil sedikit scene/dialog di awal perkenalan mereka. Benda ni penting untuk tarik minat dan bagi gambaran awal kepada readers.----
Namun, apabila semua benda sudah tertulis di Luh Mahfuz, nak tolak pun tidak boleh. Kerana itu rancangan Allah. Kita perlu terima takdir seadanya. Takdir. Jodoh. Destiny. Fate.
Allah sudah tentukan ia akan jadi, maka jadilah benda itu. Cinta itu datang tanpa diundang. Kita sendiri tidak sedar akan kehadiran perasaan itu. Tengok-tengok sudah jatuh cinta.
Itulah serba-sedikit yang saya boleh bantu dalam perbaiki blurb awak. Terpulang kepada awak nak tukar ataupun tidak. Saya yakin awak boleh hasilkan blurb yang lebih baik! 😀
🍃Perkembangan Plot Cerita
Cerita awak smooth dan saya pun dapat kaitkan setiap situasi dengan situasi yang lain. Maksudnya, setakat review saya sepanjang 15 bab ini tak ada plot yang tiber. Just nice! Saya suka cara awak selitkan sekali situasi harian yang berlaku dan tak fokus terhadap jalan cerita semata-mata. Gaya penulisan awak yang santai pun buatkan saya enjoy untuk teruskan pembacaan. Good job author! 😁👏
Cuma ada satu perkara yang saya pelik. Tentang watak Aidan, which is hero dalam cerita ni. Awak bagitahu yang dia seorang lelaki kerek. Setahu saya, kerek ni maksudnya macam orang yang sombong, suka buat orang lain meluat, cakap besar dsb. Entah kenapa, waktu dekat bab-bab awal saya tak rasa yang dia kerek. Dialog yang digunakan pun tak cukup kuat untuk menggambarkan betapa kereknya Si Aidan tu. Bila dah nak dekat bab 15, barulah nampak sifat kerek dia menyerlah. Huhu.
Saya nasihatkan selepas ini awak kaji dulu sifat ataupun gaya cakap untuk sesuatu watak. Kalau untuk Aidan, dia lelaki kerek. Awak cuba kaji macam mana lelaki kerek tu berkomunikasi, bahasa badan dia, nada bicara dia. Carilah mana-mana lelaki kerek dekat sekeliling awak. Sambil tu, cuba perhati cara diorang bergaul. Insya-Allah, nanti awak boleh apply dekat penulisan. 😎✨
🍃Kesalahan Tatabahasa / Penggunaan Ayat / Ejaan
Sebelum saya mulakan, saya nak bagitahu yang saya ini bukanlah seorang yang pakar dalam perkara-perkara ini. Saya akui yang saya pun masih belajar untuk tingkatkan kemahiran dan pemahaman saya. Oleh sebab itu, saya minta jasa dan budi baik pembaca yang lain andai saya tersilap, mohon betulkan saya. Sharekan ilmu yang awak ada. Sama-sama kita berkongsi untuk belajar. Tak salahkan? 😉
Okay, here Ain to the rescue!
*******
Pembetulan:
Inilah apabila berhubungan. ✅
A/N: Jangan gabungkan imbuhan dengan bahasa asing. Ini kesilapan yang paling banyak saya jumpa.
*******
Saya perasan yang awak selalu guna bahasa rojak dalam penulisan. Sebenarnya tu salah tau! Jadi izinkan saya beri cadangan lain, ya?
Cadangan:
"Okey, tadi aku ambil pesanan dua orang pelanggan ni. Sumpah weh, perangai malaun tu menyampah gila! Kalau boleh dekat situ juga aku nak muntah hijau. Dia orang berdua pasangan kekasih. Si lelaki tu dahlah kerek, yang perempuan pula fake. Kau nak tahu kenapa aku cakap macam tu? Sebab betina tu talam dua muka! Manja je lebih lepas tu sibuk nak tayang dah ada boyfriend. Eh, aku tak ingin pun la dengan boyfriend dia tu! Yoongi lagi handsome."
A/N: Ini hanyalah pendapat saya. Terpulang kepada awak sebagai penulis. 😄
*******
Pembetulan:
Dia mengorak langkah terus ke kereta Mercedesnya. ✅
A/N: Rapatkan -nya dengan kata nama sebelum.
*******
Pembetulan:
Ardiya menyandarkan badan pada dinding sambil berpeluk tubuh. ✅
*******
Pembetulan:
"I faham. Tak apa," ujar Aidan pula. ✅
A/N: Ramai yang terlepas pandang untuk ejaan-ejaan ni. Jadi saya senaraikan untuk panduan semua.
takpe ❌ tak apa ✅
takde ❌ tak ada ✅
taknak ❌ tak nak ✅
haritu ❌ hari itu ✅
harini ❌ hari ini ✅
makcik ❌ mak cik ✅
pakcik ❌ pak cik ✅
*******
Pembetulan:
"Kau tahu tak aku hampir tercekik sebab pedas sangat tadi? Kalau aku masuk hospital, kau nak tanggung?" Aidan membalas dengan menuding jari ke arah mangkuk...
A/N:
1- Tanda soal (?) dan tanda seru (!) tak boleh bersama.
2- menunding ❌ menuding ✅
*******
A/N: Sedikit teguran daripada saya, elakkan tulis macam ni. Describe perasaan Diya dengan ayat okeyh? 😉
*******
Pembetulan:
Haih, macam-macam. ✅
A/N: Letakkan tanda sempang (-) sebab ini merupakan kata ganda penuh.
*******
Pembetulan:
"Letak? Letak apa? Saya tak masak..." ✅
A/N: Gunakan elipsis (...) untuk ayat yang meleret atau tertangguh.
*******
Pembetulan:
Ameera menerpa ke arah Aidan lalu kaki Aidan dipeluk. ✅
*******
Pembetulan:
masha Allah ❌ masya-Allah ✅
insha Allah ❌ insya-Allah ✅
*******
Pembetulan:
"Ardiya Syadina!" Nyaring suara Tan Sri Amrul menyebut nama anaknya. ✅
A/N: Tak perlu capslock dalam penulisan untuk menunjukkan dialog marah/jerit.
*******
Pembetulan:
"Mak Mah... Diya masih tak boleh terima perempuan tulah." ✅
A/N: -lah (rapat) -la(jarak)
*******
Pembetulan:
"Tak lama pun, tiga hari dua malam aje," balas Hani bersahaja. ✅
A/N: 1-9 (wajib tulis dalam perkataan)
*******
A/N:
Okey (ejaan bahasa Melayu) ✅
Okay (in English) - kalau nak guna, kena italic (sendengkan) sebab dikira bahasa asing
*******
Pembetulan:
"You don't have to know." ✅
*******
🍃Ain's Words
Untuk cerita ini, saya boleh cakap saya suka idea yang awak cuba ketengahkan. Walaupun jalan cerita macam ni banyak dah saya jumpa dekat Wattpad, tapi awak berjaya hasilkan jalan cerita baru. Saya berani cakap macam tu sebab saya baca cerita awak. Saya nampak kelainan yang awak cuba bawakan. Thumbs up! 😙😍
Awak mahir dari segi penghasilan idea... tapi untuk dari segi penulisan kena asah lagi. Banyak lagi benda yang awak perlu belajar. Tanda baca, penggunaan ayat, tatabahasa dll. Oh ya, lagi satu berkenaan penciptaan watak. Itu pun penting juga. Awak kena faham dan dalami dulu karakter watak dalam cerita. Saya cadangkan sebelum mula menulis, awak senaraikan dulu macam mana watak hero dan watak heroin yang awak nak. Benda ini penting supaya awak keep on track dan tak terpesong ketika menulis.
Akhir kata, saya harap awak teruskan usaha untuk perbaiki penulisan sedia ada. Jangan sedih-sedih, kesalahan tak bermaksud kita tak boleh buat pembetulan. 😄 Saya doakan semoga awak dapat jadi penulis hebat dan berjaya suatu hari nanti. Insya-Allah.
⏩Terima kasih sebab sudi menggunakan khidmat bantuan saya. Saya minta maaf dari hujung tudung hingga ke hujung stoking andai review saya kali ini terdapat sebarang kekurangan, kesilapan dan ketidakpuashatian. Doakan saya untuk menghasilkan review yang lebih baik di masa akan datang. Amin! 😊
Dear @hannabellea drop your feedback here! 👉 💕💌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro