💝B1: Cinta Buat Tengku Syaqil [2.0]
Username: @CHRYFAIRY
Title: Cinta buat Tengku Syaqil
Chapter: 35
Genre: Romance
Assalamualaikum semua! Bertemu kita dalam review pertama untuk Ain's Aid Kit 2.0. ✨ Haaa tepokkk! Hahaha okey jom kita mulakan review!
🍃First Impression
CINTA BUAT TENGKU SYAQIL. Bagi saya, tajuk awak cukup untuk jelaskan yang karya awak bergenre romance. Tak ada masalah. Just nice. Untuk blurb awak pula, not bad! Saya suka. Cukup rempah, cukup rasa untuk timbulkan keinginan pembaca untuk tekan butang read. Tahniah! Sebab jujur saya cakap, tak ramai penulis yang mampu hasilkan blurb yang catchy.
🍃Perkembangan Plot Cerita
Berdasarkan pembacaan saya sepanjang 15 bab, saya boleh kata jalan cerita awak agak cliche. Saya dah boleh agak apa yang akan jadi. Tapi awak jangan risau, cliche is not that bad. Selagi awak pandai olah dan mampu tunjukkan kelainan dalam cerita awak, ia tak menjadi masalah besar. Lagipun, ramai je yang suka baca cerita cliche. Hatta saya sendiri. So, peace! 😁✌
Sebenarnya, saya nak tahu sangat kenapa Puan Hayati benci sangat dekat anak dia. Kenapa ek? Nak kata anak angkat... Delima tu anak kandung dia sendiri kot! Kadang-kadang watak Puan Hayati ni ingatkan saya dekat mak tiri Cinderella. Ya ampun, minta kena bunuh je hshhshs. Maaf, saya teremosi haha.
Oh ya, sebelum saya terlupa. Saya nak tegur tentang latar tempat yang awak gunakan dalam cerita ni. Delima larikan diri ke Jepun, tapi maaf saya tak dapat bayangkan situasi tu berada di Jepun. Sebab penceritaan awak tak detail tentang suasana dekat situ. Saya cadangkan mungkin awak boleh buat research sikit sebelum menulis. 😉
🍃Kesalahan Tatabahasa / Penggunaan Ayat / Ejaan
Jujur cakap, saya suka baca cerita awak. Penulisan awak kemas, tak banyak kesalahan yang menyakitkan mata saya sebagai pembaca dan saya nampak usaha awak untuk perbaiki penulisan awak dari semasa ke semasa. Saya puji awak untuk itu! 😙👏
Tapi masih ada beberapa lagi kesalahan yang mungkin awak terlepas pandang. Jadi, di sinilah Ain akan membantu! Oyeahhhh!
*******
Pembetulan:
"Kenapa awak ikut saya?" soal Delima keras. ✅
A/N: 2 tanda baca tak boleh digabungkan sekali. Ayat ni merupakan ayat tanya, jadi penggunaan tanda soal adalah lebih tepat.
*******
Pembetulan:
"Tak sangka yang kawan aku akan jadi isteri orang," ujar Riana. ✅
A/N: Pernah dengar tentang penanda dialog? Contoh penanda dialog: ujar, ucap, balas, dll. Kalau awak nak guna penanda dialog, letakkan koma pada akhir ayat. Penanda dialog pula perlu huruf kecil.
Contoh lain: "Aku tak tanya kau pun," balas Ismail. ✅
*******
Pembetulan:
Dia sudah rela menerima kutukan mahupun cacian yang keluar daripada
mulut Puan Hayati. ✅
A/N: dari - MAT (Masa, Arah, Tempat) daripada - sumber/orang
*******
Pembetulan:
"Ya Allah. Hey, apa kamu buat dengan pengantin ni? Habis make up rosak." Suara Mak Andam memetir memarahi Riana. ✅
A/N: Perlu HURUF BESAR selepas pengikat kata jika ayat berakhir dengan tanda noktah.
*******
Pembetulan:
"Delima selepas ini dengar cakap ayah dengan ibu." ✅
A/N: Dalam ayat ini, ayah dan ibu menunjukkan kata nama, jadi gunakan huruf kecil.
*******
Actually, saya rasa tak kena dengan ayat ini. Izinkan saya berikan cadangan, ya?
Cadangan: "Aku tak tahu dan tak nak tahu. Last warning Aireen, get out or I'll call the security guard. You choose."
A/N: Itu hanyalah cadangan saya. Terpulang kepada awak sebagai seorang penulis. 😄
*******
Pembetulan:
Jarinya dimainkan. ✅
*******
Pembetulan:
Otaknya sedang memproses plan. ✅
A/N: Sendengkan (italic) penggunaan perkataan selain bahasa Melayu.
*******
Pembetulan:
Dzul bangun lalu keluar dari bilik pengetua.
"Tuan rasa betul ke jadi?" soal Puan Faizura kepada Tuan Haji Zainud. Tuan Haji Zainud mengangguk. Kini, dia yakin.
A/N: 1) Saya cadangkan awak bahagikan perenggan sebab menceritakan scene yang berbeza.
2) pada - MAT (Masa, Arah, Tempat) kepada - sasaran (manusia/haiwan)
*******
Pembetulan:
Serasa mahu menangis dia memikirkan yang dia datang sini kerana dihalau oleh Puan Hayati. ✅
A/N: di (kata kerja): rapat di (selain kata kerja): jarak
*******
🍃Ain's Words
Secara keseluruhannya, penulisan awak masih boleh diperbaiki. Lagipun saya nampak dari segi penguasaan tatabahasa awak dah ada. Cuma kena kuatkan lagi heheheh. Awak boleh baca mana-mana buku yang dah terbit dan cuba tengok olahan ayatnya. Nak semak tatabahasa atau ejaan, awak boleh singgah laman web prpm. Dekat situ ada baaaaanyak rujukan. 😋
Apapun saya boleh cakap yang saya amat berpuas hati dengan penulisan dan penceritaan awak. Thumbs up! 👍 Saya boleh nampak potensi awak untuk pergi lebih jauh dalam dunia penulisan ini. Awak tinggal adjust sikit-sikit and boom! Karya awak akan jadi lebih baik. Insya-Allah ✨
Akhir sekali, saya doakan semoga awak berjaya habiskan cerita ni sehingga ke penamatnya. Saya tahu awak boleh! Yeahhhh 💪 Saya doakan juga semoga awak dapat jadi penulis yang hebat dan berjaya suatu hari nanti. Jangan putus asa tau!
⏩Terima kasih sebab sudi menggunakan khidmat bantuan saya. Saya minta maaf dari hujung tudung hingga ke hujung stoking andai review saya kali ini terdapat sebarang kekurangan, kesilapan dan ketidakpuashatian. Doakan saya untuk menghasilkan review yang lebih baik di masa akan datang. Amin! 😊
Dear @CHRYFAIRY, drop your thanks here! 💕💌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro