💝09: GADIS HARD TO GET [1.0]
Calling @NurAina162 ✌
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Pertama sekali, saya nak minta maaf dekat awak sebab lambat sangat nak siapkan review. Jadi sebelum naik sekolah saya nak settlekan dulu hutang yang dah lama tertunggak ni ehehe. Tanpa berlengah lagi, jom kita tengok review saya yang terakhir.
Okay, let's get started!
🍃First Impression
Waktu baca tajuk dan blurb, saya ingatkan genre teen fiction rupa-rupanya romance 😅 Rasanya cerita awak ni lebih sesuai untuk genre teen fiction sebab sepanjang pembacaan saya pada 10 bab awal, banyaknya cerita tentang kisah mereka di sekolah. Tapi terpulanglah kepada awak. You choose. Berkaitan tajuk, saya tak ada masalah dengan tajuk awak. Just nice. Unik pun ada juga😁 Kelemahannya, saya rasa awak kena baiki semula bahagian blurb. Tak banyak, just betulkan huruf kecil huruf besar dan tambah beberapa dialog menarik supaya readers rasa wah, saya nak baca! Haaaa gittew. Letakkan persoalan juga di bahagian akhir supaya pembaca tertanya-tanya apa konflik atau perkara yang akan berlaku.
🍃Perkembangan Plot Cerita
Plot awak tak tersasar, cuma agak berterabur. Mungkin awak boleh semak semula untuk kemaskan. Kadang-kadang dengan plot tak tersusun pun boleh buat readers keliru dan pening. Nasihat saya, sebelum mula menulis awak rangka plot dulu okeyh? Nak elakkan daripada lari plot dan supaya plot di setiap cerita awak saling berkait. Jadi tak adalah macam tiber sangat hehehe.
🍃Kesalahan Tatabahasa/Penggunaan Ayat/Ejaan
Di sini saya nak bagitahu yang banyak kesalahan tatabahasa dalam cerita awak. Terlampau banyak dan itu sangat bahaya. Pembacaan saya terganggu disebabkan kesalahan berulang hampir di setiap bab. Kesalahan ini juga buat saya turn off nak habiskan bacaan. Maafkan saya, tapi itulah perkara sebenar 😥 Awak jangan susah hati. Tujuan review saya bukan menghentam semata-mata. Mana yang saya boleh bantu, saya cuba. Lagipun inilah function Ain's Aid Kit! 🤗
Sebelum saya mulakan, saya nak bagitahu yang saya ini bukanlah seorang yang pakar dalam perkara-perkara ini. Saya akui yang saya pun masih belajar untuk tingkatkan kemahiran dan pemahaman saya. Oleh sebab itu, saya minta jasa dan budi baik pembaca yang lain andai saya tersilap, mohon betulkan saya. Sharekan ilmu yang awak ada. Sama-sama kita berkongsi untuk belajar. Tak salahkan? 😉
***
Sendengkan penggunaan bahasa asing selain bahasa Melayu.
Pembetulan:
"Ish, kau ni adik. Aku tengok kau merengek, rasa nak terajang tau. Looks like a girl. Not swag at all," kata abangnya pula.✅
***
Tak perlu gunakan huruf besar untuk tempat yang tak sepatutnya.
Pembetulan:
"Ceng Yi, please help me!" panggil Alia.✅
***
Nombor 1-9 (ditulis dalam perkataan)
Nombor 10 ke atas (dalam nombor)
Pembetulan:
"Lah, dua private. Why? Mesti ada apa-apa dalam IG dia. Hehehe aku akan pastikan Alia follow aku," kata Ariel.✅
***
Pembetulan:
Pak cik itu tersenyum melihat telatah Ariel yang ingin tidur. Pelbagai soalan keluar daripada mulutnya. Pak Cik Man sudah pening untuk menjawab.✅
*kalau tak pasti dengan sesuatu ejaan, awak boleh rujuk laman web prpm*
***
Pembetulan:
"Ha Sir Loo, what's the matter?" soal Puan Loh yang sedang mengajar.
***
Pembetulan:
"Ah, tak ada tak ada. Aku nak juga terajang kau. Aku dah lama tengok kau ni."
***
-la (ditulis jarak): aman la ✅
-lah (ditulis rapat): amanlah ✅
***
Ini author notes kan? Saya rasa agak terganggu sedikit 😅 Saya cadangkan notes ini awak letak dekat bawah sekali supaya pembaca tak keliru, okey?
***
Jangan guna bahasa rojak. Kalau nak guna bahasa Inggeris, gunakan dengan betul. Nak senang, gunakan bahasa Melayu je.
Pembetulan:
"Samalah. Ala tak payah risau, cikgu takkan marah," kata Batrisya. ✅
***
Pembetulan:
"Pak cik, ini ke rumah kita?" soal Ayriel.
*Satu tanda soal dah cukup*
***
Pembetulan:
"Lah ma, abang tak pindah pun. Tak acilah macam ni. Abang pun kenalah pindah." Mulutnya sudah mula memuncung. ✅
***
🍃Ain's Words
Keseluruhannya, saya boleh cakap yang tahap penulisan awak masih berada di tahap yang lemah. Masih banyak ejaan, kesalahan tatabahasa dan struktur ayat yang awak perlu betulkan dan perbaiki lagi. Tapi jangan risau, jangan patah semangat. Banyak lagi masa yang ada untuk awak belajar. Awak boleh baca karya-karya penulis hebat. Cuba perhatikan gaya tulisan mereka. Pada masa yang sama, ulangkaji balik tatabahasa Melayu yang kita pernah belajar dulu. Untuk ejaan pula, awak boleh semak dekat laman web prpm kalau was-was ataupun tak pasti. 😉
Akhir kata, kalau betul awak nak teruskan minat dalam bidang penulisan saya doakan semoga awak dapat jadi penulis yang hebat dan terkenal suatu hari nanti. Yang penting, awak kena berusaha dan banyak timba ilmu daripada mereka yang berpengalaman. Insya-Allah kejayaan akan jadi milik awak. Stay strong! Chaiyokkk! Ganbatte! ✨😁
⏩Terima kasih sebab sudi menggunakan khidmat bantuan saya. Saya minta maaf dari hujung tudung hingga ke hujung stoking andai review saya kali ini mengguris hati sesiapa. Doakan saya untuk menghasilkan review yang lebih baik di masa akan datang. Amin! 😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro