📚06: CAHAYA CINTAKU [1.0]
Calling SakuraInStory ✌️
Assalamualaikum! Anyeong! Hahaha maaf andai review kali ini mengambil masa yang agak lama. Saya tengah dalam proses nak kutip semula mood membaca yang dah lama hilang ni. So, what are we waiting for? Let's go!
Bismillahirrahmanirrahim...
🍃First Impression
Mula-mula, my first thought about this story is... ouh, this is another cliche story. But, anda tak perlu risau wahai author sebab saya bukanlah sejenis orang yang anti-cliche. Selagi olahan ayat tersebut menarik, saya akan tetap teruskan membaca. Untuk cerita ini, saya nak tegur sikit berkaitan sinopsis awak. Bagi saya, sinopsis awak dah okey cuma perlu diperbaiki sedikit. Mungkin awak boleh selitkan mana-mana dialog yang menarik antara hero dan heroin. Kemudian, bolehlah letakkan quotes atau mana-mana ayat puitis yang menggambarkan cerita awak. From that, readers pun akan macam amazed dan tak sabar nak meneroka isi kandung cerita awak. You get me, dear? 😉
Oh ya, lagi satu. Sebelum saya terlupa. Hmm... pendapat peribadi saya berkaitan awak punya quotes cerita.
Kau yang menyinarkan cintaku bagaikan sebiji mentol.
Saya rasa ungkapan ini kurang puitis dan agak tak kena. Rasa macam... pelik. Lawak pun ya juga. Saya rasa lebih baik awak gantikan perkataan mentol itu dengan perkataan lain.
🍃Perkembangan Plot Cerita
Awak punya plot cerita kebanyakannya dapat diagak oleh pembaca. Tambahan pula sebab idea untuk cerita sebegini dah terlampau banyak di dunia Wattpad. Tapi, ada satu part tu yang membuatkan saya terkedu dan tak sangka jugalah. Plot twist awak menjadi! Tak perlu bagitahulah part mana sebab saya rasa awak pun dah notice kan? Dan saya ucapkan tahniah untuk itu! 👏 Good job author! 😄✊
Selain itu, saya nak cakap yang cerita awak agak laju. Sampaikan saya pun macam... eh? Cepatnya Fakhrul ni jatuh cinta. About Si Bella pula, saya tak puas hati. Cepat nau insaf ya. Apabila jadi macam itu, saya tak sempat nak merasai dark vibe yang antagonis awak, Bella ni bawakan. Saya cadangkan awak boleh banyakkan lagi scene mentor mentee antara hero dengan heroin. So, readers pun boleh rasa connection antara diorang. Sementara Fakhrul dengan Amni belum berbaik tu, lagi bagus kalau awak tambahkan scene bergaduh antara mereka. Supaya readers pun lebih faham kenapa Amni tak suka Fakhrul and so on. Okay author? 😊
🍃Kesalahan Tatabahasa/Penggunaan Ayat/Ejaan
Okey, untuk part ini pula jujur saya kata yang saya agak terganggu dengan kesalahan yang awak lakukan. Saya tak dapat nak menghayati jalan cerita awak disebabkan mata saya ni asyik tertangkap dekat macam-macam benda yang kurang menyenangkan. Maklumlah, saya ini pembaca yang agak cerewet juga. Kalau ikutkan hati, saya nak abaikan je tapi saya pula yang sakit hati huhu. 😌 Saya harap awak tak rasa down sebab normal untuk setiap orang melakukan kesalahan. Jangan risau juga, sebab kesalahan awak yang kali ini saya sedia untuk betulkan. 😁
Sebelum saya mulakan, saya nak bagitahu yang saya ini bukanlah seorang yang pakar dalam perkara-perkara ini. Saya akui yang saya pun masih belajar untuk tingkatkan kemahiran dan pemahaman saya. Oleh sebab itu, saya minta jasa dan budi baik pembaca yang lain andai saya tersilap, mohon betulkan saya. Sharekan ilmu yang awak ada. Sama-sama kita berkongsi untuk belajar. Tak salahkan? 😉
**********
Pembetulan:
"Ke... kenapa?" tanya Amni. ✔️
*Penggunaan penanda dialog perlu ditulis dalam huruf kecil.
**********
Pembetulan:
"Jadi inilah sebab... awak nak putus dengan saya?" soal Amni. ✔️
*Tanda seru tak digalakkan untuk letak banyak-banyak walau sekuat mana pun nada suara watak.
*Tanda elipsis (...) perlu 3 titik. Tak boleh kurang atau lebih.
*Penanda dialog (kata) kurang sesuai sebab itu merupakan soalan.
*Titik beratkan penggunaan tanda baca yang sesuai. Hati-hati ya penulis.
**********
Pembetulan:
"Tapi kenapa mesti Daniel? Dah memang tak ada jantan lain ke dekat dunia ni?" ✔️
*Tanda soal (?) dan tanda seru (!) tak boleh bersama.
*Takde ❌ Tak ada ✔️
**********
Pembetulan:
"Sudahlah Amni. Tak guna lagi kau nak terpekik, terlolong macam ni." ✔️
* -lah (rapat)
-la (jarak)
*Jangan biasakan bahasa pasar ya author. Itu akan membuatkan readers tak selesa nak membaca.
**********
Pembetulan:
Baru padan muka dia orang! ✔️
**********
Pembetulan:
Amni memandang wajah sahabatnya dengan riak sedih. ✔️
**********
Pembetulan:
Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. ✔️
**********
Pembetulan:
"Tak lena tidur dibuatnya tau," bebel Ain seperti mak cik-mak cik. ✔️
**********
Pembetulan:
Akhirnya, waktu periksa terlelap. ✔️
*Awak boleh sambungkan terus ayat itu.
**********
Pembetulan:
"What happened to your result?" ✔️
*Kalau awak tak pasti ayat dalam bahasa Inggeris, saya cadangkan awak download app Grammarly. Aplikasi tu sangat membantu. 😉
*********
Pembetulan:
semesta ❌ semester ✔️
*semesta: untuk alam semesta
*semester: menunjukkan tempoh pengajian di universiti
**********
*Jangan tulis macam ni. Benda itu akan menunjukkan yang awak sendiri tak yakin dengan penulisan awak. Next time kalau tak pasti, awak boleh gantikan dengan perkataan lain yang lebih kurang sama. Untuk ayat ni, kelurusan itu dah betul. ✔️
**********
Pembetulan:
* isya ❌ isyak ✔️
**********
Pembetulan:
"She already give her permission." ✔️
**********
Pembetulan:
* redho ❌ reda ✔️
*Untuk semak ejaan yang betul, awak boleh check di laman web prpm okies?
**********
🍃Ain's Words
Secara keseluruhannya, olahan ayat serta penulisan awak berada di tahap sederhana. Awak perlu banyakkan lagi belajar berkaitan tatabahasa dan ejaan yang betul. Paling penting, elakkan penggunaan bahasa pasar dalam karya awak sebab itu juga merupakan salah satu punca kenapa readers lari. Bagi saya, penulisan awak yang santai sesuai untuk dibaca oleh semua orang. Lagi satu, saya nasihatkan awak belajar cara untuk mencipta plot twist lebih banyak lagi. Sebab salah satu cara untuk buat readers tertarik adalah melalui storyline yang tak dijangka. Saya nampak awak ada bakat tu cuma belum mahir lagi. So, keep moving forward yea!
Akhir kata, saya harap semoga awak dapat hasilkan karya yang lebih baik di masa akan datang. Saya doakan awak berjaya menjadi penulis yang hebat dan menyebarkan manfaat suatu hari nanti. Doakan saya di sini juga. 😁✨
⏩Terima kasih sebab sudi menggunakan khidmat bantuan saya. Saya minta maaf dari hujung tudung hingga ke hujung stoking andai review saya kali ini mengguris hati sesiapa. Doakan saya untuk menghasilkan review yang lebih baik di masa akan datang. Amin! 😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro