Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

📚05: SUKA DALAM DIAM [1.0]

Calling IkaSyafiqah1 ✌️

Assalamualaikum! Hey, I'm back! Happy tak tu? Hahahaha akhirnya saya dapat sambung mereview buku awak-awak semua. Yalah, saya dah habis exam. Oyeah! So, tak nak buang masa jom kita tengok review yang seterusnya. 😆

🍃First Impression
Saya merupakan sejenis orang yang akan tengok blurb dulu sebelum baca. Apabila saya baca, saya dapati blurb bagi cerita ni macam kurang kemas dan kurang menarik. Sebab apa saya kata macam tu? First, saya ada nampak typo di situ. Walaupun sedikit, saya tetap nak tegur. Bagi saya, blurb memainkan peranan yang sangatlah besar untuk menarik perhatian pembaca. Ibaratnya, blurb ini seperti cermin yang akan memantulkan kemahiran seorang penulis. Takkanlah nak pamerkan kelemahan kita, betul tak? Second, saya rasa susunan ayat macam tak kena dan agak berbelit. Saya harap author boleh tukar dan edit semula blurb ni. 😁

🍃Perkembangan Plot Cerita
Permulaan cerita dia not bad. Saya membaca dengan lancar walaupun agak terganggu sedikit dengan penerangan author hehe. Tapi, bila saya baca bab kedua dan seterusnya, saya tergamam sekejap. Nak tahu sebab apa? Sebab saya rasa bab kedua dan ke atas penulisan author bertambah baik! Yeay, syabas untuk itu, author! Saya yang membaca pun gembira dengan perubahan ini. Overall, bagi saya perkembangan cerita sedang elok dan saya dapat hayati dengan baik. Cuma sedikit penambahbaikan, saya cadangkan mungkin author boleh teraturkan lagi susunan penceritaan supaya lebih kemas.

🍃Kesalahan Tatabahasa/Penggunaan Ayat/Ejaan
Sepanjang pembacaan saya sebanyak 10 bab, ada banyak juga kesalahan penulis yang saya rasa masih boleh diperbaiki. Oleh sebab niat saya di sini untuk menegur, maka saya akan cuba beritahu apa yang kurang.

Sebelum saya mulakan, saya nak bagitahu yang saya ini bukanlah seorang yang pakar dalam perkara-perkara ini. Saya akui yang saya pun masih belajar untuk tingkatkan kemahiran dan pemahaman saya. Oleh sebab itu, saya minta jasa dan budi baik pembaca yang lain andai saya tersilap, mohon betulkan saya. Sharekan ilmu yang awak ada. Sama-sama kita berkongsi untuk belajar. Tak salahkan? 😉

Pembetulan:

1- Ketiga-tiga mereka ✔️

2- Berbanding dengan Zafirah atau aku memanggilnya Fira kerana kami berdua kenal sejak tadika dan dia paling rapat dengan aku sehingga kini. ✔️
(yang ini saya rasa awak tertinggal kata hubung)

3- memiliki perwatakan ✔️

*Di sini saya sertakan rujukan daripada laman web prpm:

******

4- Waktu pelajaran sekarang ialah Mathematics! ✔️

*ialah (sebelum kata nama dan kata kerja)
*adalah (sebelum kata sendi dan menunjukkan keterangan)

******

5- Selesai membeli, aku bergerak ke arah Fira yang sedang menunggu aku di seberang jalan, tidak jauh dari tempat aku membeli kuih. ✔️

6- Kami berdiri di tepi jalan kecil sambil berbual. ✔️

*di (kata kerja): rapat
*di (selain kata kerja): jarak

7- Sedang aku dan Fira bercerita tentang sesuatu, tiba-tiba... ✔️

*bagi saya, penggunaan itu ini nampak agak tak kemas 😅

******

8- Kerana tumpuanku kini ingin berseronok bersama kawan-kawan. ✔️

******

9- "Cakap biar terang, hawau! Manalah kita orang tahu." ✔️

******

10- "Gerai, kau tunggu aku datang!" gumamku perlahan. ✔️

******

11- Sesudah bersiap, aku keluar dari bilik lalu keluar rumah. ✔️

******

🍃Ain's Words
Pada pendapat saya, penulis mempunyai bakat dan boleh melangkah lebih jauh. Saya percaya yang semua kesilapan dan kecacatan dalam karya ini boleh dibetulkan dengan tambah baik cara penulisan. Mungkin banyak benda yang perlu diedit, jangan jadikan itu sebab untuk awak berhenti dalam penulisan. Menjadi tanggungjawab kita sebagai penulis untuk sentiasa belajar dan dan diajar. Hakikatnya, menjadi seorang penulis adalah satu kelebihan dan nikmat yang memberi awak lebih peluang untuk mengajar dan mendidik pembaca lain dengan ilmu yang awak ada. Jadi, jangan mudah putus asa. Chaiyokk! 💪🏻🌟

Saya doakan semoga awak dapat menjadi penulis yang bagus dan terkenal suatu hari nanti! Doakan saya di sini juga. Amin!

Whenever you find yourself doubting how far you can go, just remember how far you have come. Remember everything you have faced, all the battles you have won, and all the fears you have overcome.
-No name-

⏩Terima kasih sebab sudi menggunakan khidmat bantuan saya. Saya minta maaf dari hujung tudung hingga ke hujung stoking andai review saya kali ini mengguris hati sesiapa. Doakan saya untuk menghasilkan review yang lebih baik di masa akan datang. Amin! 😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro