💥04: HELLO, ABANG BODYGUARD! [1.0]
Calling Angel_k20 ✌️
Pertama sekali, saya di sini nak minta maaf kalau ambil masa yang lama untuk update review kali ni. Hampir seminggu kot saya tak update? Hehe saya pun tak ingat. Maafkan saya. 😬
Okey, let's go! Bismillahirrahmanirrahim!
🍃First Impression
Okay, apabila saya dapat buku ni jujurnya saya tak berapa minat nak baca. Maafkan saya tapi itulah hakikatnya huhu. Saya bukanlah peminat karya aksi sebab saya pernah terbaca satu cerita genre aksi yang penceritaannya sangatlah berbelit sampaikan saya tak mampu nak faham situasi itu bagaimana. Sebab itu jugalah kalau perasan, karya yang saya tulis langsung takde kena mengena dengan unsur aksi. Saya trauma! Haha macam itulah lebih kurang. Berbalik kepada karya ini, saya boleh katakan terima kasih kepada penulis. Tahniah! Awak berjaya membuka mata hati saya untuk menerima genre action ni. 😆
🍃Perkembangan Plot Cerita
Sewaktu saya baca 8 bab yang pertama, belum timbul lagi rasa suka. Saya pun tak terasa nak teruskan pembacaan. Maafkan saya andai saya terlebih jujur.😬 Pada pendapat saya, faktor utamanya mungkin mindset saya sendiri hehe. Yelah, saya tak minat genre aksi! Lagi satu bagi saya, pada peringkat awal bab, jalan cerita kurang berkembang dan agak lambat. Tapi segalanya berubah apabila masuk pada bab 9. Nak tahu sebab apa? Sebab saya dah mula nampak kekuatan sang penulis! Yeah! 😄 Dear penulis, awak nak tahu tak yang awak sangatlah bijak dan mahir dalam mencipta tanda tanya? Bermula pembacaan di bab 9, saya teruskan membaca dan minda saya tak henti-henti meneka. 😂 Tapi takde satu pun yang betul huk huk. Jujur saya kata, saya suka teknik awak dalam menimbulkan rasa saspens dan ingin tahu pembaca. Good job! Syabas! 👍
🍃Kesalahan Tatabahasa/Penggunaan Ayat/Ejaan
Sebenarnya, apabila saya baca 10 bab pertama, tak banyak kesalahan ketara yang saya nampak. Saya ucapkan syabas untuk itu! 👏👏 But still, nobody's perfect. Saya tetap akan cuba betulkan beberapa kesalahan yang saya nampak.
Sebelum saya mulakan, saya nak bagitahu yang saya ini bukanlah seorang yang pakar dalam perkara-perkara ini. Saya akui yang saya pun masih belajar untuk tingkatkan kemahiran dan pemahaman saya. Oleh sebab itu, saya minta jasa dan budi baik pembaca yang lain andai saya tersilap, mohon betulkan saya. Sharekan ilmu yang awak ada. Sama-sama kita berkongsi untuk belajar. Tak salahkan? 😉
****
"Ingat, nilai projek ni RM 500 juta dan mungkin lebih lagi dari tu." ❌
"Ingat, nilai projek ni RM 500 juta dan mungkin lebih lagi daripada tu." ✔️
dari: Masa Arah Tempat (MAT)
daripada: perbandingan/sumber/abstrak/manusia
****
Ralit benar dia menyaksikan rintik hujan yang semakin melebat menjirus Bumi. ❌
Ralit benar dia menyaksikan rintik hujan yang semakin melebat menjirus bumi. ✔️
Bumi (dieja dengan huruf besar) apabila merujuk kepada planet.
bumi (dieja dengan huruf kecil) apabila merujuk kepada tanah/permukaan bumi.
Di sini saya lampirkan rujukan daripada laman web prpm.
****
"Nasi lemak Nenek paling terbaik di dunia!" ❌
"Nasi lemak nenek paling terbaik di dunia!" ✔️
Ingat!
nenek (kata nama am)
Nenek Mah (kata nama khas)
Saya harap awak akan lebih peka dengan kesalahan tersebut sebab saya perasan yang kesalahan ini kerap berulang. 😅
****
"Sejak kecik sampai besar ada-ada je kau tak puas hati kat aku." ❌
"Sejak kecil sampai besar ada-ada je kau tak puas hati kat aku." ✔️
****
"Apa kau dapat aku jugak mesti dapat." ❌
"Apa kau dapat aku juga mesti dapat."✔️
****
"Suka hati kau oranglah nak jadi apa pun. Ren dan Grace pun tak mampu leraikan. Mama dah surrender," desis hatinya. ❌
Okey, sebelum saya berikan petikan yang betul saya ada sedikit perbincangan di sini.
Penggunaan pengikat kata ("...") untuk percakapan/dialog. Ayat di atas bukannya dialog tetapi hanya monolog dalaman oleh watak.
'Suka hati kau oranglah nak jadi apa pun. Ren dan Grace pun tak mampu leraikan. Mama dah surrender,' desis hatinya. ✔️
****
"O..okey..okey..." ❌
Nampak tak kesalahan di situ? 😁
Tanda elipsis (...) wajib ada tiga titik.
Tak boleh kurang, tak boleh lebih.
"O...okey...okey..." ✔️
?) Bilakah tanda elipsis digunakan?
-dialog yang tidak lancar/gagap
-nada yang meleret dalam suatu dialog
****
"Sabar itu sebahagian dari iman." sambung Rayyan. ❌
Fokus saya adalah pada penanda dialog.
Jika selepas dialog terdapat penanda dialog (sambung,jelas,kata,dsb) maka ayat tersebut perlu diakhiri dengan tanda koma (,)
"Sabar itu sebahagian daripada iman," sambung Rayyan. ✔️
Di sini saya lampirkan contoh-contoh penanda dialog.
****
"Sorang anak Khalid, sorang ada Khalid dalam dirinya." ❌
"Seorang anak Khalid, seorang ada Khalid dalam dirinya." ✔️
****
"Ketepi!" ❌
"Ke tepi!"✔️
ke (jarak): kata nama
ke (rapat): kata kerja
****
Cadangan saya, jika awak hendak menamatkan imbas kembali watak, mungkin awak boleh katakan sebegini:
Bunyi ketukan di pintu mematikan lamunannya sebentar tadi. Selepas dua minit menunggu, kini Syafiq muncul setelah dipanggil melalui interkom dengan muka serabainya. Eve terkejut beruk melihat penampilan Syafiq malam itu.
Buatlah apa saja keadaan yang boleh menamatkan imbas kembali tu. Kebiasaannya, penulis akan buat bunyi pen terjatuh ke, bunyi telefon berdering ke... hah macam tulah. Hehe maaf kalau cadangan saya tak memuaskan. 🙏
Bukannya cara awak tak boleh, cuma bagi saya itu menunjukkan sedikit lompong dan kecacatan dalam penulisan awak.
****
Mungkin, 2 jam lagi? ❌
Mungkin, dua jam lagi? ✔️
Nombor 1 hingga 9 wajib dalam perkataan.
Nombor 10 dan ke atas baru boleh dalam angka.
****
Redha ❌
Reda✔️
Di sini saya lampirkan sumber daripada laman web prpm.
****
🍃Ain's Words
What else can I say? Saya...tak tahu nak kata apa dah. Seriously, saya dah jatuh cinta dengan gaya penulisan dan penceritaan awak. Sepanjang pembacaan saya, banyak manfaat dan ilmu baru yang saya dapat. Saya suka cara awak buat research terlebih dahulu sebelum mula menulis sesuatu scene. From that, saya sebagai pembaca pun dapat tahu bagaimana situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan harian. Bukannya tahu gitu-gitu je. Jarang ada penulis yang berani mengambil risiko untuk menulis perkara sebenar. Saya tahu, banyak halangannya untuk peroleh semua maklumat tu betul tak? Oleh sebab itu, saya ucapkan tahniah dan terima kasih untuk segalanya! 😍👍
Masih terdapat beberapa kesalahan yang saya nampak dari segi tatabahasa khususnya dalam cerita ni. Saya harap awak tak kisah untuk baca dan edit semula. Saya tahu, awak pun baru lepas mengedit kan? I hope you don't mind to do it again haha. 😆 Biasalah, kita sebagai penulis memang tak boleh lari daripada proses mengedit.
Lagi satu, apa yang membuatkan saya suka dengan karya awak adalah kerana awak pandai memancing emosi pembaca. Aksi mendebarkan, rasa takut, cemas dan gelisah semua pembaca dapat rasa. Sweet-sweet tu tak payah ceritalah... habis retak cermin skrin dibuatnya! Bukan sebab bersemut ke apa, tapi sebab teruja sangat sampai terbaling phone kat dinding. Ahahahaha, okey itu melampau. 😂🤦♀️
Cuma, yang buat saya terkilan... saya terpaksa tunggu untuk sambungan buku kedua pula! Hshshshsh tolong saya, kesabaran saya dah semakin menipis. Rasa nak tahu sangat apa sebenarnya yang jadi dekat semua watak dalam tu. Oh ya, saya nak say thanks sebab awak berjaya wujudkan watak Rayyan Razien yang menyinari hati saya. Ehem nampaknya hero saya pun tak boleh lawan ni. Cara awak gambarkan Si Rayyan ni pun dah buat saya percaya yang dia ni hensem gila!Ahahahaha tak boleh jadi ni. 🤣 Marah hero-hero saya nanti.
Mungkin apa yang saya tanya ni akan dianggap keterlaluan dan melampau oleh orang lain cuma saya terfikir, awak tak nak karya awak ni dibukukan ke cik penulis? Sebab bagi saya, karya awak ni sangat berpotensi besar. Dengan jalan cerita yang tak diduga, cara awak merungkaikan satu persatu misteri yang ada pun sangatlah menarik dan bijak! 👍 Jujur eh saya kata, waktu saya baca tu saya sampaikan kata dalam hati, cerita ni kalau adaptasi mesti best! Hohoho nampak tak jauhnya saya berfikir?😁
Akhir kata, saya harap awak dapat menjadi penulis yang hebat dan berjaya suatu hari nanti. Jangan risau, saya di sini sentiasa menyokong awak. Teruskan usaha untuk sentiasa membaiki mutu penulisan awak. Tingkatkan kemahiran dalam tatabahasa dan ejaan khususnya. Itu adalah antara kelemahan awak yang saya dapat kesan. Jangan terlalu selesa dengan kedudukan sekarang dan teruskan melangkah okey?
This is just the beginning for a better tomorrow. Ka-ching! 🤩
Doakan saya supaya menjadi penulis yang hebat juga suatu hari nanti.
⏩Terima kasih sebab sudi menggunakan khidmat bantuan saya. Saya minta maaf dari hujung tudung hingga ke hujung stoking andai review saya kali ini mengguris hati sesiapa. Doakan saya untuk menghasilkan review yang lebih baik di masa akan datang. Amin! 😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro