Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👻03: TORTURE [1.0]

Calling seonminaa ✌🏻

Assalamualaikum semua! Wohooo, macam biasa kita jumpa lagi. Haha, ada yang miss me ke? Okeylah kalau takde takpe. Saya faham. #reda

Untuk kali ni, saya akan review sebuah fan-fiction berunsurkan tema seram. Hah, mesti tak sabarkan? So, let's start it!

Bismillahirrahmanirrahim!

🍃First Impression
Mula-mula, saya takut nak baca. 😆 Hahaha maklumlah saya ni penakut juga. Lagi-lagi sekarang ni memang kena duduk kat rumah sorang-sorang. Memang tak beranilah. Tambahan pula, saya bukanlah peminat fan-fiction sebelum ni. Jadi, saya boleh cakap yang saya baca cerita ni dengan separuh hati pada mulanya. Apabila saya start baca, serius cakap saya tak boleh berhenti. 😂 Saya tak sangka ada juga fan-fiction yang best! Pergh, hebat betul penangan penulis ni. 

🍃Perkembangan Plot Cerita
Apabila saya baca bahagian prolog,  saya mula buat andaian sendiri. Adakah endingnya seperti yang saya jangka? Malangnya, jangkaan saya salah! Ending cerita dia langsung saya tak terfikir. Memang time tu ada la juga rasa nak campak phone kat dinding. Hehe, sorry awak. By the way, saya sangat suka cara awak menceritakan setiap peristiwa dan suasana. Dengan menggunakan ayat simple pun boleh buat readers faham apa yang berlaku waktu tu. Sampaikan saya sendiri pun rasa meremang je bulu roma. Nasib baik tak teringat-ingat. Syabas! 😻 Lagi satu, saya suka dengan otak awak. Dear writer, you had such a brilliant brain! Awak ada buat pinjaman otak Albert Einstein ke? Hehehe. Saya suka gila bila awak letak puisi-puisi seram macam itu. Secara tak langsung, menunjukkan keindahan bahasa Melayu. Keep it up!

🍃Kesalahan Tatabahasa/Penggunaan Ayat/ Ejaan
Cerita awak ni saya enjoy sangat sampaikan saya sendiri terlupa nak mencari salahnya. Hehe. 😁 Jangan risau, ada juga kesalahan yang saya sempat tangkap. Itupun sebab berlaku banyak kali dan berulang.

Sebelum saya mulakan, saya nak bagitahu yang saya ini bukanlah seorang yang pakar dalam perkara-perkara ini. Saya akui yang saya pun masih belajar untuk tingkatkan kemahiran dan pemahaman saya. Oleh sebab itu, saya minta jasa dan budi baik pembaca yang lain andai saya tersilap, mohon betulkan saya. Sharekan ilmu yang awak ada. Sama-sama kita berkongsi untuk belajar. Tak salahkan? 😉

****

"Monyet in your area."❌
"Monyet in your area." ✔️

Perkataan dalam bahasa Inggeris, loghat atau slang perlu di'italic'kan.

****

"Weh, korang dah sampai ke?" ❌
"Weh, kau orang dah sampai ke?"✔️

****

"Bila kau tengok homestay tu, kau akan berterima kasih kat aku tak terhingga." ❌
"Apabila kau tengok homestay tu, kau akan berterima kasih kat aku tak terhingga."✔️

Bila: Kata tanya
Maka, penggunaan apabila adalah lebih tepat.

***

"Haah, tapi aku bawa 2 orang adik lelaki aku boleh tak?" ❌
"Haah, tapi aku bawa dua orang adik lelaki aku boleh tak?"✔️

Untuk bilangan 1 hingga 9  wajib ditulis dalam perkataan.
Selebihnya, baru boleh dalam nombor.

****

"Tapi janji adik-adik kau tu sporting lah, hyung."❌
"Tapi janji adik-adik kau tu sportinglah, hyung."✔️

-lah: rapat
-la: jarak

****

"Adik aku yang sorang ni sporting."❌
"Adik aku yang seorang ni sporting."✔️

****

"Aku tak kesahlah adik kau tu pelik ke tak." ❌
"Aku tak kisahlah adik kau tu pelik ke tak." ✔️

****

"Jimin, kau pernah rasa tendangan maut tak?" Kata Yoongi. ❌
"Jimin, kau pernah rasa tendangan maut tak?" kata Yoongi. ✔️

Penanda dialog mesti huruf kecil. Di sini saya lampirkan contoh-contoh penanda dialog.

****

Jimin hanya tersengeh tak bersalah.❌
Jimin hanya tersengih tak bersalah.✔️

****

Sekali lagi senyuman manis terukir dibibirnya. ❌
Sekali lagi senyuman manis terukir di bibirnya. ✔️

di (kata kerja): rapat
di (selain kata kerja): jarak

****

Buat pertama kalinya, kepala Taehyung didongak. ❌
Buat pertama kalinya, kepala Taehyung mendongak. ✔️

didongak: ada orang yang dongakkan kepala Taehyung
mendongak: perbuatan Taehyung secara sendiri

⬆️ Harap awak faham 😅

****

Gelak tawa jejaka-jejaka itu telah memenuhi ruangan di setiap pelusuk rumah. ❌
Gelak tawa jejaka-jejaka itu telah memenuhi ruangan di setiap pelosok rumah. ✔️

****

Kehulur-hilir tak tentu arah. ❌
Ke hulu hilir  tak tentu arah.✔️

Hulu hilir yang sebenar tanpa sempang.

***

Tak akan ada tempat sunyi di dalam ruang itu jika suara mereka yang terlampau kuat.❌
Tak akan ada tempat sunyi di dalam ruang itu kerana suara mereka yang terlampau kuat.✔️

Penggunaan kerana lebih tepat kerana menunjukkan sebab.

****

🍃Ain's Words
Pada pendapat saya, awak memang seorang penulis yang berimaginasi tinggi. Saya sangat sukakan storyline awak. Serius, saya pun tak jangka ending dia akan jadi macam tu. Tulisan awak ni buatkan saya punya sangka buruk terhadap karya fan-fiction mula hilang sedikit demi sedikit. Ya, saya akui yang saya tak pernah minat fan-fiction. Mungkin sebab pengalaman saya yang asyik terjumpa fan-fiction mengarut je kot. Entahlah. 😂

Cuma, saya dapati penulisan awak masih berada di tahap yang sederhana. Saya nasihatkan awak tambahkan lagi penggunaan kata yang berbeza dan pelbagai supaya readers tak bosan. Selain itu, tambah lagi ilmu awak dalam tatabahasa. Sayang kalau kesilapan-kesilapan tersebut mengganggu penceritaan awak. Lagi-lagi untuk mata readers yang memang sukakan kesempurnaan macam saya. Memang laju jelah mata ni nampak semua benda.

Walaubagaimanapun, saya nampak kekuatan awak dalam mencipta idea dan membina plot cerita. Saya berikan tepukan gemuruh untuk itu! 👏👏 Tak semua penulis boleh jana idea di luar pemikiran para readers huhu. Saya pun tak mampu... huk huk. Boleh dikatakan yang cerita awak tak cliche! Saya suka! Yelah, jarang nak jumpa cerita yang tak cliche dekat Wattpad ni. Maklumlah, semua dalam lingkungan pemikiran yang sama. 🙂

Oh ya, lagi satu saya nak pesan. Selepas ni, awak perlu lebih peka dan berhati-hati dengan ejaan. Itu pun salah satu kelemahan awak yang saya jumpa. Kalau awak tak pasti dengan sesuatu ejaan, rajinkan diri untuk layari laman web prpm untuk semakan ejaan terkini. Dekat situ, semua ada. Walaupun karya ini sekadar fan-fiction, jangan ambil mudah ya! Keindahan bahasa Melayu pun turut perlu dipelihara. Bak kata peribahasa, bahasa jiwa bangsa! Hah, gitu.

Akhir kata, saya di sini mendoakan semoga awak berjaya menjadi seorang penulis yang lebih hebat di masa depan. Takpe, jangan putus asa. Kita semua belajar daripada kesilapan. Paling penting sekarang ni, berpegang teguhlah dengan kelebihan diri pada masa yang sama perbaikilah kelemahan yang ada.

Nak jadi sempurna memang mustahil, tapi tak salah untuk kita memasang impian. 😆

Jangan lupa doakan saya juga di sini!

⏩Terima kasih sebab sudi menggunakan khidmat bantuan saya. Saya minta maaf dari hujung tudung hingga ke hujung stoking andai review saya kali ini mengguris hati sesiapa. Doakan saya untuk menghasilkan review yang lebih baik di masa akan datang. Amin! 😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro