Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💝 02: BERIKAN AKU WAKTU [1.0]

Calling Syaf_Asriqa ✌🏻

Assalamualaikum! Okey, kita kembali lagi untuk sesi review saya kali ini. Haha tak sabar rasanya untuk review buku ni. Nak tahu tak sebab apa? Hah, meh kita tengok! 

Bismillahirrahmanirrahim!

🍃First Impression
Mula-mula bila saya tengok tajuk, saya tak berapa minat untuk baca. Bagi saya yang masih berfikiran gaya budak-budak rasa macam tak best je cerita ni. Mungkin sebab tajuknya yang seperti old fashioned dan tak catchy. Tapi, masuk je bahagian prolog semua tanggapan saya tu salah! Cerita ni ya Allah, masya-Allah, subhanallah! Best gila nak mati! Saya dah jatuh cinta dengan penceritaannya, penulisannya, wataknya, semuanyalah! Seriously sis, you did a very good job! 😍

🍃Perkembangan Plot Cerita
Plot cerita awak best! Still cliche tapi jangan risau, gaya penulisan awak buatkan readers lupa tentang ke'cliche'an tu. Saya suka cara awak mengembangkan plot cerita. Tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat. Sedang elok je. Awak berjaya buatkan readers ternanti-nanti apa yang akan jadi untuk bab seterusnya. Saya yang baca pun berdebar-debar. Paling penting, awak berjaya hasilkan ending yang sangatlah menarik! Sungguh menyentuh hati. Overall, best! 👍🏻👏🏻

🍃Kesalahan Tatabahasa/Penggunaan Ayat/Ejaan
Walaupun gaya penulisan awak sangat baik, namun saya masih dapat mengesan beberapa kesalahan yang mungkin awak terlepas pandang. Saya harap semoga awak takkan ulang kesilapan yang sama sebab sayang kalau pembacaan readers terganggu dengan kesalahan-kesalahan tersebut. 

Sebelum saya mulakan, saya nak bagitahu yang saya ini bukanlah seorang yang pakar dalam perkara-perkara ini. Saya akui yang saya pun masih belajar untuk tingkatkan kemahiran dan pemahaman saya. Oleh sebab itu, saya minta jasa dan budi baik pembaca yang lain andai saya tersilap, mohon betulkan saya. Sharekan ilmu yang awak ada. Sama-sama kita berkongsi untuk belajar. Tak salahkan? 😉

****

Dia mencebik geram apabila moodnya diganggu oleh gadis itu.❌
Dia mencebik geram apabila moodnya diganggu oleh gadis itu.✅

Perkataan mood adalah daripada bahasa Inggeris. Jadi, perlu di'italic'kan. Kalau awak tak nak, perkataan mood boleh juga ditukar kepada bahasa Melayu iaitu angin. 

****

"Kau redhakan sajalah duit yang  ada dalam beg kau itu," tegas Athar.❌
"Kau redakan sajalah duit yang ada dalam beg kau itu," tegas Athar. ✅

Ejaan yang betul ialah reda. Di sini saya lampirkan rujukan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

****

Sungguh,Haura mula sebak mengenangkan nasib yang sedang membelenggu hidupnya. ❌
Sungguh, Haura mula sebak mengenangkan nasib yang sedang membelenggu hidupnya. ✅

Selepas tanda koma (,) / noktah (.) perlu jarak.

****

"Kau tunggu apa lagi?!" ❌
"Kau tunggu apa lagi?" ✅
"Kau tunggu apa lagi!" ✅

Tanda seru (!) dan tanda soal (?) tak boleh diletakkan bersebelahan. Awak boleh pilih hendak menggunakan yang mana satu. Hanya salah satu dibenarkan. 

Walaupun terdapat sebahagian penulis yang membenarkan penggunaan tersebut dengan adanya limit, tapi saya tak galakkan. Cuba bayangkan andai karya awak diberi peluang untuk dibukukan, maka tak perlulah awak nak bersusah payah betulkan balik. 

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. 😉

****

"Saya merayu tolonglah kejar peragut tu!!" ❌
"Saya merayu tolonglah kejar peragut tu!" ✅

Tak kisahlah setinggi dan sekuat mana pun bunyi jeritan tersebut, hanya satu tanda seru sahaja dibenarkan. Saya akui, ramai yang belum arif tentang perkara ini. Bagi saya, banyaknya bilangan tanda seru langsung tak mempengaruhi penghayatan saya terhadap situasi tersebut. 

Orang dalam kecemasan, kalau jerit mestilah jerit sekuat hati, betul tak? Takkan jerit-jerit ayam kot? Hahaha. 😆

Lagi satu, kadang-kadang bagi spesis yang teliti dan perfectionist, benda sekecil macam ni pun boleh mengganggu pembacaan mereka. Takkanlah kita nak rugi readers hanya sebab kesalahan kecil kan? 

****

Jeritan yang kuat dari si gadis terus menyedarkan Athar dari khayalannya. ❌
Jeritan yang kuat daripada si gadis terus menyedarkan Athar daripada khayalannya. ✅

Penggunaan dari hanya untuk MAT; Masa Arah Tempat.
Penggunaan daripada pula digunakan untuk sumber, abstrak dan manusia/orang.

****

🍃Ain's Words
Sepanjang pembacaan saya, jujur dikatakan yang saya sangat berpuas hati! Saya harap awak bolehlah baca semula tulisan awak sebab saya jumpa juga sikit-sikit typo tu hehe. By the way, saya rasa kagum macam mana awak boleh hasilkan penulisan yang hebat macam ni. Walaupun ayat awak boleh dikategorikan sebagai baku, saya sedikit pun tak rasa cringe. Saya dapat menghayati setiap bait yang tertulis. Secara tak langsung, saya belajar perkataan-perkataan baharu daripada penulisan awak. Inilah contoh karya yang bermanfaat! Keep it up! 👍🏻😊

Bila tengok bilangan readers awak, saya rasa pelik. Kenapa tak ramai orang sedar tentang karya yang hebat macam ni? Hehe jadi saya nasihatkan awak untuk banyakkan promote karya awak. Sebagai contoh, awak boleh join mana-mana book yang menawarkan khidmat promote/review. Dengan platform macam ni pun boleh buat buku awak lebih dikenali ramai! 

Lagi satu, saya suka dengan mesej yang awak cuba sampaikan dalam karya ni. Saya belajar untuk jadi kuat macam Haura. Saya belajar untuk jadi berani macam Athar. Saya sayang kedua-dua watak tu! Terima kasih sebab telah berjaya mencipta watak yang banyak memberikan inspirasi. Terima kasih! 

Akhir kata, mungkin apa yang saya katakan ni bagi orang lain agak keterlaluan, tapi saya cuba untuk berkata jujur mengikut kata hati saya. Pada pendapat saya, karya awak ni boleh pergi jauh. Sayang kalau orang tak nampak bakat yang awak ada. Bukannya nak terlalu memuji atau menyanjung, cuma itu hakikat dan kebenaran yang saya nampak. Buktinya? 

Gaya penulisan awak.

It's so incredible! Saya memang berikan pujian kepada awak untuk itu. Jarang nak jumpa penulis yang berusaha untuk memelihara bahasa Melayu pada masa yang sama cuba untuk menyampaikan sesuatu dalam karyanya. Saya sebagai penulis pun tak mampu lakukan perkara tersebut. Awak memang hebat! 

Saya doakan awak berjaya menjadi penulis yang lebih hebat dan berjaya suatu masa nanti. Anggaplah pujian saya ini sebagai permulaan, bukannya penamat perjuangan awak dalam bidang penulisan. Pesan saya, jangan fikir awak berada di zon selesa. Teruskanlah menulis dan mengasah kemahiran dalam bidang penulisan. Apapun, chaiyok! Saya sentiasa sokong awak! 😎

Doakan saya di sini supaya dapat menjadi penulis yang terbaik juga nanti. Amin!  🤗

⏩Terima kasih sebab sudi menggunakan khidmat bantuan saya. Saya minta maaf dari hujung tudung hingga ke hujung stoking andai review saya kali ini mengguris hati sesiapa. Doakan saya untuk menghasilkan review yang lebih baik di masa akan datang. Amin! 😊












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro