Calling jijahorkid ✌🏻
Assalamualaikum semua! Nampaknya, kita berjumpa lagi selepas agak lama saya menyepi hehe. Menyepi saya bukan saja-saja, tapi sebab sungguh-sungguh menghabiskan bab untuk cerita Kak Jijah kita ni. 😆
Okey, tanpa membuang masa jom kita mulakan!
🍃First Impression
Jujur, waktu pertama kali saya baca sinopsis, saya dah boleh agak jalan ceritanya. Cliche. Tapi, apabila saya teruskan pembacaan, serius cakap yang awak telah berjaya membuatkan tanggapan saya salah. Awak sendiri dah zahirkan jalan cerita yang fresh dari ladang berdasarkan jalan cerita yang cliche tu. Thumbs up! 👍🏻 Saya suka idea awak!
🍃Perkembangan Plot Cerita
Jalan cerita awak sedang elok. Bahasa orang putihnya, smooth. Jalan cerita tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat. Saya sebagai reader faham apa yang awak cuba nak sampaikan. Cuma, saya nasihatkan untuk peralihan scene awak letakkan penghadang supaya readers takkan keliru scene yang mana satu. Kebiasaannya, dekat Wattpad ni para penulis akan gunakan simbol ****** ataupun —————— untuk menunjukkan suatu scene tu dah tamat atau bermulanya scene yang baharu.
Contoh:
Nampak tak? Dengan buat pembahagian macam tu, penulisan cerita awak akan nampak lebih kemas dan plot cerita awak pun akan lebih tersusun. Paling penting, dapat menyedapkan mata readers yang membaca. Maklumlah, dalam dunia penulisan ni perkara paling penting ialah memikat readers. Betul tak?
🍃Kesalahan Tatabahasa / Penggunaan Ayat / Ejaan
Sebelum saya mulakan, saya nak bagitahu yang saya ini bukanlah seorang yang pakar dalam perkara-perkara ini. Saya akui yang saya pun masih belajar untuk tingkatkan kemahiran dan pemahaman saya. Oleh sebab itu, saya minta jasa dan budi baik pembaca yang lain andai saya tersilap, mohon betulkan saya. Sharekan ilmu yang awak ada. Sama-sama kita berkongsi untuk belajar. Tak salahkan? 😉
****
Bila Adib bertanya pasal mamanya, dia hanya menjawab mama Adib sibuk dengan kerja. ❌
Apabila Adib bertanya pasal mamanya, dia hanya menjawab mama Adib sibuk dengan kerja.✅
Bila: Ayat tanya (digunakan untuk soalan)
"Bila awak balik?" soal Alia. ✅
"Perangai dia berubah sejak bila?" ✅
Dalam konteks ayat awak, penggunaan bila adalah kurang tepat. Gunakan apabila.
****
3 tahun dia di sini dan hari ini dia masih diberi peluang untuk menikmati kehidupannya yang masih tersisa di dunia ini. ❌
Tiga tahun ✅
Untuk nombor/ bilangan daripada 1-9 wajib ditulis dalam perkataan. Selebihnya, boleh ditulis dengan nombor.
****
"Korang ni kenapa!" jeritnya sehingga suaranya bergema. ❌
"Kau orang ni kenapa!" jeritnya sehingga suaranya bergema. ✅
****
"Weh dah. Blah, blah," arah salah seorang daripada mereka. ❌
"Weh dah. Blah, blah, arah salah seorang daripada mereka. ✅
Saya cadangkan awak condongkan perkataan seperti loghat, slang etc.
****
"Rehat lah dulu." ❌
"Rehatlah dulu." ✅
Jika -lah, mesti rapat.
Kalau awak nak guna -la baru jarak.
****
"Mesti nak cakap pasal perempuan pungut tu," getus hatinya. ❌
Penggunaan pengikat kata ("...") untuk percakapan/dialog. Ayat di atas bukannya dialog tetapi hanya monolog dalaman oleh watak.
'Mesti nak cakap pasal perempuan pungut tu,' getus hatinya. ✅
****
"Rayyan tu luaran je nampak garang tapi In Shaa Allah dalamnya dia baik." ❌
"Rayyan tu luaran je nampak garang tapi insya-Allah dalamnya dia baik." ✅
****
🍃Ain's Words
Bagi saya, buku ini masih terdapat banyak lompongnya dari segi penulisan dan tatabahasa. Nasihat saya, awak boleh tambahkan vocabulary supaya dapat membina ayat yang pelbagai dan tak menggunakan perkataan yang sama. Mungkin awak boleh baca karya penulis lain yang hasil penulisannya lebih baik.🤗
Jangan risau sebab idea cerita awak cukup kuat. Saya suka cara awak menerangkan situasi bagi setiap scene. Ayat awak buatkan readers faham dengan baik. Karya awak masih boleh diperbaiki untuk menjadi lebih baik. Saya rasa ada baiknya awak baca semula dan start proses mengedit sebab typo pun ada juga hehe. 😄
Akhir kata, teruskan usaha awak dalam menghasilkan bahan bacaan yang bermutu dan bermanfaat untuk pembaca. Hehe. Oh ya! Saya terlupa satu perkara. Sebab lain yang menjadi tarikan dalam cerita awak ialah awak tak kekok untuk masukkan unsur-unsur islamik dalam karya awak. Awak masukkan dan gaulkan dengan sebati lalu secara tak langsung menambah ilmu para pembaca. Readers pun takdelah rasa macam 'tiber' sangat. Saya suka! Haa...tepokk! 👏🏻👏🏻👏🏻
Saya doakan awak berjaya jadi seorang penulis yang hebat suatu masa nanti. Semoga awak berjaya dalam setiap perkara yang awak ceburi. Doakan kejayaan saya di sini juga! 😁✌🏻
⏩Terima kasih sebab sudi menggunakan khidmat bantuan saya. Saya minta maaf dari hujung tudung hingga ke hujung stoking andai review saya kali ini mengguris hati sesiapa. Doakan saya untuk menghasilkan review yang lebih baik di masa akan datang. Amin! 😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro