Bonus
"Phoebe!!" Nyssa menjerit. Dia memarahi Phoebe kerana menganggunya ketika dia sedang menghirup kopi yang manis.
Phoebe ketawa. "Maaflah Nyssa. Aku tercall kau waktu kau tengah minum kopi pula. Eh, nanti jangan lupa ke markas. Okey, bye!" Ujarnya. Pancaran hologram terpadam.
Niysa merengus geram. "Apa nak jadilah kawan aku ni."
Dia berdiri lalu menuju ke kaunter kafe bagi membuat bayaran. Kemudian, dia berlari untuk ke markas.
°°°°°
Maisie memasuki markas dengan gembira. Sebaik sahaja pintu pejabat Ejen Javes terbuka, kelihatan Summer dan Aaron sedang berbual rancak.
"Uuuu..." Ucap Maisie lalu menyorok di sebalik dinding. Telefon bimbit dikeluarkan lalu dia merakam perbualan mereka berdua.
Maisie ketawa. Nampaknya, mereka berdua sedang bercinta.
"Maisie!" Satu suara bergema di ruang tersebut. Maisie tersentak manakala Summer dan Aaron pula terdiam.
Summer melihat Phoebe yang berada di belakangnya. "Maisie? Dia mana ada kat sini."
"Ada. Situ!" Jerit Phoebe seraya menuding ke sebuah dinding.
Maisie keluar daripada dinding tersebut sambil tersengih. Telefon bimbit di tangan disimpan ke dalam beg.
"Cekap betul awak ni Phoebe." Puji Maisie. "Amboi, bercinta ya awak berdua." Sambungnya.
"Hahah, lol." Balas Aaron, malas. Wajah dingin ditayangkan.
Nyssa muncul secara tiba-tiba. "Hai semua!"
"Hai."
Nyssa bercekak pinggang lalu menoleh ke arah Phoebe. "So, Phoebe Agreste.... Kenapa kau panggil kitorang ke sini?" Soalnya.
Phoebe tersenyum. "Puan Javes minta panggil korang untuk ikut jamuan malam ni. Kebetulan saya lawat tempat ni tadi."
"Jamuan apa?" Soal Summer.
"Jamuan besar-besaran untuk syarikat ejen ini!" Kata Phoebe sambil mendepakan tangannya.
Maka, muncullah Aidan secara tiba-tiba. "Phoebe! Boleh saya nak join?"
Oh, lupa hendak beritahu yang Aidan telah bekerja di sini sebagai pengawal.
"Boleh." Ujar Phoebe sambil tersenyum manis.
"Alah kau. Semua boleh. Crush kan..." Ucap Summer.
Phoebe berang. "Sshhh!!"
Ejen Javes dan Laura pula muncul. "Di sana akan ada majlis tari menari." Kata mereka serentak.
"Hah?"
Pintu pejabat terbuka. Nadya muncul bersama tab di tangan.
"Jamuan ini diadakan untuk mereka yang telah berjasa pada negara." Ulasnya.
"Duhai Summer Brookes, sudikah kau menari dengan aku?" Soal Aaron. Matanya penuh sinar harapan.
Summer ketawa. "Lol. Kau rasa aku sudi?" Katanya sambil tersenyum senget.
Nyssa menarik tangan Summer. "Aku rasa tak! Summer kau menari dengan aku jelah!" Ucapnya, bergurau. Dia menarik Summer pergi.
"Tak nak! Tak nak! Aaron!!! Aku setuju! Tolong aku!!" Jerit Summer. Dia cuba melepaskan diri daripada pegangan Nyssa.
Aaron ketawa lalu tersenyum manis.
"Wow Aaron. Lama tak nampak kamu ketawa. Serius je sentiasa." Usik Ejen Javes. Aaron pula tersipu-sipu.
Nyssa melepaskan Summer dengan wajah blur. "Tahu takut."
"Maisie, awak nak menari dengan saya?" Soal Aidan. Tangannya dihulurkan di hadapan Maisie.
Maisie menggelengkan kepalanya. "Maaflah. Awak pergi dengan Phoebe. Saya dah ada teman lain." Bohongnya.
Aidan mengangguk. "Okey….. Kalau macam tu, Phoebe. Awak nak menari dengan saya?" Tanya-nya.
Phoebe mengangguk laju. Aidan tersenyum gembira.
Ejen Javes dan Laura tersenyum. Mereka memang hendak melakukan jamuan ini untuk merapatkan hubungan antara mereka.
"So, Maisie Robert... Siapa teman awak tu?" Soal Nyssa sambil menjongketkan keningnya berkali-kali.
Maisie tersenyum kelat. "Nanti saya carilah wahai Nyssa Cullen." Ujarnya, rimas.
"Hahahah... Okey. Saya dah ada teman daripada kumpulan ejen yang lain. Bye, saya nak jumpa dia!" Kata Nyssa seraya itu berlalu pergi.
Maisie melambaikan tangannya. "Bye!"
"Kalau saya tak ada teman, boleh?" Soal Maisie pada Nadya.
Nadya mengangguk. "Boleh. Dengan syarat, awak jadi pengacara atau host untuk malam ni." Katanya.
"Of course!" Luah Maisie, gembira. Dia melompat kecil.
"Jadi, kami kena pakai baju apa malam ni, puan?" Soal Aidan.
Laura pula berbicara. "Baju prom. Macam biasa."
"Okey!"
°°°°°
Malam itu...
"Wow Nyssa. Abang Austin jugalah yang kau pilih." Usik Summer. Aaron disebelah hanya memerhati.
Nyssa tersengih. Austin yang berada dibelakangnya berkata. "Bukan dia pilih saya tapi saya yang pilih dia."
"Yelah abang..." Balas Phoebe. Aidan pula telah hilang entah ke mana.
"Mana Maisie?" Soal Aaron.
"Tak tahu." Balas ejen yang lain.
Seorang gadis yang tidak memakai prom dress naik ke atas pentas. Dia hanya memakai dress biasa.
"Baiklah ejen semua. Hari ini, telah kita adakan sebuah jamuan untuk menghargai jasa semua ejen yang telah berjasa pada negara dan syarikat ejen ini sendiri. Dengan ini, saya merasmikan jamuan ini bersama Ejen Javes!" Maisie memberi ucapan. Chandelier yang digantung di atas pentas memancar sinar cahaya yang terang.
Ejen Javes menaiki pentas lalu menarik seutas tali. Dengan itu, lagu terpasang.
"Kita akan mulakan majlis tari-menari ini!" Ucap Ejen Javes lantang. Teriakan gembira oleh para ejen kedengaran.
Summer, Phoebe dan Nyssa tersenyum.
"Jadi pengacara rupanya budak ni." Kata Phoebe.
Aidan menggaru kepalanya. "Dia kata dia dah ada teman. Kenapa jadi pengacara pula?"
"Biarlah, mungkin ada sebabnya." Tukas Nyssa.
"Baiklah semua. Mari kita mulakan!" Kata Summer, lantang.
Mereka menikmati malam itu dengan gembira sambil dilimpahi cahaya sang bulan yang indah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro