Bab 5
"Kamu tahu tak kamu dah malukan kami? Lumba-lumba sehingga ke dalam markas? Saya berikan segala peralatan kenderaan hanya untuk digunakan di luar. Boleh diguna di dalam markas, tapi ada hadnya!" Ejen Javes sudah mula membebel.
Mereka berempat tertunduk. "Maaf..." Ucap mereka serentak.
Nyssa mengangkat muka dengan beraninya. "Puan! Sudah dua tahun puan duduk di Malaysia. Bila puan akan pulang ke tanah air?"
Ejen Javes terkejut lalu tersenyum. "Saya tinggal di sini untuk memantau kamu semua. Kamu tidak tahukah yang saya pun orang Malaysia juga. Cuma, saya ni kaya. Dapatlah saya buka universiti di luar negara...." Ejen Javes mula menceritakan kisah hidupnya.
Keempat-empat gadis itu sudah mula berasa bosan. Maisie dan Summer bermain game melalui kaca mata tanpa diketahui orang. Nyssa dan Phoebe pula berkomunikasi melalui jam mereka.
"Puan..." Pembantu Ejen Javes iaitu, Nadya membuka mulut.
Ejen Javes berhenti bercerita. Dia memandang Nadya dan membuat muka 'apa'.
"Bukankah kita ada misi untuk mereka?" Ujar Nadya dengan sopan. Suaranya yang lunak mampu membuatkan ramai lelaki terbuai dengan keindahannya.
Ejen Javes seperti baru tersedar. "Oh ya..."
Keempat-empat gadis itu berhenti melakukan kerja mereka. Masing-masing berdiri dengan tegak.
Ejen Javes membuat muka serius.
"Misi kali ini, berat sedikit. Kami telah menjumpai lokasi penyimpanan alat-alat yang dicipta oleh Laura iaitu pemilik universiti kamu. Mungkin di situ ada tersimpan alat yang telah dicipta oleh saya sendiri!" Ejen Javes melampiaskan amarahnya.
Tergamam gadis berempat itu. Tidak tahu apa yang perlu diperkatakan.
"Baik, kita ke lokasi penyimpanan alat-alat. Ambil gadjet rahsia kamu."
Gadis-gadis itu menarik nafas bising. Masing-masing melompat kegembiraan.
Summer dan Maisie sudah bersedia dengan kasut mereka. Nyssa dan Phoebe pula sudah bersedia dengan Hoverboard mereka.
Mulalah aksi lumba-melumba hingga ke lokasi penyimpanan segala alat.
Ejen Javes hanya menggelengkan kepala.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro