Bab 4
Mereka berdiri dengan tegak di hadapan pagar belakang universiti. Sudah bersedia untuk ke markas rahsia. (Wahh! Author rasa nak menjerit sekarang ni)
Maisie dan Summer berpandangan sesama sendiri. Oleh kerana akan kepandaian bermain rollerblade, Ejen Javes memberikan kasut istimewa untuk mereka.
"Sedia?" Soal Summer.
"Sedia!" Jawab Maisie.
Mereka menekan satu butang dikasut masing-masing. Dua buah roda keluar dari setiap pasang kasut mereka.
Kaca mata juga di pasang mode iris. Acah-acah macam Ejen Ali gitu.
Nyssa dan Phoebe pula sudah bersedia dengan skateboard masing-masing. Dihentak skateboard itu beberapa kali lalu terjadinya Hoverboard. Terapung gitu.
Mereka berdua melompat ke atas Hoverboard masing-masing.
"Pandang kiri kanan dulu. Manalah tahu ada orang tengah pandang kita." Ujar Phoebe.
"Yelah-yelah..." Balas Nyssa, bosan.
Mereka memandang kiri kanan. Okey, line clear!
"Jom!" Phoebe sudah pergi dahulu.
"Woi!" Jerit ketiga-tiga sahabatnya serentak.
Maka, terjadilah kejadian lumba-melumba sehingga ke markas.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro