Bab 3
Phoebe mengeluh. "Aduh! Membebel je pensyarah kita ni."
Nyssa berkata dengan bersemangat. "Kita kalau nak pandai, kena rajin!"
Maisie menyelitkan komik di sebalik buku. Summer pula sudah mula tersengguk-sengguk.
Tiba-tiba keadaan menjadi bising. Segera Maisie menutup buku dan Summer pula mencelikkan mata. Oh! Pensyarah dah keluar.
"Ala... Kita ada kelas lagi lepas ni...." Keluh Summer.
Maisie meletakkan dagu ke atas meja. "Kenapa tak ada misi hari ni."
Bip!
Maisie dan Summer tersentak. Segera mereka bangun dari kerusi.
Nyssa juga bangun dari kerusi. "Kenapa?"
Phoebe pula sudah memaparkan muka teruja.
Mata Maisie dan Summer bergerak-gerak. Ehem, kerana mereka memakai kaca mata, Ejen Javes telah memberikan kaca mata rahsia yang seperti sebuah phone. Atau lebih dikenali sebagai, alat talian dan gps.
Alah... Susahlah nak terangkan kat sini. Pembaca pun tahu kan?
"Oh! Puan Javes kata, kita ada misi." Ujar Maisie sambil matanya masih bergerak-gerak.
Summer memandang kedua-dua sahabatnya. "Pergi belakang kolej. Aktifkan alat sekarang."
Phoebe dan Nyssa sudah tersenyum lebar.
Wah... Misi sudah mahu bermula!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro