Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Mereka memasuki dewan kuliah dengan perasaan gembira. Nyssa mengikat rambutnya seperti 'ponytail', Maisie membetulkan cucuk sanggul dan kaca mata, Summer mengelap kaca matanya dan Phoebe mengelus rambutnya yang pendek ke belakang.

Universiti Karmala. Ya, universiti untuk pelajar-pelajar elit yang bijak pandai. Terutamanya seperti mereka berempat.

•••••

Sebagai author, saya mahu menceritakan serba sedikit tentang mereka.

Ini, Maisie. Seorang ulat buku dan agak nerd.

Ini ialah scene sedang berlatih.

Maisie bersedia untuk berlatih dengan memakai suit 'spy' dan kanta lekap. Novel sentiasa di tangan.

"Start!"

Maisie berlari dengan laju. Apabila sudah sampai di hadapan laser,dia mencampakkan novelnya ke atas lalu melompat melepasi laser itu. Selepas melompat,dia berdiri dengan tegak. Sejurus itu,novelnya jatuh ke tangannya semula. Dia berjalan dengan selamba sambil membaca buku.

Ini pula Nyssa. Seorang yang sangat pandai berbanding sahabat-sahabatnya dan juga dilantik sebagai ketua.

Ini ialah scene ketika Nyssa tengah chilling out di sebuah kafe.

"Hah... Leganya." Nyssa menyandarkan dirinya ke sebuah kerusi.

Dia mengangkat bekas kopi lalu menghirup kopinya. Sedang dia menikmati minuman itu,bekas kopi itu bergegar.

Orang selalu tanya mereka,kenapa mereka suka minum kopi? Tiap-tiap hari minum kopi? Inilah rahsianya...

"Argghh!" Habis tertumpah kopi yang diminum Nyssa. Dia memandang bajunya yang kotor.

Tiba-tiba muncul satu skrin melalui tutup bekas kopi. Terpancar sebuah hologram yang menampakkan muka kawan-kawannya.

"Nyssa! Kita kena cepat! Ada misi yang perlu diselesaikan!" Ujar Maisie bersungguh-sungguh.

Dalam sekelip mata,rakan-rakannya memandangnya dengan pandangan pelik.

"Kenapa baju kau kotor?" Soal Summer.

Nyssa mendengus. "Diamlah!"

Okay, yang ini Phoebe. Seorang yang bijak menyatakan strategi dan suka melukis.

Ini ialah scene ketika mereka sedang membincangkan strategi untuk berlawan.

"Okay,kau lompat sini,aku pula masuk kat bawah ni. Setuju?" Soal Summer. Semua mengangguk.

Phoebe masih dengan lukisannya. Dia melukis,melukis sehinggakan penselnya bergegar. Habis rosak lukisannya.

Phoebe mengangkat muka. "Ahhhh!!! Apa korang buat ni?"

Tiba-tiba ketua mereka muncul dari sebalik dinding.

"Kamu asyik melukis je. Jadi,mereka menggegarkan meja tu." Ucapnya.

Phoebe tertunduk. "Maaf Puan Javes."

Sahabat-sahabatnya ketawa kecil.

Yang last ni, Summer. Seorang yang lawak dan suka melayari internet.

Ini ialah scene dimana Summer sedang memilih jam di kedai jam di dalam sebuah pasaraya.

"Wahh! Cantiknya jam ni." Ujar Summer teruja. Pekerja kedai itu hanya tersenyum.

Summer hendak mencapai jam itu. Namun,jam yang sedang dipakainya berkelip secara tiba-tiba. Dia tersengih.

"Saya minta izin ke tandas sekejap. Sakit perut ni." Pintanya pada pekerja kedai jam itu. Pekerja itu hanya mengangguk.

Summer berlari keluar dari kedai itu. Dia menuju ke tempat yang tersmbunyi dari orang ramai.

Dia menekan butang ditengah-tengah jam itu. Muncul hologram yang bergambar Ejen Javes.

"Ya Puan. Apa saya boleh bantu?" Soalnya.

Ejen Javes membuat muka marah. "Apa yang kamu boleh bantu? Hey! Kamu lupa ke kita ada mesyuarat kat markas rahsia ni? Kawan-kawan kamu semua ada kat sini."

Summer terkejut kerana dijerkah. Dia menepuk dahi lalu mengangguk laju.

Talian diputuskan lalu di berlari keluar dari pasar raya.

Butang yang berada di kasut ditekan. Terkeluar dua buah roda pada setiap pasang kasutnya.

Dia meluncur dengan lajunya membelah jalan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro