Bab 18
"Kenapa kamu bawa dia ke sini?!" Soal Ejen Javes dalam nada yang amat marah. Renungan tajam diberikan pada Laura.
"Puan... Biar kami ceritakan..." Tutur Nyssa, tenang.
"Saya tak nak!!"
"Ehem." Maisie berdehem untuk menarik perhatian Ejen Javes. Ejen Javes berpaling. Dia kelihatan terkejut.
"Kalau puan tak nak dengar cerita, tahulah apa yang saya akan buat." Ugut Maisie lalu alat mengawal minda itu kelihatan bercahaya.
Ejen Javes mengangkat tangan lalu memandang Laura. "Okey... Saya dengar."
Summer dan Phoebe mula bercerita dari A sampai Z.
Semua yang berada di situ termasuk Nadya dan Aaron memandang Maisie.
Maisie mengerutkan dahi. "Apa?"
"Dan kau Maisie, mana jumpa alat tu?" Soal Phoebe.
Maisie terdiam. "Macam ni..."
Flashback
"Ahhh!" Jerit Maisie lalu terjatuh ke dalam sebuah tempat yang gelap.
Dia mencari suis lampu menggunakan kaca matanya. Tiba-tiba dia mendapat isyarat yang menyatakan terdapat suis berada di situ.
Maisie mendekati sebuah tempat lalu menekan suis. Lampu terpasang. Kemudian,dia menarik nafas bising.
"Apakah?" Dia menerokai bilik itu. Sungguh besar!
Dia ternampak sebuah alat yang sangat dikenali lalu tersenyum sinis. Dia mengambil alat itu.
"Wow! Pandainya mereka ni. Letak alat mengawal minda ni tanpa ada pengawasan." Ujarnya seorang diri lalu terlihat papan bertanda 'Exit' dan menunjukkan ke arah kiri.
"Hahah." Maisie ketawa kecil lalu berlari untuk pergi membantu sahabat-sahabatnya.
End
"Cam gitu lah kisahnya..." Kata Maisie lalu berniat untuk mencabut alat itu.
Selepas mencabutnya, semua yang berada di situ terpegun.
Maisie menghela nafas. "Apa lagi?!"
"Rambut kau masih warna merah jambu." Tutur Summer, selamba.
Terbuntang mata Maisie. "Apa?" Dia meramas-ramas rambutnya. "Tidak!!! Rambut perangku!!!" Jeritnya.
Nyssa memegang tangan Maisie. "Wow, easy girl."
"Kau okey tak ni?" Soal Phoebe.
Maisie masih menunduk. Kemudian, dia mengangkat muka. "Takpe, aku suka warna ni. Lalala..." Dia berlalu pergi menuju ke pantri.
Semua memandangnya pelik.
"Err.. Kenapa tu?" Soal Laura lalu memandang Ejen Javes.
Ejen Javes memandang Laura. "Entahlah sahabatku."
Nadya mencari sesuatu pada tab yang dipegangnya.
"Ooohhh... Alat yang puan cipta ni akan beri kesan sampingan pada rambut. Warna apa-apa je akan terjadi dan ia akan kekal selamanya. Hebatlah puan!" Ulas Nadya.
Summer, Phoebe dan Nyssa saling berpandangan.
"Aku ingat Maisie je jadi macam tu sebab dia berjaya buat backflip." Kata Nyssa.
"Apa kena mengena-nya?" Tanya Summer sambil bermain dengan cekak boomerang-nya.
"Har? Dia dah boleh buat backflip?" Soal Ejen Javes yang mendengar perbualan mereka.
Phoebe mengangguk. Ejen Javes tersenyum bangga. Laura pula melihat sekeliling.
"Nasib baik saya tak pakai alat tu. Kalau tak, habis rambut kuning saya ni." Ujar Laura lalu ketawa kecil.
Aaron yang sedari tadi diam bersuara. "Oleh itu, jangan sesiapa pakai alat tu. Kalau tak, nanti jadi tak betul macan Maisie."
Maisie yang kembali dengan membawa sekeping roti pada tangannya membaling roti tersebut pada Aaron.
Plap!
Sekeping roti hinggap pada muka Aaron yang tampan. Oleh itu, terjadilah roti yang tampan.
"Apa benda kau ni?!" Marah Maisie.
Bilik itu dipenuhi dengan gelak tawa.
-Ta..
"Eh Author. Belum tamat lagi." Arah Aidan.
"Kenapa pula?" Tanya author.
"Mana ayat saya? Watak saya? Populariti saya? Action saya?!" Soal Aidan bertalu-talu.
Author menjadi bosan. "Kau tak penting."
"Ala author..." Rungut Aidan.
"Sudah!" Jerit author membisingkan suasana. Aidan terdiam lalu mengorak langkah bagi berlalu pergi.
-Tamat-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro