Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17

Laura sedang menikmati roti canai di dalam pejabat markas rahsianya. "Hurmmm nikmat."

Sedang dia menikmati makanan tersebut, sebuah rempuhan di pintu kedengaran. Segera Laura menoleh.

"Ap... Apakah?" Laura terkejut. Kelihatan tiga orang gadis sedang membongkokkan diri dan kedua-dua tangan mereka memegang lutut. Peluh membasahi muka.

Salah seorang daripada mereka mengangkat muka. Laura terkejut.

"Kamm.. Kamu budak elit kan?" Soal  Laura, takut-takut.

Mereka mengesat peluh. "Cik culik Maisie kan?!" Sergah Nyssa. Dia sangat marah.

Laura menjadi kecut perut kerana dia tidak memakai apa-apa peralatan. 'Oh, Aidan. Selamatkanlah tuanmu ini.'

"Maisie? Maaf, saya tak culik sesiapa pun. Dan, macam mana kamu semua dapat masuk sini?" Ujar Laura supaya kedengaran bersahaja. Dia berpeluk tubuh.

Phoebe mengambil sebuah lidi yang tersangkut pada tali pinggangnya. Kemudian, lidi tersebut bertukar menjadi busar panah lalu Phoebe mengacukannya pada Laura.

Summer pula mengambil cekak yang berada pada rambutnya. Bersedia untuk membaling.

Laura mengangkat tangan tanda menyerah kalah. "Ke mana semua robot ni? Siapa nak tolong aku?" Bisiknya perlahan.

Summer tersenyum sinis. "Hahaha. Cari ni?" Dia menunjukkan sebuah alat kawalan.

Laura terkejut. "Awak dah off kan semua robot saya?"

Ketiga-tiga gadis itu mengangguk. Summer mengambil tindakan dengan membaling alat kawalan itu sehingga hancur. Laura terpempan.

"Letak tangan  atas kepala!" Ujar satu suara dari belakang.

Ketiga-tiga gadis itu berpaling. Kelihatan Aidan sedang mengacukan sebuah senapang.

"Cepat!" Arah Aidan lagi.

Gadis-gadis itu menggeleng tanda tidak mahu menyerah kalah. Laura yang berada di belakang pula tersenyum sinis. Aidan pula sudah bersedia untuk menembak.

"Kalau kau tembak diorang, aku tak akan bagi balik benda ni." Satu suara kecil kedengaran dari arah belakang. Segera Aidan menoleh.

Kelihatan Maisie sedang menyarungkan sebuah hairband yag bercahaya pada kepalanya. Rambutnya bertukar warna kepada warna merah jambu. Menandakan bahawa alat itu sudah boleh digunakan.

"Alat mengawal minda!" Ujar Laura kuat. Maisie sudah tersenyum sinis.

Nyssa, Summer dan Phoebe terkejut. "Mana kau dapat?"

"Nanti aku cerita." Ujar Maisie.

Maisie memandang Aidan. Segera Aidan meletakkan senapang. Maisie memandang Laura pula.

"Kalau cik nak anak buah cik ni selamat, cik kena lupuskan tempat ni." Arah Maisie.

"What?!" Jerit Laura.

Nyssa memandang Laura. "Ya. Kalau cik tak nak, biar kami yang buat."

"Kenapa? Nanti saya nak kerja dengan siapa?" 

Summer memberi cadangan. "Puan beri cik bekerja dengan kami. Cik mahu?"

Phoebe pula bersuara. "Betul cik."

Laura mengeluh perlahan. "Sebagai pengetua Universiti Karmala, saya bersetuju."

Aidan dilepaskan. Laura menarik nafas kelegaan.

"Biar saya pakai alat mengawal minda ni dulu sampai ke markas." Kata Maisie lalu mendekati sahabat-sahabatnya.

"Cik, bawa kami pulang." Arah Nyssa,tegas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro