Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

"Kau buat apa kat sini?" Soal Aidan, geram.

Keempat-empat gadis itu terdiam. Takut juga sebenarnya dia seorang lelaki.

"Ooo... Korang mesti ditugaskan untuk mengambil semula alat itu, ya? Jangan harap!" Ujarnya lalu berlari ke arah satu pintu besi yang besar.

Dan pastilah gadis-gadis itu mengejarnya.

Pintu terbuka. Kelihatan ais memenuhi lantai.

Aidan hanya melalui ais tersebut menggunakan skill yang ada.

"Kau ingat kau je yang ada skill? Aku pun adalah!" Jerit Summer dari jauh dengan perasaan marah yang membuak-buak.

"Let's get started." Ujar Maisie lalu menekan butang kedua pada kasutnya. Kasut Rollerblade bertukar kepada Rollerskate.

Phoebe dan Nyssa saling berpandang lalu tersenyum. Satu kotak kecil yang terselit pada tali pinggang, diambil.

Mereka membaling kotak tersebut. Maka, terbentuklah sebuah Hoverboard yang terapung. Mereka berdua melompat ke atasnya.

"Aku... Agak takut." Ucap Maisie perlahan.

"Kenapa?" Soal Nyssa.

Phoebe mengeluh perlahan. "Ini bukan kali pertama kita buat, Maisie. Jadi kena buang rasa takut tu!"Pesannya.

Maisie tersenyum kelat lalu mengangguk.

"Sudahlah korang! Dia dah pergi jauh tu!" Marah Summer lalu memulakan ice skating.

Kini mulalah aksi kejar mengejar di atas ais.

Aidan memasuki pula pintu kedua.

Pintu itu terbuka lalu menampakkan sebuah bilik yang terdapat palang-palang di sana sini.

Dia memasuki bilik itu.

Gadis-gadis itu terhenti. Maisie dan Summer menukarkan kasut mereka pada Rollerblade semula. Nyssa dan Phoebe pula menyimpan Hoverboard mereka semula.

Kaki Nyssa dan Phoebe menghentak lantai beberapa kali. Kasut mereka bertukar warna dan menandakan kasut itu boleh digunakan. Kasut yang mampu membuat mereka lompat tinggi.

Summer memandang Maisie. "Maisie senanglah. Ahli gymnastic bolehlah main palang-palang semua ni."

Maisie tersengih. "Hehe."

Tapi, dia lupa akan satu perkara.

Aidan sudah semakin jauh. Mereka mula melompat antara palang.

Ada yang menegak, ada yang melintang ada juga yang berada di tengah-tengah. Namun, palang-palang itu agak halus.

Sampai sahaja di hadapan palang yang melintang, Maisie terhenti. Pada palang ini, dia perlu membuat backflip. Kalau tidak, kakinya akan terkena pada palang tersebut. Palang itu pula, mampu mematahkan kaki seseorang.

"Le.. Let d.. Let's do it." Ucap Maisie bersemangat namun tergagap-gagap.

Dia mendorongkan dirinya kebelakang, lalu maju ke hadapan. Sampai sahaja di depan palang...

"Maisie, jangan buat!" Kedengaran jeritan sahabat-sahabatnya.

Maisie hanya berdiam diri. Dia merasakan tubuhnya melayang sekarang ini. "Aku sudah matikah?"

Tiba-tiba dia terasa sakit lalu membuka mata. Kelihatan dia sudah berbaring di atas lantai.

Maisie bangun. "Wei korang!! Aku berjaya!!"

"Baguslah. Tahniah." Kata Nyssa sebagai ketua.

Maisie tersengih. Dia memulakang perjalanan semula. Tapi, kasut Rollerblade-nya terlanggar sesuatu. Lalu dia terjatuh.

Tit! Dia telah tertekan satu butang.

"Ahh!!" Jeritnya lalu terjatuh ke dalam sebuah pintu yang berada di atas lantai.

Lenyap.

Phoebe sudah penat. "Besar gila bilik ni!"

"Kann. Dia laju pula tu." Ujar Summer pula.

Nyssa memandang sekeliling. "Mana Maisie?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro