Bab 15
Baca sambil dengar lagu di atas
•••
"Eh! Bilik apakah ini?" Soal Nyssa, terkejut.
Sebaik sahaja melalui lorong tersebut, cahaya terang benderang memenuhi ruang.
Apabila ternampak sahaja cahaya, mereka mengaktifkan cincin halimunan.
Summer memandang sekeliling. Ia sebuah ruang yang besar dan terdapat ramai manusia yang sedang melakukan tugas.
"Kau yakin itu manusia?" Soal Maisie seperti dapat membaca fikiran Summer.
Phoebe menggeleng. "Itu robot."
Nyssa menarik tangan sahabat-sahabatnya ke celah pokok yang sedang menghijau.
Maisie jatuh terduduk. Summer pula terlanggar Phoebe.
"Apa ni, Nyssa?" Marah mereka bertiga serentak.
Nyssa membuat muka serius. "Hati-hati. Kalau diorang ni robot, mesti dapat kesan kita walaupun kita halimunan."
Summer mengusap dagunya. "Ya tak ya juga kan."
Mata Maisie bergerak-gerak. Seperti mencari sesuatu pada gps di kaca matanya.
Dia mencabut cucuk sanggul lalu melukis sebuah pintu. Maka, terbentuklah sebuah pintu besi berwarna merah jambu.
Sahabat-sahabatnya memandangnya pelik. "Pintu apa ni?"
"Pintu bilik alat penyimpanan alat. Aku cari guna gps." Kata Maisie selamba.
Rakan-rakannya terlopong.
Nyssa mengarahkan Phoebe. "Hey Phoebe. Siapkan kerja kau."
"Oh, ya!" Ujar Phoebe lalu mencabut sepit rambutnya.
Apabila dia memegang sepit rambut tersebut, ia bertukar kepada sebuah kunci. Kunci yang mana boleh digunakan pada mana-mana pintu.
Kunci dimasukkan lalu dipulas. Maka, terbukalah pintu tersebut.
"Jom masuk!" Ajak Summer.
Mereka melangkah masuk melintasi pintu.
=====
Pintu ditutup, kelihatan mereka sedang berada di dalam sebuah bilik.
Terdapat banyak peti kaca yang terdapat pelbagai alat.
"Sebiji macam bilik gajet." Ucap Phoebe perlahan.
"Bilik apa?" Suara seorang lelaki kedengaran dari belakang.
Mereka berempat berpaling. Kelihatan seorang lelaki berpakaian suit seperti mereka.
Phoebe terkejut. Lelaki tersebut adalah crushnya di sekolah. Apa dah jadi ni?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro