Bab 14
Dengar lagu di atas.
•••
Ejen Robin mengangkat tangannya. "Baik, saya menyerah kalah."
Maisie menurunkan pistolnya. "Strength in number." Ucapnya perlahan.
Phoebe pula berkata perlahan. "Teamwork fix everything." Dia juga menurunkan busar panah.
"Kami lepaskan tuan, namun tuan masih dipecat." Ujar Nyssa.
"Apa?" Ejen Robin seakan-akan tidak percaya.
Summer tersenyum. "Sebab kita dah ada pelatih baru."
"Siapa?" Soal semua yang berada disitu.
"Aaron." Ucap Summer sepatah.
=====
Sudah seminggu Ejen Robin dipecat dan seminggu jugalah Aaron melatih mereka.
Kini, mereka memakai penyamaran untuk memasuki bilik pengetua mereka iaitu, Laura.
"Kamu buat apa ni?" Suara seseorang menerjah dari belakang.
Mereka berempat tersentak. Dengan perlahan-lahan, mereka berpaling kebelakang. Kelihatan, Laura sedang merenung mereka.
Nyssa tersengih. "Kami hendak membersihkan bilik cik."
Rupa-rupanya, mereka berempat menyamar sebagai cleaner.
Laura berpeluk tubuh. "Whatever. Dan, jangan lupa kunci bilik saya semula." Ujarnya lalu menghulurkan kunci.
Summer menyambutnya dengan gembira. Maisie dan Phoebe pula membuat handshake rahsia dibelakang.
Setelah beberapa saat Laura meninggalkan bilik itu,Nyssa mengunci pintu dari dalam.
"Let's get searching." Ujar Phoebe lalu menekan satu butang pada tali pinggang yang dipakainya. Segera baju cleaner bertukar kepada suit ejen. Sahabat-sahabatnya melakukan perkara yang sama.
Mereka berempat mula mencari pada segenap ruang yang berada di dalam bilik itu.
Tiba-tiba Maisie terjumpa sesuatu. Dia menarik sebuah laci. Maka, terbukalah pintu yang berada pada lantai yang disangka karpet.
Mereka saling berpandangan sambil tersenyum senget.
Mereka memasuki bilik tersebut. Summer menembak sesuatu pada laci yang terbuka tersebut. Sejurus itu, laci itu tertutup begitu juga dengan pintu bilik bawah tanah.
•••••
"Gelap!" Ucap Nyssa sebaik sahaja pintu ditutup.
Summer berkata sebaik sahaja cermin matanya ditukarkan kepada mode Iris. "Tiada suis lampu di dalam ini."
Phoebe melompat sebanyak tiga kali. Kemudian, bajunya mengeluarkan cahaya berwarna hijau.
Sahabat-sahabatnya melakukan perkara yang sama. Cahaya terang berwarna memenuhi pakaian mereka.
Mereka berpaling pada satu lorong.
"Kita kena lalu situ." Ujar Maisie setelah memeriksa menggunakan kaca mata.
"Let's go!" Ajak Nyssa lalu mereka semua melalui lorong yang gelap itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro