Bab 13
Aaron memaparkan muka kecewa. Bukan kerana dia diabaikan, namun kerana buah hatinya akan pergi iaitu Summer.
Tapi, gadis itu tidak menyukainya kerana akan sikapnya yang tegas. Apakan daya, sudah itu kejadian Tuhan.
"Tak boleh!" Bentak Ejen Javes tiba-tiba setelah sekian lama mendiamkan diri.
Terhinjut bahu mereka berempat kerana terkejut. Ejen Robin yang mengeruhkan keadaan hanya berdiam diri.
"Siapa nak tolong saya nanti? Siapa yang akan jadi anak murid kesayangan saya nanti? Siapa yang akan jadi peneman saya nanti?" Nada Ejen Javes bertukar sayu.
Nyssa mengangkat kepala. "Puan.. Tiada anak?"
Ejen Javes menggeleng. Air mata membasahi pipinya.
Mereka berempat berasa terkilan.
Tiba-tiba Ejen Robin mengetuk meja. "Sudahlah dengan drama sedih ini. Sudah setahun kita jalankan misi ini. Namun, alat mengawal minda itu masih belum dijumpai."
Aaron berasa geram. Hendak saja dia mengacu pistol ke arah Ejen Robin.
Ejen Javes terus terusan menangis sambil dipujuk oleh Nadya.
"Ahh! Saya tak kisah dah. Sebelum saya berikan awak renjatan eletrik, baik awak ke bilik latihan sekarang!" Gertak Ejen Robin sambil menyuakan alat renjatan eletrik yang berbentuk seperti lastik.
"Tuan dah melampau!" Jerit Phoebe dan Summer.
Ejen Robin mendekati Maisie dan Nyssa. Hampir-hampir sahaja alat itu dikenakan pada mereka berdua.
Ejen Javes bangun lalu menghentak meja. "Ejen Robin... Awak dipecat!!"
Belum sempat alat itu dikenakan pada Maisie dan Nyssa, Ejen Robin telah menghentikan perbuatannya. Dia memang pantang mendengar perkataan itu.
"Apa?" Soalnya.
Nafas Ejen Javes turun naik. "Awak dipecat!"
Ejen Robin mengamuk. "Tidak!! Saya tak mahu!!" Jeritnya lalu berlari ke arah Ejen Javes. Dia mahu mengenakan alat itu padanya.
Aaron menghalang. Dia mengacukan sebuah bom kecil dan mengacah mahu membalingnya.
Ejen Robin menjadi takut. Dia berpaling kebelakang dan kelihatan Nyssa sudah memasang kekuda untuk menyerangnya dengan kekuatan yang ada.
Semua sudah mengepungnya. Phoebe sudah memegang busar panah. Summer sudah memulakan langkah jika diapa-apakan oleh Ejen Robin. Maisie pula mengacukan pistol kecil tepat-tepat ke muka Ejen robin.
Ejen Robin meraup mukanya.
'Alamak! Aku sudah terperangkap!'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro