Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

"Apa? Kenapa kamu lari dari bilik latihan? Ponteng, ya?" Kata Ejen Javes lantang.

Mereka berempat tertunduk memandang lantai. Aaron yang sebaya dengan mereka hanya menonton.

"Siapa boleh bagitahu saya kenapa kamu lari?" Soal Ejen Javes.

Ejen Robin yang kebetulan lalu disitu menyibuk sekali. Dia bercekak pinggang.

"Ooo... Kat sini rupanya kamu semua." Ujarnya sinis.

Ejen Javes memandang mereka berempat yang sedang menunduk. "Siapa boleh bagitahu saya? Nyssa?"

"Ejen Robin kejam." Ujar Nyssa perlahan.

Mata Ejen Javes mencerlung kemarahan. "Apa?! Kenapa pula?!"

'Uish. Kuat pendengaran orang tua ni.' Bisik hati Phoebe dan Summer.

Ejen Robin menjerit. "Kenapa pula awak kata saya kejam?"

Kesabaran Nyssa sudah hilang. Dia menarik lengan Maisie lalu menunjukkan kesan bengkak pada siku Maisie.

"Tuan yang paksa dia berlatih! Tuan tahu tak tangan si Maisie ni lemah walau dia ni ahli gymnastic?" Hambur Nyssa.

Summer pula membuka mulut. "Ejen cuba tengok tangan saya. Merah tahu tak? Kaki saya ni pun lebam sebab jatuh guna kasut roda tu walaupun saya dah fasih menggunakannya."

Ejen Javes terkedu. Dia memandang Ejen Robin.

Ejen Robin tersenyum sinis. "Sudah bertahun saya ajar kamu. Tak akanlah benda sikit ni pun nak lari dan komplen?"

Maisie yang diam tadi sudah hilang sabar. "Mula-mula memanglah seronok sebab kena lantik dengan Ejen Javes. Tapi, lepas dapat tahu yang Ejen Robin ni KEJAM, kami rasa menyesal pula terima. Baik suruh Aaron je."

Terkelu Ejen Javes. Aaron juga terkejut. Berani sungguh!

Ejen Robin masih memaparkan muka selamba. "Macam mana nak selamatkan alat mengawal minda tu kalau kamu berempat lembik macam ni?"

"Tuan tahu tak pelajaran kami tergugat? Semua sebab benda-benda macam ni." Marah Phoebe.

Ejen Javes terdiam. Rasa bersalah menguasai dirinya.

Aaron pula terasa sentap. 'Tak sangka mereka memikirkan tentang pelajaran. Padahal aku ni, tak terniat pun nak belajar.' Bisik hati kecilnya.

"Setakat benda tu je pun? Kamu semua kan pandai." Ujar Ejen Robin dalam nada mengejek.

Summer bercekak pinggang. "Kalau kami tak belajar, takdenya nak pandai jadi ejen semua ni."

Ejen Robin pula bercekak pinggang. "Setakat itu pun nak kisah. Saya nak kamu ke bilik latihan sekarang. Jangan jadi lembik!"

"Kalau macam tu, kami mahu letak jawatan." Ujar mereka berempat serentak sambil meletakkan gajet rahsia mereka ke atas meja.

"Hah?!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro