Bab 10
"Berapa kali saya nak cakap? Salahlah kalau buat macam tu. Dah sepuluh kali saya ajar. Kamu masih tak boleh-boleh." Marah Ejen Robin.
Maisie tertunduk. Sudah banyak kali Ejen Robin mengajarnya membuat backflip untuk melintasi palang. Namun, tidak boleh-boleh juga.
Sahabat-sahabatnya yang sedang berlatih memanjat dinding menggunakan sarung tangan melekat, memandang Maisie dengan pandangan kasihan.
"Sekali lagi! Now!" Arah Ejen Robin dalam nada marah.
Dengan longlainya,Maisie melakukannya semula. Dia melompat, lalu cuba membuat backflip. Namun, dia tidak berjaya. Sekali lagi, dia terjatuh.
"Aduh!" Adu Maisie. Sikunya lebam akibat terjatuh berkali-kali.
Ejen Robin mengeluh geram. Tanpa niat mahu menolong, dia pergi ke tempat Nyssa, Summer dan Phoebe pula.
Maisie yang letih meletakkan kepalanya ke atas lantai. Sakit yang teramat dibiarkan. Biarlah dirinya tenang dahulu.
Sementara itu, dia memandang ke dinding kaca. Kelihatan sahabat-sahabatnya sedang di arah oleh Ejen Robin supaya menggunakan sarung tangan melekat itu dengan betul.
'Sememangnya, aku benci lelaki tu.' Bisik Hati Maisie dengan kemarahan yang membara.
Maisie bangkit dengan tujuan untuk mencuba sekali lagi.
Dia berdiri dengan tegak sambil pandangannya difokuskan pada palang yang sederhana tinggi itu.
Dia berlari dengan lajunya. Apabila sampai dihadapan palang,dia cuba untuk membuat backflip. Dan sekali lagi, dia terjatuh.
"Aduhai." Kali ini, dia terjatuh dalam aksi berbaring pula.
Maisie mengeluh. 'Ini seperti acara lompat tinggi yang tidak disediakan tilam.'
Tiba-tiba satu tangan muncul ditepinya. Pandangannya ditancapkan pada satu susuk tubuh.
"Kau okey?" Soal Phoebe.
Satu lagi tangan muncul. Kelihatan Summer sedang tersenyum ke arahnya. Nyssa pula sedang bercekak pinggang di hadapannya.
Maisie menyambut kedua-dua tangan itu. Segera dia dibangunkan oleh rakan-rakannya itu.
"Terima kasih semua." Ujar Maisie.
"Mana semua orang ni?" Suara Ejen Robin yang baru keluar dari tandas berkumandang.
Nyssa dan Summer menarik tangan Maisie dan Phoebe.
"Lari!" Bisik Nyssa.
"Har?" Maisie dan Phoebe tidak faham.
Summer menarik tangan sahabat-sahabatnya. Mereka mengaktifkan cincin halimunan lalu keluar melalui pintu belakang bilik latihan. Selepas melepasi pintu itu, mereka melepaskan nafas lega.
Ejen Robin menggaru kepalanya. "Mana budak-budak tu?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro