Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 1

Maisie menyisir rambutnya menggunakan sikat yang berwarna ungu yang dibawanya.
Summer menggeleng. "Asyik sikat rambut je kau ni."

Maisie merengus geram. "Rambut aku ni, kerinting sangat. Dahlah kembang." Dia berkata lalu mencucuk sanggul pada rambutnya.

Nyssa yang sedang mengikat rambutnya hanya tersenyum kecil. Phoebe pula tergelak terbahak-bahak. Entah apa yang lawak.

"Tak sangka aku ada kawan yang tak waras." Ucap Maisie di luar kesedaran.

"Kurang asam punya kawan." Marah Phoebe.

Summer menyandangkan beg. "Lambat karang nak ke dewan kuliah. Baik cepat sebelum jumpa dengan pensyarah yang garang nak...."

"Mampus..." Ucap ketiga-tiga sahabatnya.

Mereka berempat mencapai beg lalu keluar dari bilik.

•••••

Mereka ni, ialah pelajar dari luar negara. Mereka orang Malaysia tetapi telah menetap di luar negara sejak lahir ke muka bumi.

Mereka bukan sahaja belajar, namun telah ditetapkan untuk menyiasat. Bekerja sebagai 'spy' bukanlah senang dan bukanlah susah. Hanya perlukan skill sahaja.

Mereka telah diarah oleh Ejen Javes iaitu guru besar dari universiti mereka. Mereka berempat telah terpilih kerana akan pencapaian mereka yang mantap.

Sejak tiga tahun yang lalu, universiti yang sedang mereka duduki ini telah mencuri sesuatu dari universiti luar negara mereka.

Tak silap author, alat yang boleh mengawal minda manusia. Ya, misi yang sangat besar. Dan pasti, mereka pasti boleh membuatnya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro