Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37

Taeyong terus melangkah keluar dari kereta dan meluru masuk ke rumah dengan perasaan marah yang makin memuncak.

Panggilan yang diterima dari Mina tadi benar-benar mengejutkan dia.

"Dain keguguran sebab keadaan fizikal dan mental dia yang makin merosot. Baby tak boleh bertahan. And rasanya I patut bagitahu You yang Hana datang jumpa dia sebelum semua ni jadi tadi. I tak sure apa yang Hana cakap, tapi Dain betul-betul nampak tertekan dan marah sebelum dia tak sedarkan diri tadi,"

"Park Hana!"

Kakinya masuk ke dalam rumah dan pintu utama dihempas kuat. Baru sahaja dia ingin ke tingkat atas, dia mendengar bunyi di dapur. Terus haluannya diubah.

"You buat apa ni?"

Dia memandang Hana yang sedang meneguk soju di meja makan. Di atas meja yang sama, sudah ada dua botol kosong.

"Minum," balas Hana pendek.

Dituang lagi cairan itu ke gelasnya.

"You jumpa Dain kan tadi?"

Tangan Hana yang sedang memegang gelas sedikit menggeletar.

"Dia macam mana?" Soalnya perlahan.

Tidak lupa, minuman itu diteguknya lagi dan lagi.

"Dia keguguran,"

Hana terdiam.

"You cakap apa pada dia Hana? I tahu salah satu punca dia jatuh tak sedarkan diri tadi sebab You!"

Hana masih diam. Dengan tangan yang terketar-ketar, dia mencapai satu lagi botol baru.

Taeyong yang melihat segera menghalang. Tangan Hana ditarik dan dibawa masuk ke kamar mandi yang berada di dapur.

"You buat apa ni?" Hana cuba menarik tangannya.

Namun tenaga Taeyong lebih kuat. Dia menarik Hana lalu memaksa dia duduk di bawah pancuran air. Pancuran air dibuka pada tahap yang paling kuat.

"Taeyong, sejuklah!" Hana cuba bangun.

"Sedar Hana, sedar! Kenapa You buat semua ni? You tahu tak Dain hilang baby dia? Dia tertekan! Semua ni berpunca dari You!" suara Taeyong meninggi.

Hana mula menangis di bawah pancuran air itu. Apa yang dilakukan selama ini terbayang di fikirannya. Dan kenangan-kenangan dia bersama Dain sejak zaman sekolah dulu turut terimbau kembali.

"I tak sengaja Taeyong ah! I sumpah takde niat nak sakitkan dia. I tak sengaja,"

Taeyong yang berdiri itu baru sedar yang Hana menangis. Segera dia mendapatkan tubuh isterinya.

"Hana, I sayang You. I cintakan You. You betul-betul dah takde perasaan pada I ke sampai You sanggup ganggu suami orang lain?"

Hana menggeleng.

"I sayang You. Tapi bila You biarkan Omma You hina I, I sakit. Omma You masih harapkan Dain jadi I cemburu Taeyong ah,"

Taeyong meraup wajahnya. Jadi dialah antara punca Hana jadi begitu.

"I'm so sorry. I janji I takkan biarkan Omma sakitkan You lagi,"

"Tapi You kena janji yang You akan berhenti ganggu Jaehyun. Minta maaf pada Dain dan jelaskan semuanya,"

Hana mengangguk perlahan dan Taeyong terus menariknya ke dalam pelukan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro