36
"Puan, ada orang nak jumpa,"
Dain yang baru ingin melelapkan mata di kerusinya itu dengan pantas tersedar dan menoleh ke arah pintu.
"Puan okay? Nampak macam penat je," soal Chaerin risau.
"Penat sikit," balas Dain.
Macam mana tak penat kalau setiap hari dia mengalami masalah untuk tidur. Sejak dia dan Jaehyun tidur berasingan dari sebulan lepas, dia susah untuk tidur malam. Atau secara jujurnya, dia tidak biasa bila tiada Jaehyun di sisi.
Cuma bila mengenangkan apa yang terjadi antara mereka, rasa sakit hati dan kecewanya menjadi-jadi. Melihat wajah Jaehyun sahaja dia sudah sakit hati, inikan pula mahu tidur sekatil.
"Kalau Puan nak rehat, saya boleh bagitahu tetamu Puan yang Puan tak nak diganggu,"
Dain menggeleng perlahan.
"Saya okay je,"
"Kalau macam tu, saya panggilkan dia,"
Dain mengambil kesempatan itu untuk meregangkan sedikit tubuhnya. Tangannya juga mengusap perutnya yang makin kelihatan itu.
"Hai,"
Dia menoleh ke pintu bila mendengar suara yang amat dikenalinya itu.
"Kau buat apa kat sini?"
Hana tersenyum sambil berjalan ke arah Dain.
"Nak lawat tempat kerja kawan sendiri pun tak boleh ke?"
"Tch, kawan? Kau maish layak ke pegang gelaran tu Hana?"
"Takkan sebab lelaki kita nak putus kawan?" Soal Hana sambil mengambil tempat di hadapan Dain.
"Kau betul-betul nak Jaehyun sangat ke? Kalau kau nak, ambil lah. Aku boleh bagi percuma je untuk kau,"
Hana ketawa.
"Kau nak Taeyong? Dia boleh jadi Appa baby tu nanti,"
"Yaa, kau jangan nak melampau!" Dain mula naik angin.
"Baik kau balik sekarang Hana!" Dain berdiri dan tangannya ditunjuk ke arah pintu.
"Apa yang kecoh sangat ni?"
Pintu bilik dibuka dan Mina muncul dan meluru ke arah mereka.
"Mina, tolong bawa kawan baik kau ni keluar dari sini," nafas Dain sudah turun naik.
Rasa sakit mula menyerang kepalanya kesan dari dirinya yang kurang tidur dan rehat.
"Hana, kau cakap kau datang nak minta maaf," Mina menarik lengan Hana.
Belum sempat Hana membalas mereka berdua dikejutkan dengan tubuh Dain yang tiba-tiba jatuh ke lantai.
"Ya Tuhan, Dain!" Mina segera mendapatkannya.
"Mina, tolong. Sa-sakit," itu ayat terakhir yang keluar dari mulut Dain sebelum matanya terpejam.
Hana yang sudah panik melangkah menghampiri mereka. Perasaan takut dan risau mula timbul bila melihat ada cairan pekat yang mengalir dari celah peha Dain.
"Mina, da-darah,"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro