Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

34

Dain masih belum berhenti menangis sejak tadi. Hatinya terlalu hancur setelah mengetahui segalanya. Sangkanya dia betul-betul telah menjumpai orang yang boleh menjaganya tetapi dia silap. Baginya apa yang dilakukan Jaehyun jauh lebih teruk dibandingkan dengan apa yang Taeyong lakukan dulu.

"Dain!"

Suara jeritan Jaehyun kedengaran berserta ketukan yang bertalu-talu di pintu kamar mandi itu. Ya, Dain berada di situ sejak tadi. Keluar sahaja dari pejabat Jaehyun, dia terus pulang ke rumah dan berkurung di situ.

Baginya air dari pancuran yang turun ke kepala itu boleh melegakannya. Malah dia juga dapat menyembunyikan air matanya yang makin laju mengalir.

"Sayang, please. Buka pintu ni. I boleh jelaskan semuanya," rayuan Jaehyun kedengaran lagi.

"I tahu I salah sebab gunakan You. Tapi I tak pernah tipu bila I cakap yang I sayang dan cintakan You. I memang kahwin dengan You sebab Hana cabar I. Tapi I tak pernah rasa perkahwinan kita ni sebagai satu permainan pun. I ikhlas sayangkan You Dain. Lepas kita kahwin, I sedar yang I memang betul-betul nak jaga dan buat You jadi milik I selamanya. I tak perlukan Hana atau sesiapa lagi. I cuma perlukan You sayang,"

Dain hanya diam mendengar luahan suaminya itu. Dia sendiri tidak tahu sama ada untuk percaya atau tidak. Hatinya masih ragu-ragu dengan lelaki itu.

"Dain! Buka pintu ni sayang!"

Dain akhirnya bangun dan membersihkan dirinya. Kemudian dia terus memakai pakaian yang sememangnya ada dia sediakan tadi.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Jaehyun yang sedang melutut di hadapan pintu segera bangun berdiri.

"Sayang!"

"Jangan sentuh I!" pelukan Jaehyun ditolak kuat.

Dain terus ke almari pakaiannya. Beberapa helai pakaiannya dikeluarkan dan dicampak ke atas katil.

"You buat apa ni sayang?"

"I tak boleh nak tengok muka You sekarang Jae. I rasa I patut pindah ke sebelah,"

"No!"

Jaehyun menghalang dengan menutup pintu almari.

"Kalau You tak nak hadap muka I. Biar I yang pindah. You stay sini, sini lagi selesa,"

"Tak payah buat-buat baik lah Jae. Selesa atau tak, apa kaitan dengan You?"

"Sayang! I tahu You marahkan I, tapi tolonglah. Jangan tolak permintaan I. You stay sini, biar I yang keluar,"

Jaehyun terus mengambil kembali pakaian milik Dain lalu disimpan ke dalam almari. Pakaiannya pula dikeluarkan.

"Keluarlah. I nak berehat. Kepala I berserabut sangat,"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro