Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23

"Mianhei, I tak temankan You makan malam ni sayang,"

"It's okay, I dah siap makan pun. You tu, cepat siapkan kerja. I dengan baby rindu," ujar Dain di hujung talian.

"Okay sayang. I janji lepas siap je kerja ni I terus balik,"

"Okay, see you baby,"

Jaehyun meletakkan kembali telefon bimbit ke atas meja setelah Dain menamatkan panggilan. Dia kembali fokus dengan kerjanya.

Dalam masa sejam, dia sudah selesai. Badannya diregangkan sedikit sebelum dia mengemas mejanya. Usai itu, dia terus menutup suis lampu dan pendingin hawa sebelum keluar dari pejabatnya dan ke kereta.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta, telinganya menangkap bunyi jeritan seseorang dari kawasan perhentian bas berdekatan.

"Jangan sibuk hal orang Jae. Kau kena balik cepat, kesian Dain kat rumah," dia bercakap sendiri.

Dia masuk ke kereta dan terus menghidupkan enjin lalu memandu keluar. Saat melalui perhentian bas tadi, dia sempat memandang sekilas.

"Hana?"

Keretanya diperlahankan dan dia memandang lagi. Memang betul, gadis yang sedang diganggu oleh beberapa orang lelaki itu adalah Park Hana.

Keretanya terus diberhentikan dan dia terus keluar.

"Woi!"

"Kau siapa?" Soal salah seorang lelaki itu.

"Jangan ganggu dia,"

"Tch, apa hak kau nak halang? Kitorang jumpa dia dulu," lelaki yang lain menyoal.

Jaehyun berdecit perlahan sebelum mengeluarkan dompetnya. Beberapa not kertas dengan nilai besar dihulurkan kepada mereka.

"Ambil ni, pergi cari perempuan lain. Lepaskan dia,"

Ketiga lelaki itu tersenyum lebar dan mengambil huluran Jaehyun.

"Thanks bro,"

"Sekarang blah,"

"Hana, You okay?"

Jaehyun mendekati gadis itu setelah ke semua lelaki tadi berlalu pergi.

Hana mengangguk.

"You buat apa kat sini?"

"I ada kerja dekat-dekat sini tadi. Kereta I rosak, jadi I tunggu teksi. Lepas tu, diorang muncul kacau I,"

"Kenapa tak call Taeyong?"

"Dia outstation,"

"Bahaya lah You sorang-sorang macam ni," ujar Jaehyun.

Walaupun hubungannya dengan Hana sudah lama putus, namun masih ada rasa risau buat gadis itu.

"Kalau macam tu, boleh You hantar I balik?" Soal Hana.

"I bukan tak nak. Tapi-,"

"Jae please. I takut kalau diorang tu datang balik," tangan Jaehyun dipegang.

"Hana, I call kan teksi untuk You. Lepas teksi sampai baru I balik,"

"I takut nak naik teksi. I-I teringat lelaki-lelaki tadi,"

Jaehyun mengeluh perlahan. Jam di tangan diperhati.

"Okay. I hantar You balik,"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro