15
"You nampak lapar sangat," tegur Jaehyun.
Dain yang baru sahaja menghabiskan potongan pizza terakhirnya cepat-cepat menutup mulutnya.
"I tak makan dari pagi," ujarnya.
"Kenapa? Nervous?" soal Jaehyun.
Mereka berdua kini sedang duduk di atas rumput di sebuah lereng bukit. Dengan tubuh keduanya masih tersarung pakaian yang dipakai ke majlis resepsi Hana dan Taeyong tadi.
Jaehyun sempat membeli pizza dan minuman buat mereka sebagai makan malam sebelum dia memandu ke situ.
"Entah. Takde selera lah," tin minumannya dicapai.
"Argh, kenyangnya," ujar Dain sambil tersenyum.
Jaehyun ikut tersenyum dan dia mula mengutip sampah-sampah bekas makanan lalu dimasukkan ke dalam plastik.
"Dain," gadis itu menoleh.
"Apa perasaan You sekarang?"
Soalan yang disimpan sejak tadi ditanya juga.
"I rasa lagi tenang bila tengok muka terkejut diorang tadi. Lagi-lagi Hana," ujarnya.
"Baguslah. You tak payah lah ingatkan apa yang diorang buat tu lagi. Menyakitkan hati dan buang masa je," ujar Jaehyun.
Dain mengangguk.
"Oh ya, You asyik tanya I je. You, dah move on dari Hana?" soal Dain.
"I? I dah lama move on. Lagipun I rasa yang I macam dah jumpa seseorang yang boleh gantikan dia," kata Jaehyun.
"Cepatnya," komen Dain.
"Cepat? Dah tiga tahun Dain. Tiga tahun tu kira lama lah juga,"
"Okay. Lama. Yes, tiga tahun tu memang lama. I je yang rasa sekejap sampai I tak boleh nak lupakan dia,"
Dain kembali memandang ke hadapan. Menikmati pemandangan malam bandar Seoul yang ditemani cahaya lampu itu.
"Kelakarnya. Kita pakai macam ni, tapi duduk kat lereng bukit," ujar Dain tanpa mengalihkan pandangannya.
Jaehyun ketawa perlahan.
"Lagi-lagi You. Dengan baju putihnya, rambut lepas. Memang sekali pandang macam pontianak,"
"Yaa!" Dain menampar bahu Jaehyun bila lelaki itu mengutuk penampilannya.
Jaehyun hanya ketawa. Dan entah kenapa itu membuatkan Dain makin geram dan menampar-nampar lagi bahu lelaki itu. Tidak cukup itu, dia turut mencubit badan lelaki itu.
"Yaa, yaa! Stop, stop!" Jaehyun menahan tangan gadis itu.
Namun Dain masih enggan berhenti.
"Siapa suruh You panggil I pontianak?"
"Dain,"
Jaehyun berjaya memegang kedua tangan Dain menyebabkan gadis itu berhenti. Dia memandang gadis itu yang turut diam.
"Jaehyun,"
Jaehyun melepaskan tangan Dain dan beralih memegang bahu gadis itu. Tubuhnya dirapatkan dengan Dain. Mereka beratatapan sebelum Jaehyun bertindak berani dengan menyengetkan wajahnya lalu menyatukan bibir mereka.
"Jaehyun," Dain menolak dada lelaki itu.
"Kenapa?" soal Jaehyun.
"You tak sudi?"
Dain menggeleng. Dan bibir mereka bertemu lagi. Dain memejamkan matanya. Manakala Jaehyun, sebelah tangannya menyeluk saku blazer di tubuhnya. Tangan Dain yang melingkar di lehernya ditarik turun.
Dia memegang tangan itu lalu menyentuh jari-jari milik Dain dan-
"Jaehyun ah, apa ni?"
Dain membuka mata dan menolak Jaehyun. Matanya memandang cincin yang tersarung di jarinya.
"Dain ah, jom kahwin,"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro