Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07

Dain menyangkut tuala di penyidai yang berada di sudut bilik sebelum dia melangkah ke arah meja solek. Telefon bimbitnya yang berada di situ dicapainya dan dia mula membuka pesanan yang baru dihantar oleh sahabatnya.

Kang Mina
Lagi dua minggu.
Kau dah decide, nak pergi atau tak?

Dain mengetap bibirnya. Pesanan tersebut terus dibalasnya.

You
Tengoklah dulu.
Kalau aku tak pergi pun, kau ada Mark
yang boleh temankan kau.

Kang Mina
Kau masih marah lagi kan sebenarnya?

You
Entah.

Kang Mina
Babe, datang je lah.
Aku tahu bakal suami Hana tu
bekas tunang kau. Tapi, kau takkan
lupakan janji kita dulu.
Kita akan datang majlis perkahwinan
masing-masing. Haritu kau okay
je waktu jumpa diorang kat wedding aku.
Please.

You
Aku fikirkan.

Telefon bimbitnya terus dimatikan. Dirinya sedikit kecewa dengan Mina. Sahabatnya itu seolah langsung tidak berfikir tentang perasaannya. Walaupun sudah tiga tahun berlalu, tetap sahaja masih ada luka di hatinya yang ditinggalkan Hana dan Taeyong.

Apa yang dilakukan oleh mereka berdua masih belum mampu dilupakan sepenuhnya. Dia masih ingat bagaimana orang tuanya memarahi dia yang tiba-tiba memutuskan pertunangan selepas dia pulang dari Jeju.

"Jeju,"

Dia mula teringatkan malam itu. Malam di mana dia menyerang Taeyong dan Hana. Dan juga malam di mana dia dan Jaehyun melepaskan rasa marah pada pasangan masing-masing dengan mereka sendiri yang hanyut dengan perasaan masing-masing.

"Jaehyun ssi, agaknya kat mana You sekarang?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro