05
Three Years Later
"Cik Dain,"
Dain yang sedang sibuk meneliti fail itu mengangkat wajahnya. Dia memandang pembantu peribadinya itu.
"Ada apa Chaerin?" soalnya.
"Cik sepatutnya dah keluar ambil Jinwoo sekarang. Sorry, saya lupa sebab tengan layan customer kat depan,"
Dain memandang jam di pergelangan tangannya.
"It's okay. Saya pun tak perasan dah pukul satu," Dain bangun dan mencapai beg tangannya.
"Awak dengan yang lain pergilah makan dulu. Saya mungkin masuk lambat sikit petang ni," bahu Chaerin ditepuk perlahan sebelum dia dengan laju meluru keluar dari pejabat kecilnya.
Kakinya melangkah keluar dari butik dan segera ke kawasan parkir kenderaan. Dia mula memandu meninggalkan kawasan butik miliknya itu.
Dalam masa kurang setengah jam, dia akhirnya sampai ke destinasinya. Keretanya diparkirkan di tepi jalan lalu dia terus keluar dari situ.
Sunflower Kindergarten.
"Jinwoo!"
Seorang kanak-kanak terus berlari mendapatkannya. Dain terus duduk bercangkung untuk menyamakan ketinggian mereka dan tubuhnya terus dipeluk.
"Mianhei, Mama lambat," pipi Jinwoo diciumnya.
"Mama mesti sibuk sangat kan?" pipi Dain dicium kembali.
"Sikit je," pipi Jinwoo yang tembam itu dicubitnya.
"So, harini Jinwoo nak makan apa?" soal Dain.
"Pizza! Tapi, Mama jangan bagitahu Daddy tau, nanti Daddy marah,"
"Boleh sayang. Mama simpan rahsia. Jom," Dain berdiri dan meraih tangan kecil itu.
Usai berpamitan dan mengucapkan selamat tinggal kepada guru tadika itu, mereka melangkah ke arah kereta milik Dain.
Selepas kereta gadis itu berlalu pergi, sebuah kereta lain pula muncul. Seorang lelaki bertubuh tinggi dan berkaca mata hitam keluar dari kereta tersebut dan berjalan masuk ke dalam tadika yang sama.
Kaca mata hitamnya ditanggalkan dan dia mula mencari seseorang di kalangan kanak-kanak yang sedang menunggu untuk dijemput oleh penjaga mereka itu.
Sebuah senyuman terukir di bibirnya bila dia melihat kanak-kanak perempuan dengan rambut tocangnya.
"Soo In!"
Kanak-kanak itu mengangkat wajahnya dan memandang lelaki tersebut. Sebuah senyuman terukir di bibirnya.
"Uncle Jaehyun!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro