04
Jaehyun menutup pintu bilik hotelnya. Tubuh Dain dibaringkan di atas katil yang tersedia di situ.
Ya. Dia terpaksa membawa Dain ke hotel yang diinapinya memandangkan dia tidak tahu di mana hotel tempat Dain menginap. Rancangannya mereka bermalam di situ, dan pagi esok dia akan menghantar Dain pulang ke hotelnya.
"Taeyong, sampai hati You,"
Jaehyun memandang Dain yang sedang bercakap dengan mata yang masih terpejam itu. Ada cecair jernih di tubir mata gadis cantik itu.
Rasa kasihan mula timbul dalam dirinya. Jika dibandingkan dengannya, mungkin Dain lebih sakit memandangkan Hana itu sahabat baiknya. Bukan sekejap mereka berkawan. Dari sekolah tinggi lagi.
"I harap You kuat," dia mengusap kepala gadis itu.
Dia kemudian turun dari katil dan melutut di lantai. Kasut yang tersarung di kaki Dain ditanggalkannya. Kemudian dia bangun dan duduk di pinggir katil kembali.
Niatnya untuk menanggalkan jaket denim yang tersarung di tubuh itu. Dengan penuh berhati-hati, dia menanggalkan helaian itu.
"I harap esok You akan lupakan semuanya," ujarnya perlahan.
"Jaehyun,"
Lengannya dipegang saat dia mahu bangun dari situ. Dia memandang Dain yang sudah membuka kedua matanya.
"You nak pergi mana?" soal Dain.
"I tidur kat sofa," ujarnya.
Tangan Dain dialihkan dan dia bersedia untuk turun. Namun, lain pula yang terjadi. Dain menarik tangannya sehingga kini dia berada dekat dengan gadis itu yang masih lagi berbaring.
"Dain,"
Dain menarik wajah Jaehyun lalu mencium bibir lelaki itu. Jaehyun terkedu, namun entah kenapa dia tidak mampu menolak.
Bayangan Hana yang bermesra bersama Taeyong muncul di fikirannya. Dan perasaan sakit hatinya yang berjaya dibuang tadi, muncul kembali.
"Sorry," Dain mengetap bibir bila ciuman mereka dileraikan.
Jaehyun memandang wajah cantik gadis itu. Mata mereka bertentangan dan perlahan tangan Jaehyun naik mengusap wajah bersih itu.
"I rasa kita pun patut bergembira. Bukan diorang je," ujar Dain.
Jaehyun merasakan tangan Dain menarik hujung jaket yang dipakainya. Dan dia tanpa berfikir panjang terus menindih tubuh gadis itu dan menciumnya. Niatnya cuma satu. Dia mahu melupakan apa yang telah dilakukan Hana di belakangnya selama ini.
Tiba-tiba nervous sebab rasa macam dah lama tak publish fic baru.
So, okay ke tak? Hehe....
Vote dan comment anda yang membaca sangat digalakkan untuk memberi semangat kepada saya untuk next update😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro