Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

02

"Bila You tahu semua ni?" soal Dain.

"Dua bulan lepas. Waktu I balik sini, Hana tak jemput I kat airport macam selalu. I ingatkan dia busy kerja. Rupanya, dia busy berscandal dengan tunang orang," ujar Jaehyun.

Mereka berdua kini berada di tepi pantai, di dalam kereta yang disewa oleh Jaehyun sendiri.

"Dua bulan? Tapi You diam je?" soal Dain tidak percaya.

"I busy sangat. And I harapkan yang tu semua just salah faham. Rupanya tak. Hana memang ada something dengan Taeyong," ada keluhan di hujung ayat lelaki itu.

Dain diam.

Jung Jaehyun, lelaki itu merupakan kekasih Hana. Mereka berkenalan semasa sama-sama belajar di Amerika. Cuma bila tamat belajar, Jaehyun tetap di sana, mencari pengalaman bekerja. Dia akan pulang pada cuti perayaan atau bila-bila jadual kerjanya tidak padat.

Hana memperkenalkan mereka pada hari pertunangan dia dan Taeyong pada tahun lepas. Dan rasanya boleh dikira dengan jari sahaja berapa kali dia dan Jaehyun bertemu.

"I jumpa gelang Hana dalam jaket Taeyong. Gelang yang sama dia belikan untuk I dan Mina waktu mula-mula dia dapat kerja dulu," akhirnya Dain bersuara semula.

"I ingatkan tu gelang I mula-mula. Rupanya bukan sebab gelang I ada dekat rumah. I cuba bersangka baik, tapi I tak boleh. Sampailah minggu lepas, I sendiri nampak Taeyong hantar Hana ke apartment dia malam tu. Sedangkan dia baru je cancel dinner kitorang sebab katanya ada dinner dengan client malam tu,"

"And semalam, I dapat tahu dari Omma Hana yang Hana ke Jeju juga. I tak boleh tunggu, jadi I terus book flight ke sini. Nasib baik receptionist tu bagi I nombor bilik Taeyong bila I cakap I ni tunang dia,"

Jaehyun memandang Dain yang menahan air matanya itu. Dan dia juga sebenarnya boleh berada di luar bilik mereka kerana dia mengikut Dain tanpa gadis itu sedar.

"You tak nak bagi peluang pada Taeyong?" soal Jaehyun.

Dain mengetap bibirnya.

"I tak nak kecewa lagi," ujar Dain.

"I pun. I dah tak sanggup lukakan hati I sendiri bila I tahu yang dia memang dah serahkan semuanya pada lelaki lain,"

Mereka berdua kembali diam. Sehinggalah beberapa minit selepas itu, Dain kembali bersuara.

"Jaehyun ah,"

Lelaki itu menoleh memandangnya.

"I rasa Inak release stress lah. You nak tak teman I?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro