STICKERS
Lama dah Akak nak update AWARD ini. Tapi tiba-tiba Komputer Akak merajuk. Habis design Akak bertaburan.
Bila dah jatuh malas, Akak pun peramlah. Lepas tu masuk Ramadan. Harap tak jadi sake peraman Akak ni. Nasib baik jadi tapai saja. Tak apa. Sedap juga.
Hari ini Akak update.
Akak tak beri STICKERS macam AWARD selama ini adik-adik buat. Akak hanya design frame STICKER. Dalam frame transparent, untuk ditulis kategori AWARDS.
Akak paparkan 12 design. Akak sudah tandakan dari 1 hingga 12.
PEMENANG diberi peluang memilih mana-mana design yang dia suka setelah Akak buat senarai FINALIST.
Akak tak ada SENARAI PENDEK. Akak hanya ada FINALIST.
Kenapa Akak buat macam itu?
Sebab Akak tak mahu memberi harapan palsu kepada peserta.
Semua yang tersenarai dalam FINALIST akan mendapat AWARD yang sesuai dengan karyanya. Akak percaya setiap karya ada kekuatan tersendiri, walaupun tidak mendapat ANUGERAH UTAMA.
CONTOH: Sesebuah karya itu tak menang ANUGERAH UTAMA, tetapi memiliki DIALOG TERBAIK. Lalu dia dapat AWARD untuk itu.
Tiada ANUGERAH KEDUA, KETIGA atau SAGUHATI. STICKER Akak akan tampalkan ke atas cover buku anda, seperti contoh berikut:
Ini buku Akak sendiri. Takkan nak promote buku orang lain, kan? Hanya yang menang, Akak promote. Akak bukan pelukis grafik ya. Maaf kalau gambar tak best.
Ingat! STICKER ini transparent.
Okey. Hasilnya, latar belakang yang digunakan merupakan cover anda sendiri. Warna letterings akan dipadankan kepada warna cover anda, sama ada terang atau gelap. Untuk contoh di atas, Akak pilih warna silver sebab latar belakang cover novel itu gelap.
Jadi pandai-pandailah memilih frame STICKER supaya ia tidak tenggelam.
Sekarang Akak sedang baca semua karya dengan teliti sehingga BAB 15 untuk dimasukkan ke dalam senarai FINALIST.
Apa-apa pun komen di bawah ye.
*****
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro