PENGUMUMAN 3 (UPDATE)
LAGI BERITA BAIK
DURASI:
Akak tangguhkan penutupan Award ini sehingga 19 Februari.
Sebabnya?
Pertama, untuk memberi peluang peserta yang belum dapat menyiapkan 15 bab yang diperlukan dalam syarat Award ini.
Kedua, kesihatan Akak masih belum tip-top sejak pembedahan dahulu.
KATEGORI AWARD:
Akak adakan AWARD TAMBAHAN untuk kategori berikut:
1. Most Powerful Dialogue
Award ini diberi kepada karya yang ada dialog hebat, Sehebat dialog P. Ramle dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk: "Aku mati dalam iman."Atau dialog Ahmad Yatim dalam filem Abang, "Biar ombak serta gunung menghentam, biar ribut taufan memukul . . .
2. Most Significant Visual and Mood
Award ini untuk novel yang mempunyai element visual di dalamnya, tidak termasuk cover. Element visual ini termasuk imej dan gif. Bagi Akak penyiaran visual dan mood adalah value-added kepada novel online. Novel hardcopy tentu tak ada.
3. Kaisar Hero Extraordinaire
Award ini diberi kepada HERO yang paling berwibawa. Hero ini seorang pemimpin, pejuang sejati, tegas, sabar dan penyayang. Bukan hero ego tak ketahuan. Atau hero pukul/rogol perempuan. Manusia seperti itu Akak nak terajang saja, kalau boleh. Hero ini tak dingin macam Zuhal. Tak dominan macam Firman. Tak ramai girlfriend macam Alif. Dalam cerita Akak, Hero Extraordinaire Wadi dari Novel WADI-WADYA [TASIK DI GUNUNG]. Dalam cerita ini Akak tampilkan watak Wadi sebagai seorang yang tidak pernah berubah apa matlamat hidupnya sejak kecil, sama ada siapa suri hatinya dan apa misi perjuangannya.
4. Kaisara Heroin Extraordinaire
Award ini untuk heroin yang paling gagah. Heroin yang tabah, rasional, berdikari dan sanggup berkorban untuk tersayang, termasuk ahli keluarganya. Bukan anak orang kaya. Bukan perempuan gedik, atau self-pity, asyik tenggelam dalam lautan air mata. Semua watak dalam novel Akak adalah Srikandi. Tetapi Akak pilih Amani dari Novel BIDADARI JERUNG. Dia anak orang kampung yang berjaya kerana memiliki kebolehan tertentu. Gelaran 'Aunty Tampan', walaupun lucu, oleh Zain memang amat sesuai untuknya.
5. Best Friend Extraordinaire
Pada pandangan Akak, sebuah novel tidak boleh berdiri tanpa watak pembantu. Kalau tak ada watak Tom Sawyer, takkan hidup watak Huckleberry Finn. Jadi Akak wujudkan Award ini untuk watak pembantu terbaik dalam novel anda. Untuk kategori ini ada dua Award, iaitu:
Putra Best Friend Extraordinaire (Lelaki)
Dewi Best Friend Extraordinaire (Perempuan)
Watak tersebut seperti Malik dalam cerita RINDU KAMILAH.
Diharap AWARD TAMBAHAN ini menambah semangat untuk turut serta dalam Award ini. Tak menang KATEGORI UTAMA, masih ada peluang untuk menang dalam kategori ini.
SETUJU KE TAK SETUJU?
*****
UPDATE:
Mereka yang sudah mendaftar untuk AWARD ini bagi Genre yang ada, tak perlu mendaftar lagi.
Yang belum mendaftar sangat dialu-alukan. Ikut saja contoh borang yang ada. Akak yang akan membuat pilihan siapa HERO, HEROIN dan BEST FRIEND dalam novel anda yang layak dapat AWARD.
HERO, HEROIN dan BEST FRIEND Extraordinaire Akak akan pilih dari mana-mana Genre, seperti contoh yang Akak beri.
CONTOH:
HERO (Wadi) dari Novel Wadi-Wadya [Tasik Di Gunung]. Heroin (Amani) dari Bidadari Jerung. Best Friend lelaki (Malik) dari Rindu Kamilah. Best Friend Perempuan Akak belum tulis ceritanya lagi. Itu dari cerita akan datang, InsyaAllah.
*****
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro