KATEGORI AWARD
Terlebih dahulu Akak ucap tahniah kepada semua yang BERANI bersaing di sini. Anda semua hebat-hebat belaka. Sukar nak buat SENARAI PENDEK. Inikan pula nak cari PEMENANG. Mungkin beza antara satu sama lain hanya dari sudut plot, structure, depth of the stories, thematic, logic, dialogues dan mood and visual sahaja.
Kalau boleh Akak nak bagi anugerah semua yang turut serta.
Di sini Akak update semua jenis award yang Akak sebagai penganjur beri. Bagi cerita ala-ala perisikan dan perang, Akak tanya seorang individu yang Akak kenal, jika melibatkan jenama atau jenis senjata. Akak bagi contoh novel sendiri. Eceh, perasan le tu.
JENIS AWARD:
(I) MAIN CATEGORY
1. MOST DRAMATIC (Satu award)
Khas untuk novel Romance, Action dan Misteri/Thriller - Untuk cerita yang meneroka senario baharu yang menggegarkan - tak klise dan buat Akak tak boleh tidur memikirkannya. Novel Akak yang sifatnya Dramatik ialah JERUNG-JERUNG - Kisah persaingan di kalangan pemain saham.
Contoh:
a. Most Dramatic Action
b. Most Dramatic Romance
2. MOST AVANT-GARDE (satu award)
Khas untuk novel Diverse Fiction, Chick lit, Teen Fiction - Untuk cerita awesome out of this real world - cerita yang innovatif - warna-warna kehidupan - kecekalan watak menempuh dugaan yang mengkagumkan. Cerita Akak yang avant-garde ialah MANDRAGUNA ADIRATNA - Cerita semi-fantasy - magic realism.
Contoh:
a. Most Avant-garde Chick Lit
b. Most Avant-garde Teen Fiction
3. MOST INSPIRATIONAL NOVEL (satu award) - Khas untuk novel yang membina semangat dan pengajaran - Untuk mana-mana novel, tak kira genre. Contoh: RINDU KAMILAH. Ia mengisahkan perjuangan seorang bekas banduan akhir dan seorang peguam anti-dadah.
4. BEST MALE PROTAGONIST 1 (Satu award, bagi setiap genre).
5. BEST FEMALE PROTAGONIST 1 (Satu award, bagi setiap genre).
6. BEST MALE PROTAGONIST 2 (Satu award, bagi setiap genre).
7. BEST FEMALE PROTAGONIST 2 (Satu award, bagi setiap genre).
Award di atas untuk watak-watak yang menjadi anchor dalam setiap novel.
(II) EXTRAORDINARY CATEGORY
Kategori ini memerlukan peserta mencalonkan dirinya. Justeru, ini penyertaan KEDUA baginya.
1. KENCANA AWARD - Khas untuk Most Productive Novelist 2020 (Satu award). Anugerah ini untuk novelist yang menghasilkan paling banyak skrip - tak kira novel, award atau random pada tahun 2020.
2. CEMPAKA AWARD - Khas untuk Most Versatile Novelist 2020 (Satu award). Anugerah ini untuk novelist yang berjaya menulis novel pelbagai genre.
Peserta akhir akan Akak temubual. Hasil temubual dengan pemenang akan diterbitkan. Akak nak telus.
Jika tiada yang layak, Akak beri SPECIAL AWARD.
(III) UNIQUE CATEGORY
1. MOST NOTABLE - Satu atau dua award tambahan jika terdapat dua atau tiga novel yang amat baik dalam setiap genre.
Contoh:
a. The Most Notable (Romance)
b. The Most Notable (Action)
(III) SUPPLEMENTARY CATEGORY
Award ini tidak pernah dibuat oleh mana-mana penganjur sebelum ini. Akak buat kerana Akak minat dalam bidang penulisan skrip drama.
1. MOST ETERNAL DIALOGUE
Award ini diberi kepada karya yang ada dialog hebat, yang membuat Akak terkedu. Boleh jadi sangat lawak, sangat mendalam atau sangat berfalsafah. Sorry, tak dapat tulis di sini.
2. MOST EXCEPTIONAL VISUAL AND MOOD
Award ini untuk novel yang mempunyai mood dan visual di dalamnya. Ia menceritakan dalam bentuk imej, apa yang berlaku dalam bab berkenaan.
Contoh di atas dari novel BIDADARI JERUNG. Gambar menunjukkan dua lelaki sedang berbincang dengan serius di tepi tasik. Sebelah kanan Alif dan kiri Zuhal. Dari cara berdiri, tangan di kocek, kita tahu Zuhal dominant dan aloof. Alif membawa tongkat, sebab dia buta.
Akak pilih dari novel ini kerana ia paling banyak disisip dengan visual dan mood.
Akak mencari novel yang ada imej seperti contoh itu. Bukan tempelan gambar hero atau heroin dari filem ya.
3. KAISAR EXTRAORDINAIRE
Kaisar maknanya Maharaja.
Mengikut takrif: Hero ialah seorang yang dikagumi kerana keberaniannya, pencapaiannya yang cemerlang dan memiliki sifat-sifat positif yang boleh dicontohi. Watak dipilih dari kalangan The Best of the Best Male protagonist.
4. KAISARA EXTRAORDINAIRE
Kaisara maknanya Maharani.
Heroin ialah seorang yang sentiasa berada disamping hero. Seorang yang cekal menempuh dugaan, pencapaiannya yang cemerlang dan memiliki sifat-sifat positif yang boleh dicontohi. Watak dipilih dari kalangan Dipilih dari kalangan The Best of the Best Female protagonist.
5. BEST FRIEND EXTRAORDINAIRE
Dipilih dari kalangan second protagonist, iaitu:
a. Putera Extraordinaire (Lelaki)
b. Puteri Extraordinaire (Perempuan)
Semua watak yang memegang peranan penting dalam novel tidak semestinya orang baik sejak mula cerita sampai habis. Itu dah jadi cerita Hindustan. Maaf cakap.
Apapun, sudah tentu watak perlu berkembang (develop from strength to strength), bukan static.
Inilah cara Akak menilai novel, yang nanti Akak terjemahkan menerusi markah.
Agaknya siapakah yang akan berjaya menggondol sebahagian besar daripada award ini?
*****
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro