Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

52

"Entah la aku tak tau nak kata apa bila lagi dua minggu je kita akan kerja jadi cleaner ni" semua membuat muka sedih apabila mendengar kata-kata Namjoon kecuali seseorang.

"Alah berbenti kerja je bukannya mati pun" jawab Yoongi selamba, semua memandang Yoongi tajam.

"Mulut kau tu nak kena cili ke?" Seokjin menunjuk cili padi yang dipegangnya.

Maklum la diorang temankan Seokjin beli bahan masakan rajin diorang ni.

"Kalau kita betul-betul mati macam mana?" kata Jimin pula.

"Ni lagi seorang mulut celupar sangat dah kenapa?!" ingin saja Seokjin menenyeh cili padi yang dipegangnya ke dalam mulut Jimin dan Yoongi.

"Dik kalau nak tenyeh mula diorang tu dengan cili padi mak cik bayar dulu baru tenyeh" tegur mak cik tua yang sedang elok memegang pemukul lalat.

"M-maaf mak cik" Seokjin menunduk hormat tanda meminta maaf.

"Tahu takut" kata Hoseok perlahan sambil menahan gelak.

"Diam la kau fikir aku tak dengar kau kata apa tadi?" Seokjin menjeling Hoseok tajam.

"Guys, kalau kita berhenti kerja agak-agak Seventeen sedih tak?" tanya Taehyung tiba-tiba.

Semua mula terdiam.

"Aku rasa tak" jawab Jungkook.

"Buat apa diorang nak sedih, diorang ada segalanya kita ni apa  je bagi diorang" sambung Jungkook pasrah.

"Kau punya ayat tu kan boleh aku copy tak?" Jungkook menjeling Hoseok yang tengah beria-ia, orang tengah sedih dia boleh pula gembira.

"Betul cakap kau tu aku rasa diorang tak akan sedih bila kita takde" sokong Jimin dengan muka sedihnya hiks.

"Kalau macam tu buat apa nak fikirkan pasal diorang? Sudah la jom balik aku nak tidur" kata Yoongi dengan muka sengaja dia dinginkan walhal hatinya juga terasa berat hati mahu berhenti kerja apatah lagi tidak akan berjumpa dengan Seventeen lagi.

"Hmm jom"

_______________

Author rasa nak buat sad ending apa pendapat korang?

Typo abaikan

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro