45
Bts POV
Kring!!
Jam loceng sekolah kedengaran menandakan sekarang sudah waktu rehat. Bts yang baru sahaja selesai membersihkan dewan sekolah yang luas itu mula berehat di stor cleaner.
"Hyung aku lapar" Jimin mengelipkan matanya banyak kali. Seokjin yang tahu akan niat sebenar Jimin terus menganggukan kepalanya.
"Yelah aku pergi beli makanan kat kantin! Duit?" Seokjin menadah tangannya, dengan muka ceria mereka berenam memberi Seokjin duit sempat juga mereka berenam berterima kasih kepada Soekjin.
"Haish kenapa la aku je yang asyik kena belikan makanan? Tau la aku hensem lepastu bibir aku unik huh!" rungut Seokjin kuat.
Beberapa pelajar yang berada di laluan itu memandang Seokjin pelik kerana bercakap seorang diri sambil menghentak-hentak kakinya ala-ala gedik.
Sampai sahaja di kantin Seokjin memesan makanan biasa kepada acik kantin sempat lagi acik kantinnya mengenyit matanya kepada Seokjin sebelum memberi makanan itu.
Fikir positif maybe mata acik kantin tu ada tanda matanya nak berlebam sebelah :)
"Terima kasih" Seokjin terus beri duit kepada acik kantin itu. Niatnya yang mahu terus pergi ke stor cleaner terhenti apabila ada seseorang menepuk bahunya.
Seokjin pusing belakang, dia mengerutkan dahinya "Kau nak apa?" tanya Seokjin malas.
"Acik!! Kami nak tiga belas roti canai!!" Soonyoung sengih.
"AKU BUKANNYA ACIK KANTIN AKU ACIK CLEANER ENGONG" merah padam muka Seokjin. Nasib baik tak tukar jadi pink.
"Hah! Acik ngaku acik ni acik cleaner!!" Seokjin menepuk dahi kerana terlalu banyak mendengar perkataan 'acik' dari mulut Soonyoung.
"Boleh tak kau panggil aku hyung?" Seokjin membuat muka simpati.
"Tak boleh" datar terus muka Seokjin apabila mendengar jawapan Soonyoung.
"Haish lantak kau la" belum selangkah Seokjin berjalan tangganya ditahan oleh Soonyoung.
"Apalagi kau nak?" Soonyoung memberikan sepucuk surat kepada Seokjin.
Dengan penuh tanda tanya Seokjin mengambil surat itu lima saat selepas itu Soonyoung tidak lagi kelihatan.
"Lahh mana budak tu menghilang?" Seokji menggaru kepalanya tetapi tidak lama, dia terus beredar pergi ke stor cleaner takut-takut semua dah kena makan oleh Jimin.
Soonyoung tersengih siap beraju nice lagi sebenarnya dia menyorok di bawah meja Seventeen itu yang tak nampak tu banyak kaki so terlindung.
"Kau dah kenapa hamster? Aku nak makan pun tak senang lutut aku kat muka kau kang tak pasal-pasal ada kes 'pelajar terlutut member sendiri masa makan' nanti" Soonyoung merengus, sakit telinganya mendengar bebelan Seungcheol.
"Yelah aku keluar" Soonyoung menyiarap di bawah kaki membernya ada yang tapak kasut bau wangi, busuk, bau TAHIK AYAM pun ada.
Siapa la tu (─‿─)
"Kau bagi surat apa tadi kat acik cleaner tu?" tanya Seungkwan, tangannya ligat memotong stik.
Allahu kayanya sekolah korang.
"Adalah hehe" Soonyoung gelak sinis lalu dia mengambil makanan Jihoon dan menyuapkan mee itu kedalam mulutnya.
Ternganga Jihoon disitu.
+++
<Bilik Cleaner>
"Sorry lambat!!" Seokjin menutup pintu bilik. Segera dia meletakkan makanan di atas meja.
Tadi kemain muka macam zombie pucat sampai je Seokjin terus segar bugar mukannya.
Mereka terus menerkam makanan itu tanpa pandang kiri dan kanan apatah lagi baca doa makan.
"Kenapa hyung lambat sampai? Nasib baik Jimin tak terkam aku" Namjoon menggelengkan kepala teringat kembali peristiwa 10 minit lepas dimana Jimin mahu menerkamnya nasib baik Taehyung dan Hoseok sempat menghalang.
"Sorry la ada hal tadi" kata Seokjin.
"Oh ye korang ingatkan korang kerja kat sini sebulan je?" Semua terdiam selepas mendengar suara seseorang yang suka spoilkan mood orang.
Dialah Nam Jungyon.
"Kau dah kenapa? Cari pasal? Biarlah kitaorang kerja sini sebulan ke dua bulan ke yang kau nak sibuk pahal?!" berang Yoongi.
"Alah aku tanya je jangan la marah" muncung Jungyon.
"Haah memang lepas je sebulan kerja kitaorang sambung belajar dan ada yang cari kerja" jawab Jungkook.
"Namjoon tak payah cari kerja dia memang dah comfirm dapat kerja" Namjoon menjeling Hoseok.
"Hah ok la korang ada lagi 3 minggu je so redho la ye tak dapat jumpa si Seventeen fav korang tu" Jungyon meniup kuku saja panaskan keadaan.
Akhirnya selipar jamban limited edition milik Bts melekat di muka Jungyon.
_____________
Esok!! Pukul 5!! Ayuh kita stream mv Seventeen!! *tabur bunga*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro