41
Seungkwan duduk bersila sambil mengusap pipinya yang baru sahaja ditampar oleh Jeonghan, mulutnya dimuncungkan.
"Kau bagitau sekarang aku nak balik ni! Nak tidur!" hambur Jeonghan.
Nasib baik Seungcheol dan Joshua sempat tahan Jeonghan sebelum dia ingin membelasah anak Boo itu dengan lebih teruk.
"Masalahnya benda ni pun korang tak tau!!" kata Seungkwan.
"Kalau macam tu bagitau jelah aku nak balik ni" Hansol membuat muka datar. Kecut perut Seungkwan menengoknya.
Alahai macam laki takut kat isteri pula ( ̄∀ ̄)
"Ok la sebenarnya aku tak nak balik sebab………" Seungkwan membiarkan kata-katanya tergantung disitu.
"Cepatlah" Taehyung menguap tanda mengantuk. Hoseok dan Jimin sudah sah tidur atas katil.
"Ok la omma dengan appa aku…" Seungkwan mengigit bibir. Terlalu sukar dia mahu sampaikan.
"Cepatlah!!" Mingyu menghentak kaki Chan geram.
Chan disitu hanya mampu menanggung kesakitan. Tabah la Chan. Saya tau anda mampu menahannya.
"S-sebab…" peluh mula membasahi dahi Seungkwan. Tangannya terketar-ketar kerana susah untuk memberitahu.
"HOI CEPATLAH BAGITAU!!" Joshua menumbuk kaki katil kuat.
Bam!
"OMMA DENGAN APPA AKU KATA DIORANG NAK ANAK LAGI!" segera Seungkwan menutup mulutnya apabila dia sedar dia terlepas cakap.
"WHAT?!" highnote Seokjin. Hoseok dan Jimin yang tadi tidur terus terbangun apabila mendengar jeritan nyaring milik Seokjin.
"SEUNGKWAN! Aku bagi kau pilihan! Kau nak aku tetak kau guna parang atau gergaji?" Jeonghan merangkak ke arah Seungkwan, dengan kepalanya yang sengaja disengetkan dan senyum seram.
Macam cerita barbie jatuh bilik air bhai ;-;
"Dua-dua aku tak nak!!" jawab Seungkwan kalut.
"KAU TAU TAK MATI-MATI AKU INGATKAN KAU MEMANG ADA MASALAH BESAR" Joshua menumbuk kaki katil itu sekali lagi.
Habis merah tangannya apabila dia menumbuk kaki katil itu dua kali.
Nasib baik tu besi tak melayang la bajet author ( ̄∀ ̄)
Namjoon pula menendang Jimin kerana mematahkan sikat kesayangannya tambah lagi cerita Seungkwan tu memang buat dia makin berang.
"HAISHH KAU MEMANG NAK JADI MAKANAN GITAR AKU KE APA?!" Jihoon mencekik Seungkwan ala manja-manja.
"S-sorry hyung" gagap Seungkwan.
"SORRY DAH BALIK NAIK LORI SAMPAH LA!!" jerit Jihoon geram.
Mingyu dan Seokjin hanya mampu makan popcorn di depan Seungkwan dan Jihoon.
7D tu peluang mana boleh lepaskan macam tu je.
"HYUNG INGAT TUHAN HYUNG!!" Wonwoo menampar pipi Jeonghan banyak kali, bagi menyedarkan Jeonghan dari dirasuk untuk membunuh Seungkwan.
"KUAT LAGI WONWOO!!" kata Seungcheol gembira. Badan Jeonghan dipegang erat. Gembira dapat melihat Jeonghan kena tampar dengan Wonwoo.
"TAK PAYAH LA TAMPAR AKU!!" Jeonghan pandang Wonwoo tajam. Terus terhenti pergerakan Wonwoo.
"Sorry la hyung ingatkan hyung kena rasuk" Wonwoo membuatkan muka tak bersalah.
Seungcheol terus melepaskan Jeonghan dari pegangannya apabila Jeonghan memandang dia bagai nak cincang si Seungcheol tu halus-halus.
"Seungkwan… aku tau kau tak nak hidup lama tapi jangan la buat kau memang nak mati awal sangat…" Jungkook mengusap rambut Seungkwan lembut sangat-sangat lembut. Werkk nak muntah.
Taehyung yang berada disebelah Jungkook pula terasa ingin menarik rambut Seungkwan sekuat hatinya.
Suasana agak riuh sedikit apabila semua memaki dan memarahi Seungkwan bagai nak terkeluar anak taik gigi.
Hansol dan Chan memandang sesama sendiri. Hanya mereka berdua sahaja yang tak gila seperti yang lain. Al maklum la dua-dua masih sedor diri tu masih normal.
"Hyung pergi la kata mana tau diorang terus senyap" bisik Chan pada Hansol.
Hansol terus mengangguk, dia mengangkat tangannya untuk mengambil perhatian yang lain tapi takde siapa layan.
"Hyung jerit je" Chan memujuk Hansol apabila sedar tiada siapa yang mahu melayan Hansol.
Hansol menarik nafas dan hembus untuk menghilangkan nervous.
"AKU PULA TAK BALIK RUMAH SEBAB FAMILY AKU TAK KISAH AKU WUJUD KE TAK KAT RUMAH TU SAMA JE BAGI DIORANG! KOSONG!" jerit Hansol lantang.
Semua mula terdiam apabila mendengar jeritan garau Hansol.
Chan thumbs up pada Hansol kerana berjaya buat mereka diam.
Tetapi tidak sampai 10 saat mereka diam. Mereka bising balik.
"HUWAHHH KESIANNYA HANSOLLL!!" jerit Bts bersama tangisan. Mereka menangis serta berpelukan.
Hansol dan Chan menutup telinga sambil membuat muka datar.
Tak pernah-pernah lagi tengok Bts menangis serentak.
Seungcheol yang nampak line clear mula memberi isyarat kepada Seventeen.
Mereka memahami kata isyarat dari sang leader, tanpa berlengah mereka terus keluar dari bilik Namjoon senyap-senyap.
Tergopoh-gopoh mereka menurun tangga sampai tertolak nasib baik tak jatuh.
Namjoo yang ingin menaiki atas mula merasa pelik apabila melihat Seventeen tergopoh-gopoh menurun tangga.
"Korang dah kenapa?" tanya Namjoo. Langkah Seventeen terus terhenti.
"Ahhh macam ni cakap kat Namjoon hyung yang kitaorang balik!! Ok bye!!" Jihoon terus berlari keluar diikuti yang lain.
Namjoo pun hanya mengangkat bahu.
"Mungkin perangai diorang memang macam tu bila nak balik rumah" kata Namjoo perlahan. Dia terus menaiki tangga untuk ke bilik Namjoon.
Sampai sahaja Namjoo di depan bilik Namjoon.
Dia terus membuka pintu, maka terpampang la muka Bts yang penuh dengan hingus warna hijau, kuning biru dan pink.
"Dah kenapa dengan diorang ni@( ̄- ̄)@" sekali lagi Namjoo mula menjadi bingung dengan apa yang dia lihat di tangga dan di depannya sekarang ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro