35
Selesai sahaja perlawanan gusti, Seventeen mula meminta diri dengan payahnya Wonwoo dan Junhui mengeluarkan beberapa keping not duit lalu diserahkan kepada Seokjin yang maha jin itu dengan payahnya.
"Hah lain kali datang lagi ye" kata Seokjin sambil dia tuam ais kat kepalanya.
Jimin dan Jungkook pun menuam ais di kepala mereka kerana baru sahaja kantoi tentang rakaman tu dalangnya? Semestinya kaki mengadu kita Jung Hoseok!!
"Tak guna punya hyung! Sakit pula hati aku ni" rungut Jungkook sesekali dia memandang Hoseok yang tengah sedap makan.
"Hah tulah cari pasal lagi dengan aku rasakan" Seokjin mengeluarkan kuali puakanya, kening di angkat berkali-kali acah gangster.
"Hyung aku pergi dulu!!" Yoongi meletakkan duit di atas meja, segera dia keluar dari kedai itu untuk mencari seseorang.
"Yahh!! Yoongi asal awal sangat balik?!" Yoongi hanya abaikan jeritan Seokjin. Dia berlari mencari seseorang tapi tidak jumpa. Sapu tangan seseorang itu dia genggam erat.
"Mana pula budak-budak ni laju betul diorang berjalan" Yoongi tengok sekeliling tiba-tiba matanya tertancap pada 9 orang lelaki yang dia kenal berjalan di salah satu lorong. Dia terus berlari untuk mengejar mereka.
"Yahh!! Korang berhenti kejap!!" jerit Yoongi dan iainya berjaya mereka memusing ke belakang untuk mencari milik empunya suara yang menjerit itu.
"Ouh acik cleaner kenapa cari kitaorang?" tanya Junhui.
"Ermm mana kawan korang yang mata sepet tu?" Yoongi mengambil nafas penat berlari kehulur-kehilir.
"Mata sepet? Yang mana satu? Jihoon ada je kat situ" Jeonghan menunjuk Woozi yang sedang khusyuk membelasah Mingyu.
Yoongi menggeleng bukan Jihoon tapi orang lain.
"Dia mata sepet rambut hitam" Seventeen facepalm rambut mereka semua memang warna hitam kecuali Seungkwan, takkan Seungkwan kot matanya bukan sepet sangat.
"Ermm aku tak ingat la tapi dia tak berapa tinggi tak berapa pendek macam gitu la" Yoongi memegang dagu memikirkan ketinggian budak itu.
"Ohh acik cari Soonyoung? Dia dah balik jalan kaki rasanya dia masuk lorong sana tu" Joshua menunjuk satu lorong di mana iainya tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri.
"Hah ok terima kasih btw mana yang lain?" sempat lagi Yoongi bertanya sebelum dia nak berlari semula.
"Balik la" jawab Jihoon.
Yoongi mengangguk, dia terus berlari mencari Soonyoung kat kedai makan tadi dia perasan Soonyoung tertinggal sapu tangannya jadi Yoongi terus mengambil tanpa muka rasa bersalah.
"Haish mana pula si Soonyoung ni" Yoongi menghentak kakinya jelas sekali dia bengang.
"Acik nak apa cari aku ni?" tegur Soonyoung tiba-tiba dia bersandar pada dinding.
"Eh tenjat mami" latah Yoongi tapi langsung tidak membuat Soonyoung ketawa.
"Ouh nah kau punya kan" Yoongi menghulurkan sapu tangan itu kepada Soonyoung, dengan mata yang bersinar Soonyoung segera mengambil.
"Terima kasih acik!! Aku ingatkan sapu tangannya dah hilang" Soonyoung tersenyum lebar.
"Sama-sa--" belum sempat Yoongi ingin membalas kata-katanya ada tiga orang lelaki berpakaian tuksedo muncul salah seorang dari mereka mula menumbuk muka Yoongi.
Terdorong Yoongi kebelakang.
"Yah korang ni siapa?!" Soonyoung cuba untuk menolong Yoongi tapi mereka menahan Soonyoung.
"Tuan muda sila balik sekarang omma dan appa tuan muda sedang tunggu di rumah" kata lelaki itu atau lebih tepat lagi pengawal peribadi ayahnya.
Soonyoung mengeluh menyesal tak ikut kawan-kawannya balik. Tak pasal-pasal Yoongi terlibat.
"Ok aku balik tapi lepaskan dia dan bawa dia balik rumah dia" arah Soonyoung, mereka mengangguk.
Yoongi yang berusaha untuk bangun itu menepis tangan pengawal itu. Yoongi bangun dia memandang Soonyoung dan pengawal itu silih berganti.
"Tak payah nak rajin hantarkan aku balik, kaki aku tak sakit pun terima kasih untuk lebam ni" Yoongi tunduk hormat dan terus pergi tanpa memusing belakang.
Soonyoung memandang pengawal-pengawal itu yang sekarang berada di tepinya, dengan tak rela Soonyoung masuk ke dalam kereta mewah itu.
Sempat lagi dia menelifon kawan-kawannya, terkejut mereka tapi yang paling banyak membebel Jeonghan sampai Soonyoung terpaksa menamatkan panggilan tanpa rasa serba salah.
Soonyoung mengeluh apabila dia sudah tiba di perkarangan rumah-rumah yang mewah.
Dia melihat sapu tangan itu lalu dia tersenyum.
__________________
Inilah akibatnya bila dengar lagu without you banyak kali masa menaip😂
Ingat story acik cleaner ni takde cerita sedih kena la ada baru lengkap yitu cerita
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro